Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 8 April 2009

Menunggu Janji Anwar Ibrahim

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 8 April 2009

Oleh: Tenda Biru

Rata-rata rakyat sedang bercakap dan berbual tentang kandungan pendedahan tergempar yang dijanjikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelbagai gosip dan berita timbul tentang apa yang bakal beliau umumkan andai Pakatan Rakyat memenangi ketiga-tiga pilihanraya kecil.

Oleh kerana keputusan semalam menyaksikan Pakatan hanya menang di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, adakah cerita besar tersebut tidak akan diumumkan?

Ataupun adakah rakyat kena tunggu selepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri baru akan diumumkan?

Rakyat adalah manusia yang boleh berfikir dan menimbang dengan waras yang mana betul dan yang mana tidak betul. Mereka juga boleh menilai antara janji benar dan janji palsu.

Jadi sama-samalah kita tunggu pendedahan tersebut.

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Politik | 4 Comments »

HARAPAN TINGGAL HARAPAN..

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 8 April 2009

Oleh: Tenda Biru

anwar

Salahkah kalau saya jadi PM? Saya telah didapati bersalah dalam kes rasuah dan liwat dulu. Sekarang saya dah insaf dan dah dilantik jadi ulamak oleh PAS. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 2 Comments »

Barisan 1, Pakatan 2

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 8 April 2009

Oleh: Anak Kajang

bas1

Penderhaka kepada Raja Melayu akhirnya dipilih oleh 21,860 orang pengundi untuk menjadi wakil mereka di Bukit Gantang. Kemenangan ini pastinya disambut gembira oleh DAP. Harus diingat bahawa masih ada lagi 13,890 orang yang layak mengundi tetapi tidak turun mengundi. Mereka ini juga berhak mendapat pembelaan yang sepatutnya daripada wakil parlimen Bukit Gantang yang baru. Mungkinkah orang-orang PAS di Changkat Ibol akan menjadi jutawan segera setelah tanah yang dijanjikan dibeli oleh orang-orang di Kuala Sepetang. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Pautan Web, Politik | Leave a Comment »