Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Selamat Mengundi – Satu Impian. Satu Malaysia. Pilih BN

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 7 April 2009

Oleh: Anak Kajang

Selepas lebih seminggu berkempen, hari ini merupakan penentu parti mana yang mampu menjadi pilihan rakyat tempatan, parti mana yang benar-benar menepati selera dan kehendak pengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan Batang Air, Sarawak.

Bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian, 49 dengan calon Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, 52, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, 42. Walaubagaimanapun, hanya calon BN, Ismail Saffian, anak tempatan yang layak mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Gantang, Changkat Jering. Manakala calon Pas, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bukan pengundi di Bukit Gantang tetapi di kawasan DUN Pasir Panjang di bawah kawasan Parlimen Lumut.

Calon Bebas pula, Kamarul Ramizu Idris langsung tidak mendaftar sebagai pengundi di mana-mana kawasan. Kawasan Parlimen Bukit Gantang meliputi DUN Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang yang membabitkan 32 tempat mengundi. Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar, termasuk 136 pengundi pos dengan pecahan 63.5 peratus pengundi Melayu, Cina (27.1 peratus), India (9.1 peratus) manakala yang lain (0.2 peratus).

Bagi DUN Bukit Selambau pula mencatatkan rekod sebagai calon pilihan raya paling ramai dalam sejarah negara apabila melibatkan persaingan di antara calon BN, Datuk S.Ganesan, 49 dengan calon dari Pkr, S.Manikumar dan 13 calon lain yang bertanding atas tiket bebas. Kawasan DUN Bukit Selambau mempunyai 35,140 pengundi termasuk 15 pengundi pos dengan majoriti pengundi Melayu (50.2 peratus), India (29.5 peratus), Cina (19.3 peratus) manakala bakinya adalah kaum lain.Bagi DUN Batang Air pula, BN mengiktiraf anak tempatan sebagai calon iaitu Malcolm Mussen Lamoh, 49 tahun, bekas jurutera di jabatan pertanian menentang calon Pkr, Jawah Gerang, 55, bekas anggota Parlimen Lubok Antu bagi lima penggal.

Jumlah pengundi di Batang Air ialah seramai 8,006 orang, dengan kira-kira 95 peratus terdiri daripada kaum Iban manakala selebihnya adalah Melayu, Cina dan lain-lain. Berdasarkan kepada calon-calon BN, terbukti kepimpinan tertinggi parti ini mengiktiraf kemampuan dan keupayaan anak tempatan sebagai calon di dalam ketiga-tiga pilihan raya tersebut yang pasti sentiasa mampu mendampingi, menyelami dan menyelesaikan segala permasalahan rakyat.

Sejarah negara telah membuktikan sejak 52 tahun mentadbir sehingga kini, BN menjaga kestabilan, kemajuan dan kemakmuran negara, yang menunjukkan konsep yang didokong oleh BN adalah sesuai dan menepati citarasa dan keperluan semua kaum. BN telah membuktikan bahawa ia bukan sahaja berupaya dan mampu memerintah negara dengan cekap dan berkesan tetapi juga dengan adil dan saksama. Begitu juga, setiap parti dalam BN sentiasa bekerjasama rapat dan sedia bertolak-ansur dalam menangani sesuatu isu atau masalah.

Sehubungan itu, selamat mengundi kepada semua rakyat Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air.
Satu Impian. Satu Malaysia. Pilih BN._PemudaUMNO

Advertisements

2 Respons to “Selamat Mengundi – Satu Impian. Satu Malaysia. Pilih BN”

  1. KekohSokmo said

    teori tinggal teori
    beend mereput
    2-1
    hehehheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

  2. sesamaislam said

    Dah pilih BN, kat Batang Air ok kot. Dari tak dapat langsung.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: