Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

BN Bunuh Demokrasi Di Malaysia?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 7 April 2009

Oleh: Tenda Biru

BN membunuh demokrasi di Malaysia! Begitulah yang dicanangkan oleh parti pembangkang PAS, PKR dan DAP. Sejak lama dulu lagi, inilah modal mereka mempengaruhi pengundi-pengundi dipedalaman. Kempen mereka disertakan dengan membakar semangat untuk memberontak serta isu agama dengan mengatakan bahawa UMNO/BN/Kerajaan tidak perjuangkan Islam.

Mereka gunakan surau dan masjid-masjid untuk menaburkan fitnah. Dengan mengucapkan kalimah Allah mereka mencerca pemimpin UMNO/Kerajaan. Dengan kalimah Allah juga mereka menipu dan mengkhianati rakyat, inilah PAS – Parti Angkara Syaitan.

Masih ingat bila Nik Aziz menyatakan bahawa PAS sanggup berkawan dengan sesiapa saja untuk menumbangkan UMNO walaupun dengan syaitan. Begitulah seorang ulamak yang sanggup meletakkan maruah sesama manusia lebih hina dan terkutuk dari syaitan. Siapakah dia yang berhak meletakkan maruah seorang manusia sedemikian rupa sedangkan nabi tidak pernah menghina manusia ciptaan Allah dengan kejian yang sedemikian buruk.

Menjelang PRK di Bukit Gantang dan Selambau, mereka gunakan lagi taktik-taktik kotor dengan merampas masjid dan jadikannya sebagai tempat membesarkan syaitan dengan menyebarkan firnah terjadap kerajaan.

Pucuk pimpinan PAS juga mengarahkan ahli-ahli mereka supaya merosakkan bendera dan baner pilihanraya BN yang dipasang. Dengan cara kekerasan mereka melarang para petugas BN dari memasang bendera dan banner BN untuk tujuan kempen pilihanraya. Siapakah sebenarnya yang mahu membunuh demokrasi di Malaysia ini?

Andaikata PAS memerintah Malaysia, maka Malaysia akan menjadi seperti Afghansitan. Jika Malaysia diperintah oleh DAP maka Malaysia akan jadi seperti Myanmar. Jika Malaysia diperintah oleh PKR, maka Malaysia akan jadi seperti Cuba. Justru, percaya kepada perubahan kerajaan. Jangan percaya pada janji-janji dusta mereka kerana janji dahulu masih belum tertunai.

Satu Respons to “BN Bunuh Demokrasi Di Malaysia?”

  1. pemudaumnokemaman said

    Lawati laman http://pemudaumnokemaman.wordpress.com/ untuk informasi terkini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: