Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

“PROVOKASI PAS TERHADAP BN”

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 7 April 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Pergerakan pemuda UMNO kesal dengan tindakan sesetengah penyokong PAS yang bertindak samseng dan berkelakuan liar semata-mata untuk meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti.

Sehubungan dengan itu juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta agar ahli pergerakan dan pemuda Barisan Nasional ( BN ) tidak mengikut rentak atau cara penyokong fanatik PAS kerana ia hanya dapat mengeruhkan keadaan dan boleh mengakibatkan pengundi takut untuk keluar mengundi.

Tindakan provokasi PAS termasuk kekerasan dan serangan fizikal mengakibatkan kecederaan seorang ahli pemuda UMNO Bukit Gantang yang cedera diserang penyokong PAS di Kampung Sungai Petai, Changkat Ibol.

Malah salah seorang daripadanya yang berusia 35, Abdul Rahman Hasan juga cedera dipaha kiri selepas ditendang salah seorang lelaki bermotosikal yang dipercayai penyokong PAS ketika memasang poster BN di Kampung Sungai Petai, dan penyokong PAS juga menghalang petugas BN yang mahu memasang sepanduk Pilihan Raya disimpang jalan.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun berlaku persaingan sengit antara parti pembangkang dengan parti lawan, ia bukan bermakna tindakan diluar batasan sehingga menakut-nakutkan pengundi yang tidak menyokong parti mereka.

2 Respons to ““PROVOKASI PAS TERHADAP BN””

  1. KekohSokmo said

    teori tinggal teori
    beend mereput
    2-1
    hehehheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

  2. kibut Meribut said

    Yeah ! Teruslah memantapkan dirimu yang hensem…UMNO tetap UMNO

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: