Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

TERTIPU…MENIPU…SHAPE SHIFTER!

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 6 April 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

Katanya beribuan yang datang mendengar…tapi 90% petugas pilihanraya dari pelusuk negeri. Katanya ribuan yang yang masuk PKR, tapi yang mendaftarnya tak sampai jumlah ribuan itu pun…Malam cakap lain, siang cakap lain, tengahari cakap lain, petang cakap lain….

Setelah hari berkempen untuk pilihanraya kecil untuk ketiga-tiga negeri ini hampir tamat, tiada satu pun ceramah dan kempen dari pembangkang yang mahukan pembangunan rakyat dipertingkatkan kepada yang lebih baik. Apa yang ada, cuma keburukan pemimpin yang lalu, ketidak puasan hati mereka kerana tidak dipedulikan ketika bersuara, kelemahan yang sengaja diada-adakan demi menanam kebencian kepada kerajaan, penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memecahbelahkan umat Islam (tak sangka pula ada yang membela cina nie menggunakan ayat-ayat tersebut dengan alasan “dia ada effort”, kepala hotak hang!).

Kempen di alam digital ini tidak juga kurang hebatnya, malah Des boleh katakan, lebih hebat dari realiti. Pelbagai fakta diletakkan demi memberi kepercayaan kepada pembaca-pembacanya. Surat-surat, resit-resit, semua habis di scan dan diletakkan diblog masing-masing. Yang paling kelakar, cerita-cerita “budak darjah tiga” pun dimasukkan juga demi menambah keyakinan pembaca mereka.

Sebagai contoh cerita yang pernah dilihat adalah ketika Datuk Zahid Hamidi hebat dihentam ketika mengatakan tarian tersebut adalah satu “budaya” masyarakat Cina. Seorang blogger pun mulalah bercerita yang dia terus menelefon kawan-kawannya yang berbangsa cina untuk bertanyakan tentang budaya tersebut dan kemudiannya kawan-kawan cinanya itu mula memaki hamun Zahid…Ceh! Setaka reka-reka cerita macam itu, semua orang boleh tulis…

Kempen Barisan Nasional kali ini dilihat lebih memfokuskan kepada pembangunan kemudahan masyarakat setempat. Biarlah dikatakan pembangunan mee segera, sebab yang nak menjilat jalan yang diturap baru itu untuk ke tempat kerja, dia juga! Walaupun ada ketikanya kempen di BN dilihat sebagai “boring” kerana tiada kutukan dan cacian, tapi masih ada penjelasan tentang isu-isu semasa yang tetap dilakukan bersandarkan fakta-fakta yang kukuh dan logik.Kalau lah alam cyber ini boleh dilengkapi suara, huh, mahu bising satu Malaysia, mungkin akan lagi hebat dari kempen di realiti.

Sumber: Desperado

2 Respons to “TERTIPU…MENIPU…SHAPE SHIFTER!”

  1. pemudaumnokemaman said

    Lawati laman http://pemudaumnokemaman.wordpress.com/ untuk informasi terkini

  2. KekohSokmo said

    teori tinggal teori
    beend mereput
    2-1
    hehehehehhehehehehheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: