Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS Akui Pengundi Bukit Gantang Menolak Penderhaka

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 6 April 2009

Oleh: Anak Kajang

Inilah hakikatnya!… penderhaka tetap penderhaka, pengkhianat tetap pengkhianat! tidak kira UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA atau sebagainya.

Penderhakaan tetap ditolak… jika UMNO dulu dituduh menderhaka UMNO ditolak, tetapi UMNO telah sembah mohon ampun dan kini menjadi sejarah… tetapi kini PAS dan Pakatan Rakyat yang menderhaka, maka orang Melayu menolak PAS dan Pakatan Rakyat! Tiada beza antara satu penderhakaan dan penderhakaan yang lain…. kesilapan PAS dan Pakatan Rakyat ialah mereka merestui penderhakaan pemimpin mereka dan mereka menghasut rakyat pula untuk menderhaka seperti mereka… inilah sebenarnya sifat iblis Laknatullah… inilah sebenarnya punca PAS dan Pakatan Rakyat ditolak oleh orang Melayu di Bukit Gantang..

Orang Melayu tidak suka mana-mana pihak yang menderhaka kepada raja mereka… raja adalah raja iaitu simbol kedaulatan orang Melayu dan martabat bangsa Melayu…Baki 2 hari lagi untuk hari pengundian, Pas hari ini mendakwa ia masih ketinggalan dari segi sokongan pengundi Melayu berbanding Barisan Nasional. Pengarah Pilihan raya Pas Pusat, Datuk Mustaffa Ali, bagaimanapun menegaskan jentera pilihan raya parti itu berjaya merapatkan jurang sokongan pengundi Melayu itu yang kini didakwanya tidak jauh berbeza.

“Menjelang 7 April ini kita akan menutup jurang itu, insyaAllah. Bagaimanapun dari segi sokongan pengundi Cina dan India di Bukit Gantang, Pas masih lagi mendahului BN,” katanya pada sidang akhbar di Markas Pas Air Kuning di sini, hari ini. Kenyataan Mustaffa itu sekaligus mengesahkan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rabu lalu bahawa pengundi Melayu dalam kawasan pilihan raya kecil Bukit Gantang menunjukkan perubahan sikap lebih positif selepas beberapa hari jentera pilihan raya BN berkempen.

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, sekadar menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai kata-kata motivasi untuk petugas BN pada pilihan raya kecil parlimen berkenaan. Sementara itu, ketika ditanya sama ada Pas ada menerima laporan berhubung dakwaan bahawa calonnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meninggalkan majlis solat jenazah seorang ahli Umno semalam selepas beliau tidak dibenarkan menjadi imam.

Inilah sebenarnya angin perubahan sokongan yang semakin baik buat UMNO dan BN.. dan inilah masanya…..

Advertisements

10 Respons to “PAS Akui Pengundi Bukit Gantang Menolak Penderhaka”

  1. ISLAM vs melayu said

    itulah kata2 melayu..tanpa agama…..

  2. Jalak Gempita said

    mana yang lebih patut ditolak???
    yang dituduh derhaka pada sultan….atau
    yang terang2 derhaka pada Allah…..
    lu pikirla sendiri!!!!

  3. Togin said

    Aku bukan penyokong UMNO tetapi aku lihat penyokong PAS ni kebanyakannya perasan yang mereka ni pejuang Islam sebenar. Walhal kebanyakan hanyalah tong kosong yang hanya tahu kata “orang UMNO semua salah”. Kemungkinan kebanyakan penyokong PAS terpengaruh dgn dakyah Wahabi yang beranggapan hanya merekalah sahaja yang betul…

    Mudah sangat menuduh orang derhaka kepada Allah…walhal diri sendiri asyik menyalahkan orang lain…

    Lagi satu…kalau org UMNO nak bersih tanpa “dosa” (disisi manusia bukan disisi Allah)..masuklah Pakatan Rakyat…confirm bersh punya…tak percaya cuba Khairy atau Khir Toyo masuk PAS…mesti puji melangit punya…

  4. hayata said

    1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau.

    2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya. Bukan ini derhaka namanya. Tiba-tiba sahaja Tajol Rosli berkata Umno tidak pernah derhaka. Kalau begitu apa tafsiran tindakan bapanya itu?

    3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik Sultan secara terbuka.

    4. Pada 1983 Umno mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut Umno membelasah institusi raja melalui media kawalannya.

    5. Semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan Umno di Kelantan.

    6. Dalam Perhimpunan Agung Umno itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh utusan Malaysia pada muka surat depan. Tidakkah ini derhaka namanya?

    7. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas pemedih mata serta menangkap penderhaka-penderhaka Umno?

    8. Pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Apabila raja-raja Melayu meminta menangguhkan pindaan tersebut Umno melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja.

    9. Pada tahun yang sama juga beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad dan mengecam raja-raja Melayu.

    10. Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satukah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993. Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan pejabat Umno kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah kata Tengku Razaleigh.

    11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh Datuk Seri Annuar Musa. Kalau ini bukan sesuatu yang amat memalukan atau derhaka dan kurang ajar, apa namanya?

    12. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta.

    13. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin “derhaka”. Lupakah dia siapa yang melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Tidakkah ini perbuatan derhaka?

    14. 23 daripada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah datuk Ahmad said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Manakala penyokong Umno pula mengatakan Sultan sebagai binatang pada kain rentang. Kenapa polis menangkap mereka yang hanya berdemontrasi di hadapan istana Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 sahaja?

    15. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya?

    Sapo yang kuek derhakanya tu?? Pakatan ke BN?

    ————————————————

    Tak tahulah apa nak jadi dengan umno nie..kalau orang bukan islam itu silap dalam berkata tentang Islam kena beritahu dia directly bukan dengan membuat polis report. Ini secara tidak langsung menjauhkan orang bukan islam dari Islam. Apa pun kagum juga dengan wakil MP DAP ini, dia cuba relate islam dengan situasi di negara kita ini. Adakah pemimpin umno berbuat begitu?

    Kalau kita lihat sejarah, dulu masa hukum hudud di jadi isu olih umno/ BN dan ada beberap pemimpin BN yg bukan ISlam pun membust komen memperlekehkan hudud, contoh, kalau hudud dipakai, kita memutar jam kebelakang, itu Quran bolih buat highway ke?..lebih kurang begitulah bunyinya….dan paling sedih ada pemimpin umno sendiri yg memperlekehkan hudud, sampai sanggup dia kata kalau pakai hudud, ramai orang islam kudung tangan..ini lagi dasyat..seorang pemimpin islam umno…

  5. Affuan said

    Ini lah masanya? Hahaha…

  6. hayata said

    Ingat tak perkataa ….natang’ yg ditujukan pada Agong?

  7. fazilyahaya said

    semoga kemenagan akan berpihak kepada kebenaran.. Aminnnn

    tips rumah tangga bahagia. klik 🙂

  8. pemudaumnokemaman said

    Lawati laman http://pemudaumnokemaman.wordpress.com/ untuk informasi terkini

  9. KekohSokmo said

    teori tinggal teori
    beend mereput
    2-1
    hehehehehhehehehehheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

  10. KekohSokmo said

    video berkaitan penderhakaan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: