Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS TERSEPIT TANGKIS LABEL BONEKA DAP

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 April 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

PAS nampaknya semakin tersepit untuk mengikis label boneka DAP sehingga terpaksa menaikkan pelbagai kain rentang memujuk pengundi khususnya di kalangan orang Melayu mengundi calon mereka, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.Ini terbukti apabila jentera Pas mula memasang kain rentang mewajibkan umat Islam memilih Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini, ujar EXCO Pemuda UMNO, Ustaz Mohd Afandi Yusof.

Jelas Pas menggunakan kempen serampang dua mata. Di depan pengundi bukan Islam, Pas menonjolkan diri mereka sebagai parti yang liberal tetapi di kawasan pengundi Melayu, mereka menggunakan sentiment Islam untuk mengugut pengundi Melayu.Jemaah Islam yang terbesar di negara ini ialah UMNO dan tidak timbul persoalan bahawa umat Islam wajib menyokong serta memilih Pas kerana terbukti UMNO dan BN berada pada landasan yang sebenar.

Justeru beliau berpendapat pengundi Melayu seharusnya memilih calon UMNO/BN dan menolak calon Pas kerana UMNO adalah jemaah Islam terbesar di negara ini.Menurut beliau hakikat berkenaan bukanlah satu retorik kosong sebaliknya berdasarkan pandangan yang disebut oleh seorang ulama besar, Imam As-Syatibi di dalam kitabnya Al-Ikhtisam.

“Beliau (Imam As-Syatibi ) menyebut bahawa yang dimaksudkan dengan jemaah ialah kumpulan umat Islam terbesar yang bersatu dengan pemerintah.. Justeru adalah jelas dan nyata bahawa UMNO adalah kumpulan umat Islam yang terbesar yang bersatu dengan pemerintah, malah mereka juga adalah golongan pemerintah”, katanya.Beliau berkata demikian kepada laman web Pemuda sebagai mengulas tindakan pihak-pihak tertentu yang menaikkan kain rentang kononnya umat Islam wajib memilih Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.

Tegas beliau lagi BN sebenarnya sebuah parti telah banyak berjasa kepada negara ini berbanding Pas.

Katanya kelahiran tokoh-tokoh pemimpin Pas hari ini adalah hasil pembangunan kerajaan yang ditunjangi oleh BN yang mana telah membentuk satu sistem pendidikan yang baik sehingga pemimpin berkenaan mencapai kejayaan dalam beberapa bidang termasuk professional.”Begitu juga dalam soal kebajikan, pertahanan, keamanan untuk semua serta banyak lagi yang boleh kita huraikan. Adakah ini dikatakan tidak berjasa. Saya nak tanya pemimpin Pas pula…apakah jasa mereka…Janganlah menidakkan jasa BN dan menggunakan agama semata-mata untuk meraih undi sempena pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang”, ujarnya._Sahabat Gunung

Satu Respons to “PAS TERSEPIT TANGKIS LABEL BONEKA DAP”

  1. KekohSokmo said

    teori tinggal teori
    beend mereput
    2-1
    hehehehehhehehehehheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: