Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

SYURGA DAN NERAKA DITENTUKAN OLEH PAS..???????????

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 1 April 2009

Oleh Mawar Berdarah:-

Sebelum pilihanraya ke-12, Pas mengeksploitasikan isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam. Dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac tahun lalu, petugas Pas mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, bekas MB Perak Mohammad Nizar Jamaluddin.Risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang mengatakan haram bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr S.Vasan daripada MIC yang mewakili BN. “Tetapi, bila sudah berjaya membentuk kerajaan, beliau (Mohammad Nizar) mengatakan beliau Menteri Besar untuk semua kaum. Sekarang baru kita nampak wajah sebenar mereka.

Bagaimana pula undi bukan Islam kepada Pas? Halal ke Haram? Bagi penulis persoalan paling besar hari ini ialah di manakah kedudukan orang bukan Islam di kaca mata Pas? Bagaimanakah kedudukan orang bukan Islam sekiranya mereka turut sama menyokong dan mengundi Pas? Adakah bagi Pas, hendak masuk syurga begitu mudah, hanya perlu menyokong atau mengundi Pas sahaja? Jadi apa sebenarnya tujuan Pas menubuhkan Kelab Penyokong Pas yang mana rata-ratanya bukan orang Islam.Ustaz Abdul Hadi dengan bangganya melancarkan Kelab Penyokong Pas sebelum pilihanraya ( PRU – 12 ) tidak lama dahulu dengan harapan untuk menarik undi bukan Islam. Tidak haram ke? Bila UMNO buat dituduh kafir, tapi bila Pas buat tak apa asalkan dapat undi. Dah tak kira halal ke haram ke, janji dapat undi . Hina sangat ke UMNO kepada Pas yang mana rata-ratanya beragama Islam. Bangga sangat ke Pas dengan Kelab Penyokong Pas mereka yang rata-ratanya bukan Islam. Adakah ini mengikut kehendak Islam.

Persoalan ini menjadi lebih penting dijawab hari ini apabila dalam tahun 1995, terdapat laporan dari Tumpat yang menyebut seorang pemimpin Pas berkata, orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam. “Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya,” kata laporan itu. Maka timbul tanda tanya yang tidak pernah Pas jawab: “Bagaimana pula kerjasama yang pernah terjalin antara Pas, Keadilan dan DAP sekarang ini? Dan bagaimana pula dengan usaha Pas sama ada di Kelantan atau Terengganu, yang begitu bersungguh-sungguh mahu mendapat sokongan dan kerjasama pengundi Cina? Bagaimana pula dengan Kelab Penyokong Pas yang mana rata-rata ahli nya bukan beragama Islam. Adakah mereka kena “ masuk Islam “ barulah undi-undi meraka menjadi halal. Jadi siapakah yang sebenarnya menghalalkan yang haram. Pas atau UMNO.

Sebenarnya, terdapat terlalu banyak kecelaruan dalam Pas. Selain fatwa politik yang dibawa, pemimpin parti itu telah banyak lupa apa yang dikata dan lakukan. Ketika berbaik dengan DAP, Pas tanpa segan silu sengaja melupakan tentang isu kafir yang dilemparkan kepada UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC. Dan apabila tidak lagi bersekongkol dengan DAP, Ustaz Abdul Hadi pula lupa yang dia pernah berpelukan dengan Kit Siang hingga sanggup menyifatkan pemimpin tertinggi DAP sebagai `sudah luput masa’ dan tidak lagi sesuai untuk menonjolkan diri bertanding dalam pilihan raya lalu. “Kita anggap dia ( Kit Siang dan Karpal Singh ) tokoh yang sudah luput masa, macam ubat yang habis tempoh,” adalah ayat yang disuarakan. Tetapi apabila Karpal Singh dan Lim Kit Siang menang di tempat masing-masing keadaan berubah. Sekarang kedua-duanya adalah kawan baik Abdul Hadi. Satu soalan kepada pemimpin-pemimpin Pas yang menganggap diri mereka terlalu Islam. Apakah hukumnya bekerjasama dengan DAP dan PKR. Halal ke Haram?

Ingatlah PKR tidak memperjuangkan Islam. Lihatlah barisan pemimpin-pemimpin mereka. Perjuangan mereka sebenarnya tak jelas. Banyak kepada politik berdendam dan perjuangan individu. Salahkah Pas bergabung dengan UMNO yang telah lama berjuang dan terang-terang mempertingkatkan syiar Islam itu sendiri daripada bersekongkol dengan DAP dan PKR yang jelas menolak negara Islam di Malaysia. Jangan disebabkan ketamakkan hendak berkuasa, hingga sanggup menjual maruah agama Islam itu sendiri.

Pada penyokong-penyokong Pas yang fanatik dan para profesional mereka yang masih keliru itu berfikirlah dengan rasional. Tuhan memberi kita akal untuk berfikir dan gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Siapa yang sebenarnya yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara kalau bukan UMNO itu sendiri. Nik Aziz bukan tuhan yang boleh menjanjikan seseorang yang masuk Pas itu akan masuk syurga kerana beliau sendiri pun tiada kepastian. Bagaimana pula dengan umat Islam yang lain yang tak berminat masuki politik. Adakah mereka dijanjikan neraka kerana tak masuk Pas. Adakah dengan mengundi Pas akan dapat tiket masuk ke syurga? Tiada siapa yang boleh memberi jawapan kecuali yang maha esa.

3 Respons to “SYURGA DAN NERAKA DITENTUKAN OLEH PAS..???????????”

  1. KekohSokmo said

    teori tinggal teori
    beend mereput
    2-1
    hehehehehhehehehehheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

  2. Papaseed said

    Umno prjuangkn agama? Bini najib sendri x pki tudung. Kalu Islam kene seluruhnya trmasuk pemakaian. Itu sume Allah akn tanye akhirat nnt..

  3. LiPAS for all said

    LiPAS perjuangkan agama? penduduk seksyen 23 dapat kuil, kilang calsberg kat shah alam tak tutup2, ladang babi mega di selangor, derhaka sultan & jadi pak turut kerajaan cina Ngah & Ngeh, negeri kelantan amat mundur & memalukan setelah 20 tahun bawah LiPAS ( jambatan 1 hala masih wujud lagi kat KB?, pelacur pakai tudung?) & dah mula jadi parti agama2 semalaysia (khalid gereja, kelab penyokong bukan isle LiPAS)

    Takebeer! Takebeer! Takebeer

    Kuil for all
    Arak for all
    Tokong for all
    LiPAS for all

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: