Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS Ibarat Layang – Layang Putus Tali

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 1 April 2009

Oleh: Anak Kajang

Jangan lihat dari dalam tempurung, lihatlah dari mata burung, kata M.Nasir. Dan burung melihat dari atas bumi. Ada juga burung mampu terbang sampai ke angkasaraya. Kata mereka itulah burung cenderawasih. Burung azimat. Manakala burung ababil juga adalah haiwan ajaib yang datang menolong tentera Islam menumpaskan tentera Abrahah bergajah. Pada 6 Feb 2009, Zambry Abd Kadir telah mengangkat sumpah sebagai MB Perak. Maka di kala dan saat itu lengkaplah ketumbangan Kerajaan DAP-Pakatan di Perak. Dua hari sebelumnya, Kerajaan itu tumbang secara de jure nya.

Lambang PAS kini telah menjadi Wau. Wau Bulan. Diterbangkan megah ke langit biru. Bila angin kuat menderu, maka bergemalah bunyi dengungnya. Salah seorang pemain wau tersebut ialah Nizar. Nizar anak Jamaludin. Seorang Cino Melayu. Ahli dan pemimpin PAS. Tatkala wau bulannya semakin gah di udarakasa sana, tiba-tiba… terputus talinya. Nizar yang tadinya terlalu angkuh, megah dan sombong dengan kemegahan waunya, tersipu mutlak. Nizar bingung seketika. Waunya terputus tali. Para-penonton yang sibuk menyokong Nizar tergamam. Benar atau mimpi ini semua? Wau Nizar sudah terputus talinya. Terputus talinya. Angin di atas sana meribut ganas. Wau terhayang-hayung. Sekejap ke atas, sekejap mengereng ke bawah. Dan wau makin lemah tanpa tali pegangan Nizar. “Lambang Hijau Bulan sudah hampir junam!”, jerit seorang penyokong.

Manakala, layang-layang kecil mainan si Zambry semakin naik ke atas. Talinya juga semakin lentok membelai arah tuju layang-layangnya. Lambang Dacing Keadilan semakin terpesona di langit sana. Biru pekat yang tersemat di biru muda langit biru itu. Zambry semakin tekun memandu layang-layangnya. Manakala Nizar sudah merah padam mukanya. Wau Bulan semakin menjunam. Menuju ke pokok besar lalu tersangkutlah ke dahannya.

Lalu Mufti pun membacakan Surah An Nasr kepada semua rakyat Perak yang sedang dizalimi Kerajaan Dikatator Nga Ngeh yang mana pemimpin bonekanya Nie-zha. Beginilah mafhumnya. Apabila telah datang PERTOLONGAN ALLAH dan KEMENANGAN. Dan kamu lihat MANUSIA MASUK AGAMA ALLAH – berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan MEMUJI TUHANMU dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat.

Penyokong Kerajaan Komunis Kejamis sudah menjadi huru-hara tingkah laku mereka. Lalu disumpah menjadi lembu-lembu dan berbaringlah mereka di atas jalanan. Ada yang disumpah menjadi beruk mak nyeh terkinja-kinja melompat-lompat. Kuala kangsar menjadi saksi manusia berwajah lembu dan beruk tersebut. Seorang wanita bernama Lolo dilihat terlalu lolo yoyo pada hari tersebut. Cemarlah nilai keprofessionalisme seorang insan. Dihinakan dan terhina. Hari ini ramai yang telah menjadi OKT di Mahkamah Kuala Kangsar . Si Pesalah Jenayah. Berperangai seperti Abu Lahab pelahap. Gelojoh! Aduh siPiang Kontang! Sebagaimana kisah di dalam Surah Al Fil, di mana mereka bagai dilempari batu-batu berapi. Lalu jadilah mereka seperti DAUN-DAUN yang DIMAKAN ULAT.

Wau Nizar tersangkut di dahan pokok besar tadi. Nizar terus memanjat pokok untuk mengambil waunya. Malang seribu kali malang. Ketika menarik Wau tersebut, kaki Nizar tergelincir. Wau pun koyak rabak dan Nizar tersungkur ke tanah. Nizar! Nizar! Nizar! Semakin halus suara jerita itu dalam gegendang telinganya. Semakin sayu dan akhirnya Nizar pengsang… Ambulan datang membawanya ke hospital. Suatu pagi Nizar terjaga. Dia sedang mengadakan Mesyuarat Exconya. Dia sungguh berbangga kerana berjaya merampas kembali Kerajaan Perak. Wah aku sekarang seorang MB. Mana Toyota Camry ku tolong ambilkan. Tiba-tiba loceng berbunyi. Waktu makan sekarang! Nizar pun berjalan ke Dewan Makan. Di atas papantanda itu tertulis besar DEWAN MAKAN HOSPITAL BAHAGIA, TANJUNG RAMBUTAN. Allah Maha Besar. Allahu Akbar!

Sumber:-Pencetus Suara Rakyat

Satu Respons to “PAS Ibarat Layang – Layang Putus Tali”

  1. KekohSokmo said

    teori tinggal teori
    beend mereput
    2-1
    hehehehehhehehehehheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: