Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Hujah TV9 – TKO Buat Pakatan Rakyat

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 1 April 2009

Oleh: Tenda Biru

Syabas Dato’ Shafie kerana berjaya mengulas dengan jelas mengenai krisis yang berlaku di Perak. Hakikatnya apa yang dibuat oleh BN masih mengikut lunas undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak.

Maknanya dakwaan Nizar dan kuncunya adalah pembohongan semata-mata. Istilah rampas sebenarnya menunjukkan kedangkalan mereka mengenai undang-undang negara. Peralihan yang berlaku kerana Kerajaan Pakatan Rakyat telah hilang kepercayaan oleh kebanyakan ADUN. Namun hakikat ini disembunyikan oleh PAS. Isu moral tidak boleh diukur tetapi undang-undang ialah tempat rujukan yang patut diutamakan.

Sebab itu apabila panel mengulas mengenai moral 3 ADUN ni berbanding tindakan Anwar yang ingin membawa lompat 30 Ahli Parlimen BN adakah dikatakan bermoral.. hakikatnya inilah mahkamah Pakatan Rakyat.. penuh dengan ketidak adilan dan double standard.. Selain itu tindakan keji Pakatan Rakyat yang membuat surat palsu dengan menipu tarikh tanpa perkenan empunya badan juga boleh dianggap jenayah dan boleh diambil tindakan undang-undang. Jika beginilah semua ADUN pakatan rakyat ialah umpama lembu yang ditarik hidung. Jika tidak mereka akan memecat secara tidak demokrasi sebagaimana yang berlaku kepada Osman Jailu, Jamaludin, Arumugam dan si Fairus TKM Pulau Pinang1.

Begitu juga apabila dato’ Shafie mengulas mengenai persoalan adakah SPR wajar membuat keputusan. Jelas bahawa SPR hanya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan mengikut akta yang diberikan kepadanya. Begitu juga ulasan profesor yang mengatakan Speaker yang ‘spoile’ dan menjadikan keadaan krisis Perak yang semakin teruk dengan membuat keputusan di luar dewan dan menggantung ahli dewan dengan membabi buta. Selain tindakan Nizar yang memang tidak pernah mohon perkenan Sultan untuk adakan sidang dewan… Namun yang pelik Nizar tidak menyebut kerana apa sebab beliau untuk bubar dewan. Jika tiada sebab bagaimana dewan boleh dibubar. Hakikat sebenar yang tidak disebut nizar ialah beliau tidak lagi mendapat kepercayaan ahli Dewan!

Ini semua termasuk dalam perkiraan Sultan Perak, untuk menentukan apakah yang lebih baik untuk rakyat negeri Perak. Tindakan speaker yang menghalang Dr Zambri serta membuat sidang dewan DUN di bawah pokok ialah satu penghinaan terhadap demokrasi.

Syabas Dato’ Shafie… Kebenaran telah terserlah! BN adalah kerajaan yang sah!

2 Respons to “Hujah TV9 – TKO Buat Pakatan Rakyat”

  1. tongkatmusa said

    Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    Komen saya terhadap rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak”.

    Ahli2 panel akur (concede) bahawa adalah hak Baginda Sultan mengikut kewajarannya (budibicaranya) untuk atau tidak membubarkan DUN Perak.

    Prof Dr Shad Faruqi tidak menolak bahawa adanya ruang (secara implikasi) dibawah Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak bahawasanya jika permintaan MB untuk DUN dibubarkan tidak diperkenankan, MB berserta EXCOnya hendaklah meletakkan jawatan. Namun disini Prof Shad tidak memberikan jawapan nyata (express) bagaimana jika MB Dato Seri Nizar enggan berbuat demikian. Pada pandangan saya (Dr Abd Rani), jika Dato Seri Md Nizar engganpun, itu tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan (mahu atau tidak). Hanya selepas itulah MB dan exco baru dilantik Baginda Sultan.

    Sebab Dato Seri Nizar memohon DUN dibubar tidak lain dan tidak bukan bahawa beliau sendiri akur (conceded) sudah kehilangan majoriti ADUN2 dan beliau pun tidak sekali-kali mohon kepada Sultan sidang diadakan bagi menentukan sejauh mana undi tidak percaya terhadapnya itu betul. Maka bila Dato Seri Md Nizar memohon DUN dibubar, padahnya adalah beliau dan exconya (Majlis Eksekutif) shall tender resignation jika permohonan untuk membubarkan DUN tidak diperkenankan Sultan.
    Justeru, untuk kemudiannya mengesyorkan DUN dibubar sebagai jalan terbaik adalah merupakan langkah terkebelakang setelah akur bahawa sememangnya Baginda Sultan mempunyai budibicara untuk atau tidak membubarkan DUN.
    Bubarkan DUN bukan lagi suatu opsyen setelah Baginda Sultan membuat keputusannya (res judicata) kerana itu ibarat tidak menghormati dan mengingkari keputusan Baginda Sultan.

    Pandang Prof Dr Shad yang mengatakan bahawa dalam kes Stephen Kalongningkan DUN sememangnya “masih bersidang” sedangkan diPerak sudah ditangguhkan tanpa tarikh ditetapkan sekian lama (adjourn sine dine) perbezaan itu pada saya (DrAbdul Rani) tidak membawa apa-apa makna yang kuat. Fasal 16(6) tidak menetapkan sokongan majoriti ADUN2 hendaklah (shall) diraih dalam sidang DUN. Maka penentuan Sultan diistannya bahawa sokongan majoriti sudah berpihak kepada BN adalah tidak salah disegi undang2. Bahawa adalah lebih baik sokongan majoriti ADUN2 dibuat semasa sidang DUN samalah seperti elok sembahyang dimasjid berjemaah berbanding sembahyang sendiri dirumah. Ataupun memberikan pengajaran (lecture) didalam kelas berbanding di padang rumput – namun sah tetap sah. Lagipun Dato Seri Nizar sudah akur (concede) beliau tidak ada lagi majoriti dan minta DUN dibubar. Fakta ini tidak lagi perlu dipertikaikan (not a fact in issue – agreed fact).

    Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan – tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu – 15 Mei 2009.

    Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”

    Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2. Pun begitu,

    PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul
    Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

    Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

    “PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”

    Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) dibawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.

    Indulgence (kelonggaran) Baginda Sultan tidak boleh ditakrifkan sebagai bermaksud bahawa sidang DUN boleh dibuat tanpa perkenan atau permasyuharan Bagina Sultan sepertimana terdapat dalam Undang2 Tubuh Negeri Perak

    Bahawa hujah SPR adalah badan bebas dan tidak tertakluk kepada Speaker DUN dalam menentukan casual vacancy lebih kuat dan logik. Kuasa SPR sepertimana terkandung didalam Akta Pilihanraya. Speaker DUN sekadar pengaturcara/referee semasa sidang DUN, dan SPR tidak menjawab (accountable) kepada Speaker DUN. Apakah surat yang tidak bertarikh itu sah? Mengikut Mahkamah tidak. Mengapa? Dibawah undang2 kontrak pun, suatu perjanjian yang dipaksa (oppressive, undue influence dan sebagainya) adalah voidable (kesahannya boleh ditolak). Maka ADUN2 lompat itu sudah menafikan perletakkan jawatan mereka dan membatalkan surat tersebut. Lagipun mandat ADUN adalah dari rakyat (pengundi2) bukan dari parti – maka apa hak parti meminta mana2 ADUN letak jawatan jika melompat? Bukankah itu undue influence -dan dalam kontrakpun adalah voidable? Apapun, SPR bukan dibawah arahan Speaker DUN.

    Lompat itu sah disisi undang2 dan dibenarkan oleh perlembagaan.

    Jika parti2 politik dapat sampai kesuatu settlement, memanglah baik. Jika tidak Mahkamah adalah penyelesaian terbaik sama ada menang atau kalah. Membubarkan DUN pada saya adalah langkah kebelakang setelah Baginda Sultan membuat keputusan dan seoalah-olahnya tidak menghormati kewajaran Sultan ataupun Sultan kononya tidak menggunakan kewajarannya bila tidak perkenakan DUN dibubar.

    Adakah hanya kerana 3 ADUN, Sultan dikehendakai bubar DUN? Dengan membubarkan DUN bermakna ADUN2 yang lain turut terpaksa hilang kerusi-kerusi mereka juga? Mereka-meraka ini tidak mempunyai ataupun menimbulkan apa-apa masaalahpun. Maka dimana ketidakwajaran Sultan?

    Bila Pakatan Rakyat mewawarkan lompat beramai-ramai ADUN ke pihak mereka tiada pula masaalah – maka kenapa pula kerana tiga ADUNyang melompat – isu ini diperbesar-besarkan. Rakyat perlu fikir, apakah mereka berfikiran dengan baik dan wajar? Apakah mereka ini mewakili semua rakyat Malaysia atau semua rakyat Perak atau sebahagian besar/ sebahagian kecil sahaja?

    Saya dah berulang-ulang kali mengatakan bahawa jika pengundi2 merasakan mereka telah ditipu dan tertipu dengan calon DUN mereka – bukankah yang “menipu” adalah calon tersebut – dimanakah salah Sultan? Adakah calon tersebut disarankan Sultan atau PKR/DAP? Siapa yang cuai dalam mencalonkan ADUN2 yang melompat tersebut? Maka siapa sebenarnya cuai – Sultankah?

    Maka soal wajar DUN dibubar atau tidak, yang sudah berlalu biarlah berlalu – sekarang tugas Mahkamah menyelesaikan dan pihak2 yang menyalah guna kuasa atau menggunakan kuasa yang salah perlu dipertanggungjawabkan.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

  2. KekohSokmo said

    teori tinggal teori
    beend mereput
    2-1
    hehehehehhehehehehheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: