Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

“JANGAN BERNIAT TAKBUR DAN RIAK”

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 1 April 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Kita sering kali mendengar perbuatan yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan baru-baru ini Nizar didakwa melakukan taktik kotor ketika berkempen untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang dengan menggunakan masjid sebagai tempat untuk berceramah Politik.

Lebih memalukan lagi apabila Mohammad Nizar tergamak merampas dan mengambil alih untuk Program Solat hajat serta majlis Bacaan Yassin yang dikendalikan oleh Barisan Nasional ( BN ) di masjid simpang dan bertindak keterlaluan apabila meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sendiri.

Tindakan Mohammad Nizar seolah-olah seperti telah dirancang bersama dengan beberapa pengikutnya yang lain dan ini sangat menyedihkan apabila Calon PAS sanggup menggunakan masjid sebagai gelanggang berpolitik di hadapan jemaah yang kebanyakannya penyokong ( BN ) dan ini amatlah memalukan.

Perbuatan Nizar ini sangatlah menyedihkan dan ini satu tindakan provokatif. Namun demikian kita juga yakin yang beliau tidak juga teragak-agak menggunakan pelbagai alasan untuk menjadikan masjid sebagai tempat melakukan perbuatan seumpama itu.

Jangan berniat takbur dan riak kerana jika setakat untuk mengimamkan jemaah atau menyampaikan sepatah dua tafsiran Al-Quran “kita semua pun mampu melakukannya”, selepas ditegur Mohammad Nizar tidak menyatakan sebarang tindakan malah mendiamkan diri dan terus meninggalkan masjid sebelum Isyak.

Dulu sebahagian menyangka pemerintahan Pakatan Rakyat atau PAS lebih baik daripada Barisan Nasional, tetapi sekarang mereka sedar, semuanya indah khabar dari rupa. Jadi fikir-fikirkan lah mana yang patut kita undi. Untuk Rakyat hidup aman makmur.

Satu Respons to ““JANGAN BERNIAT TAKBUR DAN RIAK””

  1. KekohSokmo said

    teori tinggal teori
    beend mereput
    2-1
    hehehehehhehehehehheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: