Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 1 April 2009

PAS Ibarat Layang – Layang Putus Tali

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 1 April 2009

Oleh: Anak Kajang

Jangan lihat dari dalam tempurung, lihatlah dari mata burung, kata M.Nasir. Dan burung melihat dari atas bumi. Ada juga burung mampu terbang sampai ke angkasaraya. Kata mereka itulah burung cenderawasih. Burung azimat. Manakala burung ababil juga adalah haiwan ajaib yang datang menolong tentera Islam menumpaskan tentera Abrahah bergajah. Pada 6 Feb 2009, Zambry Abd Kadir telah mengangkat sumpah sebagai MB Perak. Maka di kala dan saat itu lengkaplah ketumbangan Kerajaan DAP-Pakatan di Perak. Dua hari sebelumnya, Kerajaan itu tumbang secara de jure nya. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

“JANGAN BERNIAT TAKBUR DAN RIAK”

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 1 April 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Kita sering kali mendengar perbuatan yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan baru-baru ini Nizar didakwa melakukan taktik kotor ketika berkempen untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang dengan menggunakan masjid sebagai tempat untuk berceramah Politik.

Lebih memalukan lagi apabila Mohammad Nizar tergamak merampas dan mengambil alih untuk Program Solat hajat serta majlis Bacaan Yassin yang dikendalikan oleh Barisan Nasional ( BN ) di masjid simpang dan bertindak keterlaluan apabila meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sendiri. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Politik | 1 Comment »

SYURGA DAN NERAKA DITENTUKAN OLEH PAS..???????????

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 1 April 2009

Oleh Mawar Berdarah:-

Sebelum pilihanraya ke-12, Pas mengeksploitasikan isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam. Dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac tahun lalu, petugas Pas mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, bekas MB Perak Mohammad Nizar Jamaluddin.Risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang mengatakan haram bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr S.Vasan daripada MIC yang mewakili BN. “Tetapi, bila sudah berjaya membentuk kerajaan, beliau (Mohammad Nizar) mengatakan beliau Menteri Besar untuk semua kaum. Sekarang baru kita nampak wajah sebenar mereka. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 3 Comments »

Hujah TV9 – TKO Buat Pakatan Rakyat

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 1 April 2009

Oleh: Tenda Biru

Syabas Dato’ Shafie kerana berjaya mengulas dengan jelas mengenai krisis yang berlaku di Perak. Hakikatnya apa yang dibuat oleh BN masih mengikut lunas undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak.

Maknanya dakwaan Nizar dan kuncunya adalah pembohongan semata-mata. Istilah rampas sebenarnya menunjukkan kedangkalan mereka mengenai undang-undang negara. Peralihan yang berlaku kerana Kerajaan Pakatan Rakyat telah hilang kepercayaan oleh kebanyakan ADUN. Namun hakikat ini disembunyikan oleh PAS. Isu moral tidak boleh diukur tetapi undang-undang ialah tempat rujukan yang patut diutamakan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 2 Comments »