Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

JANGAN BERMAIN API NANTI…..

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 30 Mac 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

Kita diperingatkan agar tidak bermain api kerana takut nanti membakar diri. Api semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Akhirnya kita menarik nafas lega apabila Majlis Bandaraya Ipoh menguatkuasakan undang-undang dan telah melaksanakan tugas apabila ia bertindak merobohkan papan tanda peringatan kumpulan Pakatan Penderhaka yang ditegakkan bagi mengingati peristiwa “bodoh yang disengajakan” dalam usaha puak tersebut mencabar institusi undang-undang dan keharmonian Negara. Kita juga ucap syabas diatas tindakan pihak berkuasa melaksanakan peraturan dengan menggantung Gobind Singh Deo dari Dewan Parlimen untuk tempoh 12 bulan. Kita kini hendak melihat tindak balas “besar celaka punya pariah” yang mencabar kesabaran orang ramai. Kita juga menanti tindakan keatas Karpal Singh yang mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap Pemuda UMNO dan memanggil mereka dengan perkataan “Celaka”. Memang celaka juga lah orang yang memanggil orang lain celaka!

Rupanya hilang juga keRANGGIAN simulut celupar apabila seorang demi seorang dihadapkan ke Mahkamah kerana kata-kata menghina Sultan. Rupanya tahu juga mereka mengatakan keinsafan dan memohon diringankan hukuman. Manakala yang masih mengaku tidak bersalah pula, kita akan lihat kejantanan mereka dibilik pembicaraan kelak. Bagi Nizar dan Siva, kita nak tengoklah sejauh mana mereka akan berterusan menghasut dan menderhaka. Bagi yang jenayah mereka masing-masing akan dihadapkan di Mahkamah, kita sama-sama lah tunggu akan kebenaran mengatasi kebatilan.

Kumpulan GERAKAN MANSUH PPSMI kononnya mengugut bahawa perjuangan ini akan dibawa ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Sudah-sudahlah itu, jangan berterusan menipu rakyat kerana isu PPSMI ini tiada kena mengena dengan KEDAULATAN BAHASA ataupun KEDAULATAN BANGSA. Yang mendaulatkan bangsa bersama budaya dan bahasanya ialah ILMU. Dan PPSMI ialah tentang mencungkil ilmu bukan tentang mendaulatkan bahasa, baik Inggeris mahupun Melayu. Bahasa Melayu telah dijamin tempatnya dan sentiasa diusahakan pemerkasaannya. Salah satu caranya ialah dengan memperkasakan bangsanya dengan mengorek ilmu setinggi-tingginya. Mengorek ilmu adalah kemestian didalam agama kita orang melayu sendiri dan Allah tidak mengatakan ianya dikorek hanya dalam bahasa melayu, atau bahasa arab, atau bahasa inggeris, cina, jepun, korea, jerman atau apa-apa pun. Cuma ilmu itu hendaklah sentiasa di cari dan di gali. Jadi PPSMI ialah satu usaha mengorek dan menggali ilmu sains dan matematik secara yang paling praktikal dan realis tanpa perlu terhambat dengan berbagai kekangan apalagi, oleh kejumudan fikiran dan keegoan bangsa! Adik Nur Madihah yang bersekolah arab nun jauh di Kota Bharu, mendapat 20A SPM dan berkata bahawa beliau lebih mudah menjawab sain dan matematik didalam Bahasa Inggeris.

Begitu juga statistik SPM terkini menunjukkan bahawa pemcapaian sains dan matematik didalam Bahasa Inggeris lebih cemerlang dikalangan pelajar luar bandar. Jadi siapa kah mereka untuk berkata bahawa anak luar bandar tidak boleh belajar sains dan matematik didalam Bahasa Inggeris. Juga jangan kita lupa bahawa mereka-mereka yang berkata itu juga sebenarnya dulu belajar didalam Bahasa Inggeris. BODOH kah mereka?

Sementara itu, janganlah lagi temberang dan memberikan HARAPAN PALSU dengan tujuan untuk mengabaikan orang ramai. Sebenarnya HARAPAN BARU itu bukan untuk orang ramai tetapi semata-mata untuk penjual harapan kerana MASA SEMAKIN SUNTUK dan dia tahu yang harapan dia terlalu amat tipis.

Kita sudah di ingatkan juga bahawa MENDENGAR GURUH DILANGIT, JANGAN AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN!

sumber:-UMNO Bukit Jelutong

Advertisements

2 Respons to “JANGAN BERMAIN API NANTI…..”

  1. awang kata said

    Kenapa kedaulatan bahasa tiada kaitan dengan PPSMI. Adakah nama-nama taman perumahan dengan nama asing pun tiada kaitan dengan kedaulatan bahasa. Pejuang bahasa mana yang mencetuskan idea PPSMI. Atau ilmuan dan pengkaji mana yang mencadangkan PPSMI dan kerelevanannya dilaksanakan di negara ini. Saya tetap menyokong PPSMI (Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Indah) diteruskan).

  2. KekohSokmo said

    teori tinggal teori
    beend mereput
    2-1
    hehehehehhehehehehheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: