Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

“BERUBAH ATAU REBAH”

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 30 Mac 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Sudah banyak kita dengar mengenai seruan supaya UMNO berubah jika tidak mahu diubah oleh Rakyat, terutama dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Selepas ini kita mahu ungkapan itu dialihkan kepada tindakan konkrit, bukan lagi sekadar cakap Politik atau Retorik bagi penyedap telinga mendengar.

Apa yang dihasratkan oleh Presiden Parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak hendaklah kita terjemahkan dalam bentuk tindakan dan kerja kuat kearah itu. Malah kita yakin Najib juga bakal menerajui UMNO dan cukup sedar mengenai keperluan perubahan besar yang bukan saja membabitkan struktur, malah haluan dan matlamat parti juga perlu melalui anjakan paradigma.

Ucapan Najib dalam persidangan perwakilan wanita, pemuda dan puteri UMNO, patut menjadikan titik tolak dan tunjang kepada perubahan besar jika UMNO ingin terus meniti kejayaan dalam arus Politik Negara. Kita Rakyat Malaysia yakin bahawa Najib mampu melakukan berubahan dan memenuhi hasrat generasi baru, cukuplah dengan apa yang kita alami selama ini. Pengalaman pahit yang dilalui oleh Parti Kongres India, Parti Leberal Demokrat
( LDP ) Jepun dan Golkar, Indonesia perlu dijadikan iktibar kepada pucuk pimpinan UMNO jika ingin melihat UMNO terus mara kehadapan

Bagi memperbetulkan visi dan hala tuju UMNO, Najib perlu melantik pemimpin muda yang dinamik dan mengekalkan pemimpin veteran yang mahukan perubahan bagi mengembalikan maruah UMNO sebagai parti pemerintah dan penyelamat orang melayu.

Kata-kata UMNO berubah atau rebah yang diungkapkan Najib sepatutnya difikirkan terlebih dahulu ini bukan saja pada Ahli UMNO malah seluruh umat melayu yang selama ini menjadi kekuatan kewujudan UMNO yang menjadi tulang belakang pentadbiran Negara. Kita tidak mahu laungan “UMNO PERLU BERUBAH”, hanya sekadar menjadi halwa telinga Ahli UMNO dan orang melayu tanpa sebarang tindakan konkrit.

Kemampuan UMNO untuk bangun semula bukan saja menjadi impian orang melayu, malah kaum lain juga yang mahukan parti itu menjadi pelindung Negara dalam konteks lebih baik dan menyakinkan. Jangan kita asyik memikirkan kepentingan diri untuk berkuasa saja sehingga lupa akan matlamat parti dan melindungi orang melayu itu sendiri.

Barisan kemimpinan baru dan Ahli UMNO pada keseluruhannya perlu berubah minda, bukan lagi menjadi “Pak Turut” yang hanya menjadi peminta sumbangan dan perlu bangun mengubah persepsi masyarakat UMNO itu sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: