Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PENDERHAKA MAHU JADI RAJA

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 27 Mac 2009

Oleh: Tenda Biru

DATO Seri Nizar merupakan calon terdesak Pakatan Rakyat dan juga calon terdesak Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang yang akan diadakan pada awal bulan depan. Nizar Jamaluddin akan mendapat UNDI SIMPATI sebagai BEKAS MB Perak yang mana telah memerintah selama 11 bulan dan calon BN di Bukit Gantang, Ismail Saffian. Kenapa perlu PR meletakkan ahli atau calon nya yang sudah mempunyai pangkat serta kuasa di DUN dan perlu bertanding di peringkat Parlimen?

Menarik sekali..bila Nizar dicalonkan menjadi calon di Bukit Gantang…inikah maknanya, orang Cina mahu tunjuk kepada Sultan dan Raja Melayu bahawa orang melayu sendiri sudah tidak mahu bersultan dan berajakan orang Melayu? Jika Nizar menang, maka SAHIH lah dakwaan mereka itu. Orang melayu sudah tidak mahu sultan dan raja lagi, meraka mahu jadi Republik seperti Singapura dan menjadi seperti orang Melayu Singapura yang melukut di tepi gantang di tanahair kepunyaan nenek moyang mereka dahulu. Sekarang bagai mengemis pula di rumah-rumah merpati tanpa sekangkang katak pun tanah yang dapat ditanam lada…

Hai orang Perak, bangunlah dari tidurmu..ini bukan mimpi, tapi ini realiti. Jangan memalukan sesama Islam kerana Allah SWT sendiri sudah mengingatkan tidak sesekali Yahudi dan Nasrani itu akan berpuashati, selagi orang Islam tidak tunduk dan patuh kepada mereka..di Malaysia tidak ada Yahudi, tetapi anak-anak didik Yahudi ramai, sebab itu Singapura jadi negeri kecil Israel di Nusantara ini. Oleh itu, jangan kita menjadi petualang agama dan bangsa dengan menyokong mereka-mereka ini..

Islam memang menggalakkan kasih sayang antara sesama makhluk Allah, hatta tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatangpun kita perlu jaga dan pelihara dengan baik. Tetapi, baik biar berpada-pada, jangan melulu dan terburu-buru…Fikir dalam-dalam dulu, jangan biarkan leher disembelih dengan senang. Lembu pun tahu untuk lari jika tahu dirinya mahu disembelih. Nizar dipilih bukan kerana dia MULUK dengan PAS, tetapi kerana dia MULUK dengan DAP. Nizar wakil calon PAS bukan sebab dia mahu membela Islam tetapi dia mahu membela anak-anak didik empayar Lee. Yang pelik, mengapa pemimpin PAS kena cucuk hidung ni?…nak kena bawa pergi sembelih ke?..kalau nak kena sembelih pun, janganlah bawa orang-orang lain, pergi-pergilah sendiri..

Sedih sungguh tengok bangsa sendiri merempat di negeri sendiri…ini bukan racist..tetapi melihatkan inferiority orang Islam hanya kerana bangsa lain kaya dan berduit, buat hati jadi sedih…Islam tak ajar kita malu sebab kita miskin dan tunduk pada orang lain sebab dia kaya, RSAW ajar kita mesti rasa diri kita hebat kerana kita ada Allah dan RasulNya, itulah kekayaan dunia dan akhirat.

Sumber: Bloger Pembela Negara

3 Respons to “PENDERHAKA MAHU JADI RAJA”

  1. KekohSokmo said

    teori tinggal teori
    beend mereput
    2-1
    hehehehehhehehehehheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

  2. KekohSokmo said

    beend derhaka
    =============
    1. Pengasas UMNO, Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik sultan atas isu harta.

    2. Pada tahun 1964 Tan Sri Ghazali Jawi(bapa Dato’ Sri Tajul Rosli) yang tidak mahu letak jawatan menteri besar Perak walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang jawatan itu dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya, dia tidak mahu lepaskan jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu mencukur jambang selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Tajul Rusli kata UMNO tidak pernah derhaka, tidak pernah ucap macam Nizar. (UM 21.2.09) Tindakan bapanya pada Sultan Perak apa pulak maknanya?

    3. Pada tahun 1979, kes Dato’ Rahim Bakar, bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro UMNO mengkritik Sultan secara terbuka.

    4. 1983, UMNO hendak meminda supaya kuasa YDA mengenai pengisytiharan darurat dikurangkan maka UMNO membelasah Raja-raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.

    5. Pada tahun 1991 – dalam persidangan agung UMNO, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan UMNO kalah di Kelantan.

    6. Dalam persidangan agung UMNO juga perwakilan UMNO meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh UM di muka surat depan. Apaka ini bukan derhaka?

    7. Satu demonstrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin UMNO Kelantan. Kenapa polis tidak menembak gas pemedih mata? Apakah ini bukan derhaka namanya?

    8. Pada 18 Jun 1993 pindaan perlembagaan persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah telah dikemukakan. Apabila Raja-raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.

    9. Beberapa siri rapat umum haram UMNO di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Dr. Tun Dr. Mahathir dan mengecam Raja-raja Melayu.

    10. Sebab itu Ku Li denagn sinis berkata, “mana satu kah yang lebih merbahaya pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak pada 6.2.09?”. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh menyaman Sultan Perak tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang mana pemimpin UMNO sendiri yang memberikan laluan pada tahun 1993.(Star Online 17.2.09). Tiba-tiba sekarang orang UMNO pulak menjerit marah pada Karpal. Sepatutnya orang UMNO kena marah dan sumpah seranah pada pemimpin mereka kerana disebabkan pemimpin mereka lah maka martabat raja Melayu sebegitu rupa sehingga boleh dibawa ke mahkamah. UMNO ni memang BENGONG!!!

    11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputra untuk menggantikan Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Dato’ Annuar Musa. Ini lagi memalukan. Apaka ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya?

    12. Kenyataan biadab Shahidan Kasim, bekas Menteri Besar Perlis bahawa Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dan mempunyai bukti mengenainya (BH 11 Jun 1993).

    13. Mohamad Taib (Mat Tyson) kata Nizar derhaka. Apakah dia telah lupa yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor dan adinda Sultan Selangor sekarang) kemudian kahwin lari di Thailand? Masa tu dia masih jadi MB Selangor. Ini kah perangai seorang MB dan kemudian bercakap tentang soal derhaka? Cakap berdegar-degar, jubor penuh taik!!!

    15. Shahidan Kasim pulak boikot perlantikan Isa Sabu sebagai MB Perlis. Tidak derhaka kah dia kepada Raja Perlis?

  3. KekohSokmo said

    video berkaitan penderhakaan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: