AGENDA BESAR “MUSUH NEGARA”
Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 27 Mac 2009
Oleh :- Anggerik Desa
Tidak pernah sebelum ini ada anak melayu yang tergamak baring dan terlentang di tengah jalan raya untuk menghalang kenderaan Raja atau membaling Batu kepada Rajanya sendiri malah tidak mungkin juga ada anak Kuala Kangsar atau Rakyat Perak yang sanggup berkelakuan biadap sedemikian terhadap Rajanya sendiri.
Namun salah seorang pemuda UMNO dalam sidang media telah mengbongkar segala rahsia mengenai Agenda Besar dan muslihat pihak tertentu yang cuba meruntuhkan Negara menerusi siri Rusuhan, Gerakan Kumpulan, Fitnah dan tindakan menghasut untuk menghuru-harakan Negara.
Agenda Besar ini jelas dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi gerakan melemahkan perpaduan masyarakat melayu, meruntuhkan UMNO dan semuanya kini semakin jelas di depan kita pada hari ini. Mereka yang merancang Agenda Besar yang menghuru-harakan negara itu tidak mahu lagi melihat Institusi dan tunjang kekuatan negara terus kekal menbenteng keutuhan Malaysia sebagai negara yang Merdeka dan Berdaulat.
Namun demikian Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata musuh Negara sentiasa mengintai peluang dan mengeksploitasikan keadaan untuk menjayakan agenda mereka, termasuklah menerusi usaha melemahkan kekuatan Institusi yang menunjangi Kemerdekaan Malaysia.
Sehubungan dengan itu juga, Datuk Seri Hishammuddin berkata, gelombang besar kebangkitan pemuda kini bermula dengan suntikan dan pemulihan semangat Rakyat Perak menerusi latihan persiapan jentera Pilihan Raya pemuda UMNO sejak tiga hari lalu. Beliau juga ada berkata, latihan sama bakal diperluaskan keperingkat akar umbi diseluruh Negara yang menjadi tunjang kepada kekuatan UMNO bagi melahirkan anak melayu yang sanggup berjuang habis-habisan mempertahankan kedaulatan Negara.
Pemuda UMNO Selangor, Wilayah Persekutuan dan Johor sudah berjanji untuk sama-sama menyahut seruan dan menyemarakkan gelombang kebangkitan Rakyat. Gelombang kebangkitan pemuda UMNO ini juga lah yang akan menghalang usaha parti Keadilan Rakyat ( PKR ) dan konco-konconya mengambil kesempatan untuk memecah-belahkan ahlinya, melaga-lagakan pemimpin dan melemahkan UMNO menjelang pemilihan parti itu nanti.
Namun yang jelas bertindak biadap dan merderhaka itu sebaliknya adalah, warga asing dan pihak yang tidak sedar dirinya diperalatkan untuk memenuhi muslihat Besar “Musuh Negara”
Tinggalkan Jawapan