Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Anwar semakin terdesak, menjadikan media kuda tunggangan

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 25 Mac 2009

Oleh: Tenda Biru

Nampaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terdesak menjelang peralihan kuasa dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak hujung bulan ini.

Semakin dekat Perhimpunan Agung Umno, semakin banyak kempen untuk menjatuhkan Najib, semuanya berbau politik mainan Anwar. Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar turut menggunakan media asing dan blog-blog yang dikendalikan oleh ahli-ahlinya untuk membuat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap Najib. Tujuan mereka hanya satu – supaya Najib tidak menjadi Perdana Menteri.Dengan membuat tuduhan terhadap Najib walaupun setelah ianya diperjelaskan oleh pihak polis, Anwar dan kuncu-kuncunya mempersoalkan kewibawaan polis dan sistem keadilan di Malaysia. Mustahil semua pegawai dan anggota polis boleh bersekongkol dalam isu sebesar ini. Anwar cuba untuk memberi maklumat-maklumat palsu kepada rakan-rakan media asingnya untuk mencemarkan nama baik Najib. Seorang penulis yang beretika selalunya akan mendapatkan penjelasan daripada pihak yang menuduh dan pihak yang tertuduh.

Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh pembangkang tidak berasas sama sekali. Semasa mengumumkan Kabinet barunya selepas Pilihanraya Umum yang ke 12 tahun lalu, Abdullah telah menegaskan bahawa semua ahli Jemaah Menteri telah diskrin dan diluluskan oleh Biro Pencegah Rasuah dan polis. Jelas isu pembabitan dalam rasuah atau kegiatan tidak bermoral sebelum tahun 2008 tidak berbangkit.

Apa yang jelas ialah Anwar dalam ketakutan. Anwar tahu Najib bukan sebarang pemimpin. Najib boleh mengembalikan Barisan Nasional ke era kegemilangannya. Bila ianya berlaku, PKR dan Pakatan Rakyat akan terkubur. Cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri akan turut terkubur. September 16 akan tinggal impian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: