Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

DEMONSTRASI PAS

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 24 Mac 2009

Oleh :- Mawar Berdarah

DENGAN berpegang kepada ‘fatwa’ Hadi Awang kononnya demonstrasi jalanan adalah satu ciri baru dalam amalan demokrasi di Malaysia, maka tidak hairanlah majoriti daripada penunjuk perasaan di tengah bandar raya Kuala Lumpur, ahli Pas. Mereka keluar beramai-ramai dengan diketuai oleh Presiden Pas itu sendiri dan barisan pemimpin kanan lain untuk turut serta dalam Himpunan 100 Ribu Bantah Pendidikan Pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Perhimpunan di pekarangan Masjid Negara itu akhirnya bertukar menjadi perarakan menuju ke Istana Negara yang dapat dihalang polis yang dituduh pula bertindak ganas dengan melepaskan gas pemedih mata selain menangkap 124 perusuh. Apa yang nyata adalah perhimpunan anjuran kumpulan menganggap diri mereka sebagai pejuang bahasa iaitu Gerakan Memansuh PPSMI (GMP) , termasuk Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara A Samad Said bertukar menjadi medan bagi Pas berarak dan berdemonstrasi.

Jelas Pas telah mengembleng kumpulan penunjuk perasaan jalanan ‘khas’ yang turut serta dalam demonstrasi di Batu Burok, Kuala Terengganu dan sebelum ini di Kuala Kangsar dengan pelbagai aksi termasuk membaringkan diri di tengah jalan raya bagi menghalang kereta membawa kerabat Sultan Perak. Setakat ini gelagat terbaru Pas ini menurut beberapa akhbar kerdil melibatkan kumpulan berkopiah dan berjubah saja tanpa kehadiran pemuda baik daripada Parti Keadilan Rakyat mahupun DAP. Jika ada, bilangan mereka amat kecil dan tampil secara tidak terancang.

Tidak semena-mena Pas kini menjadi juara pula dalam menganjur dan mengheret pelbagai golongan lain termasuk pejuang bahasa Melayu ke dalam kandangnya untuk sama-sama mencetuskan huru-hara di jalanan.Pokoknya apakah Hadi Awang, Nasharuddin Mat Isa dan pemimpin lain benar-benar jujur dalam memperjuangkan bahasa Melayu atau mahu menunjukkan kepada penduduk bandar, politikus Pas tidak hanya mengetengahkan isu hukum Hudud tetapi juga isu bahasa, mereka lebih berani dan kononnya menjunjung kuasa Raja-Raja Melayu?

Namun, perhimpunan di Masjid Negara yang bertukar wajah menjadi perarakan haram sebenarnya adalah satu ancaman kepada kesejahteraan apatah lagi ia berlaku di tengah ibu negara. Mahu tidak mahu pejuang bahasa jelas telah mencemarkan nama baik mereka sendiri dengan membiarkan isu itu dipolitikkan oleh Pas yang ada agendanya sendiri. Pas jelas mahu menawan hati pengundi Melayu dengan memperalatkan isu PPSMI dan mengheretnya ke jalanan. Memang orang-orang Melayu ketika ini amat berbelah bahagi dalam isu ini. Ramai yang menyokong dan ramai yang juga tidak. Kecuali diadakan pungutan suara, kita sebenarnya tidak akan tahu akan sebenar yang menyokong dan tidak menyokong.

Apa yang lebih menarik, Pas sejak bersekongkol dengan Anwar Ibrahim nyata sekarang lebih ke depan dalam menjadikan demontrasi jalanan sebagai budaya politik mereka. Jika dulu semua orang tahu bahawa Anwar adalah `raja demontrasi jalanan’, kini gelaran tersebut bolehlah diberikan kepada Hadi Awang, seorang lulusan Universiti Al-Azhar yang menganggap dirinya ulama. Jika Anwar mempelopori demonstrasi jalanan atas jiwa sosialisme dengan slogan `rakyat’, Hadi mahu menonjolkannya sebagai sesuatu yang islamik. Tidakkah ini sesuatu yang bertentangan dengan budaya Islam di Malaysia yang selama ini terkenal dengan kesederhanaannya?

Sejak Hadi mengetuai Pas, parti ini lebih ekstrem dalam tindak-tanduknya. Mereka tidak lagi mengkritik lawan politik, tapi mengutuk dan mecerca. Dan mengaibkan orang lain tidak menjadi hal bagi ramai pemimpin Pas. Barangkali orang Melayu sudah lupa tentang Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan parti Melayu yang bekerjasama dengan `orang-orang kafir.’ Pada hari ini Pas melaungkan slogan `Pas untuk semua’ yang mengajak sesiapa jua untuk menyokong Pas kerana dasar parti itu adalah untuk semua tanpa mengira agama dan keturunan. Dulu UMNO dihina kerana bermuafakat dengan MCA dan MIC, tapi sekarang Pas sanggup bermuafakat dengan sesiapa sahaja. Bahkan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz pernah berkata bahawa parti sanggup bekerjasama dengan syaitan untuk mencapai matlamat parti itu `menegakkan Islam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: