Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Sudah-sudahlah, Terimalah Hakikat

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 23 Mac 2009

Oleh: Tenda Biru

Cakap-cakap politik tentang pakatan campuran masih berlarutan dan kemelut di Perak yang asalnya bermula dengan isu lompat parti nampaknya masih tiada kesudahan malahan pakatan campuran dan barisan exconya tetap beranggapan bahawa mereka masih berkuasa dan mempunyai kedudukan sebagai Menteri Besar.

Para penganalisis politik dan orang awam pula memberikan pelbagai andaian terhadap kekecohan yang berlaku dan antara andaian-andaian itu, ada yang baik dan ada yang buruk malah ada juga cadangan yang terkeluar dari logik akal. Sebenarnya, rentetan perjalanan yang berlaku berpunca dari pakatan campuran, sama ada lompat parti, derhaka pada Sultan, mahu menyaman kerajaan Negeri, menggantung ahli Dewan Negeri serta merta, memanggil sidang Dewan Negeri tergempar dan juga bersidang secara terbuka di bawah pokok, ia sesungguhnya sesuatu yang tidak wajar berlaku. Memanglah pakatan campuran adalah pembangkang dalam pentadbiran Negara malah kehadiran mereka dalam Dewan Rakyat sedikit sebanyak berjaya menggamatkan suasana namun sewajarnya, apa yang mahu dilakukan biarlah kena pada tempatnya, biarlah sesuai dengan keadaannya dan tidak menyalahi etika dan moral sendiri.

Sebenarnya kemelut politik di Perak adalah sesuatu yang amat serius apatah lagi ia bukan sahaja melibatkan perundangan negara malahan ia turut membabitkan sama kuasa Sultan sebagai pemerintah dalam negeri jajahannya. Kegagalan untuk menerima hakikat bagi pakatan campuran yang ternyata telah hilang kuasa majoriti dan terlucutnya jawatan Menteri Besar menyebabkan kemelut yang berlaku nampak sukar diatasi. Tuntutan pakatan campuran mahukan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dan pilihan raya berlangsung semula bagi menentukan siapa yang bakal menjadi pemimpin. Jelas di sini mereka bertindak sanggup putih tulang jangan putih mata malah mereka juga sanggup menyusahkan banyak pihak sekiranya pilihan raya diadakan sekali lagi.

Pakatan campuran, seperti umumnya bercakap ikut sedap mulut sahaja, lembut gigi dari lidah tanpa menilai semula impak ekoran kata-kata yang dihamburkan lantas tindakan yang dibuat hanya untuk kepentingan peribadi dan parti mereka sendiri. Fikirkanlah, sekiranya pilihan raya benar-benar dijalankan… tentulah rakyat yang akan menjadi mangsa utama kerana terpaksa menanggung beban untuk menghentikan atau menangguhkan tugas-tugas harian untuk mengundi, dan bagaimana pula dengan pengundi yang tinggal di luar kawasan? Baru sahaja setahun Pilihan Raya Umum ke-12 berlangsung inikan pula hendak mengundi lagi sebagaimana yang berlaku di Bukit Selambau ekoran kepincangan wakil rakyatnya.

Dalam waktu yang sama, nilailah pula jumlah wang yang digunakan sebagai perbelanjaan untuk melancarkan proses pengundian termasuklah penamaan calon, barangan pilihan raya untuk kempen dan juga pada hari pengundian sendiri. Semua aspek perlu difikirkan. Lantaran itu, janganlah jadikan rakyat sebagai mangsa dan landasan untuk terus berada di mercu kekuasaan demi pangkat dan jawatan yang sememangnya menjadi idaman. Bukankah sudah nyata ada cara yang lebih mudah bagi menyelesaikan kemelut dan bukankah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri telah menyatakan awal-awal lagi bahawa pilihan raya di DUN Changkat Jering dan Jelapang tidak perlu diadakan. Dan bukankah juga, jawatan Nizar selaku Menteri Besar sudah terlucut dengan sendirinya berdasarkan kepada Undang-undang Tubuh Negeri Perak, dan bukankah juga sudah jelas bahawa Datuk Dr. Zambry telah dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar?

Oleh itu, terimalah kenyataan agar pentadbiran yang licin dan terancang dapat dilaksanakan demi untuk kesejahteraan masyarakat termasuklah ahli-ahli dalam pakatan campuran sendiri!

2 Respons to “Sudah-sudahlah, Terimalah Hakikat”

  1. Iskandar said

    semua ini berlaku kerana ADA MELAYu dah JUAL MARUAH BANGSA dan TANAH MElAYU kepada CINA

  2. Shah said

    Alahai iskandar…

    Melayu mana yang jual tanah melayu untuk tanah perkuburan di kulai johor untuk singapura…Melayu mana yang bagi tanah berpuluh ribu ekar pada tauke cina di tanah rata pahang…kalau bukan Melayu UMNO….

    untuk rakyat tak kiralah ia cina ke india ke melayu ke….untuk rakyat bukan tauke besar…alahai iskandar oiii

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: