Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAKATAN RAKYAT – RETAK MENANTI BELAH?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 20 Mac 2009

OLEH: TENDA BIRU

Ibarat seekor gajah yang gagah, menyelamatkan rakan rimba yang jauh lebih kerdil daripadanya, tertusuk panah pemburu, tetapi masih tahan berdiri, walaupun sedang terumbang-ambing, menanti saat merebah bumi. Pakatan Rakyat, meniti hari-hari sukar, selepas gagah menumbangkan kerajaan, selepas 50 tahun kemerdekaan. Walaupun ia cuba dinafikan, walaupun ia cuba dielak, tetapi jelas, pakatan rakyat sedang diuji dengan sehebat-hebatnya pada masa ini.

PAS terus dengan pendirian bahawa tiada siapa menjadi ketua dalam pakatan rakyat, disebalik fakta bahawa mereka satu ketika dahulu menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri. DAP yang sudah diketahui hala tuju perjuangan mereka, mewujudkan sebuah negara bebas yang demokratik, amatlah tidak selari dengan perjuangan mulia PAS yang mahu menegakkan Islam. PKR seperti biasa, ibarat anak yang kecil, masih tercari-cari siapa bapa mereka, PAS atau DAP, yang harus dituruti. Walaupun sedar hala tuju yang amat berbeza, mereka masih mahu membentuk satu barisan, dengan harapan dapat mengalahkan BN, dan mereka berjaya. tetapi, saban hari selepas meraikan kejayaan mereka, mereka semakin buntu dan hilang punca, seperti anak yang kehilangan bapa.

Hari ini PAS dan DAP tidak lagi berkongsi katil yang sama. Tidak lagi makan di meja yang sama. Tidak lagi solat berjemaah bersama, mahu pun mengaji bersama. Mereka tidak lagi ketawa bersama, tidak lagi mesra di dapur, di ruang tamu, di perkarangan “istana PR”. Mereka sedang memikirkan, talak berapa harus dijatuhkan. Pesta perayaan setelah menawan 4 negeri dan wilayah persekutuan, serta merampas lebih 80 kerusi parlimen, hanya tinggal kenangan yang terindah dalam PR. Mereka tidak lagi mempunyai suatu suara. Mereka tidak lagi bernakhodakan kapten yang sama. Mereka seperti budak kecil yang bergaduh, memaling dan bermasam muka.

Di mana silapnya PR? disebalik keretakan ini, beberapa sahabat yang berpendapat bahawa, hasrat PAS untuk bersatu dengan UMNO adalah hasrat peribadi segelintir pemimpin PAS, dan bukan mewakili ahli mereka keseluruhan. Adakah benar ia hanya pendapat peribadi segelintir PAS semata-mata? adakah ia hanya merupakan impian kosong Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang, Nasharuddin Mat Isa, tanpa mendapat sokongan ahli mereka?

Sebaliknya, BN akan bertambah kuat. Anwar pula sudah mula menghidu keretakan dalam PR. Beliau dengan segera mengumumkan kerusi pilihanraya yang bakal beliau tandingi dengan harapan keadaan akan kembali “cool”. Kita lihat sejauh mana Anwar berjaya “cooling down” anak-anak buahnya, disaat anak-anak buahnya sudah mula ingkar dengan arahannya kerana anak-anak buahnya sudah mula celik, dan tidak mampu ditipu lagi oleh sandiwara sang wira.

Satu Respons to “PAKATAN RAKYAT – RETAK MENANTI BELAH?”

  1. KekohSokmo said

    teori tinggal teori
    beend mereput
    2-1
    hehehehehhehehehehheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: