Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

“MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI”

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 20 Mac 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Kita sedih dengan keadaan perpaduan Melayu pada hari ini, kita tengok orang Melayu bukan lagi berpecah dua – UMNO dan PAS bahkan tiga, tambah dengan PKR. Orang Melayu semua sekali ada 13 Juta orang di Negara ini. Kalau masuk dengan Bumiputera semuanya ada 15 Juta orang saja

Di manakah Perpaduan Melayu? cubalah kita fikirkan sejenak, sudahlah kita bertegang dalam soal agama dan tafsiran sekarang kita bertegang fasal Politik pula, Pilihan Raya dah habis, Bersatulah Bangsa Melayu. Nasib kita tak tahu lagi ke mana. Sudahlah kuasa ekonomi ditangan orang lain. Bahkan kuasa Politik pula akan terhakis. Apa yang akan jadi dengan Bangsa kita nanti

Memang sedap jika kita buang Dasar yang untungkan Melayu, macam Dasar Ekonomi Baru ( DEB ). OH, ialah Dasar itu diskriminasi, tak sesuai lagi pada zaman sekarang orang Melayu dah hebat-hebat belaka. Boleh berdiri sendiri tidak perlu payung/ perlindungan Kerajaan. Orang Melayu pun terikut-ikut dengan lagu parti sama macam DAP. Hapuskan DEB kerana DEB pilih kasih. DEB untungkan Melayu semata-mata. Apa yang kita Nampak ada orang Melayu yang bersorak apabila DAP menang. Apa maknanya semua ini, Meraka tidak tahu lagi belang DAP mereka tak tahu sejarah hidup DAP yang tak sokong DEB

Apa yang kita tahu sejak dulu pun mereka tentang apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru berjumpa dengan pihak Media, perkara pertama yang akan dia sebut ialah nak hapuskan DEB. Orang Melayu sorak Bagus, kita buang Dasar BN kita sokong DAP

Seorang wakil DAP disatu Forum di Kuala Lumpur berkata, kita patut hapuskan DEB orang melayu pun sorak juga. Bagus! Kita hancurkan Dasar BN. Kita dah lama faham belang DAP. Mereka tak kan sokong Dasar yang untungkan Melayu mereka sudah lama berdendam dengan DEB. Mereka mahu DEB dihapuskan segera

Tengoklah Budi Bahasa DAP terhadap istana Perak, Kita tak tahu apa yang nak dikatakan lagi kalau orang Melayu nak sorakkan DAP juga entahlah apa nak jadi. Mula-mula tolak DEB, lepas itu Dasar-dasar lain juga. Orang Melayu kata Bagus, kita hapuskan semua saki baki Dasar BN

2 Respons to ““MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI””

  1. Bro,
    Demi mempertahankan visi dan misi perjuangan melayu yang hanya ada dalam UMNO, maka saya sanggup berkorban nyawa sekalipun. Masalah sekarang timbul kerana semangat yang ada pada kita tidak lagi ada pada kebanyakan gulungan muda. Mereka tidak mendalami sejarah keperitan perjuangan nenek moyang mereka. Malah mereka tidak nampak ketika perjuangan nenek moyang mereka berlaku dengan nyata. Mereka hanya tahu matahari itu bercahaya dan malam itu gelap setelah Malaysia maju dan makmur. Oleh itu mereka tidak hirau akan keperitan perjuangan melayu masa lalu. Kepada mereka itu hanya metos. Sama seperti Puteri Gunung Ledang sahaja.
    Mereka adalah generasi ditahap ke 3, yang besar kemungkinan akan menjahanamkan bangsa.

  2. awangsoh said

    Lebih baik hapuskan dahulu SRJK sebelum DEB dihapuskan. Begitu juga kalau nak hapuskan tulisan jawi, pastikan dahulu tulisan cina dan tulisan tamil dihapuskan terlebih dahulu. Kerana faham imigran Cina dan India masih menebal di negara ini. Dalam bahasa pula, ada yang sanggup mengutamakan bahasa asing berbanding bahasa Melayu, yakni bahasa kebangsaan negaranya sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: