Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Gobind Singh Bertemu `Buku Dengan Ruas’

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 19 Mac 2009

Oleh: Mawar Berdarah

“Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa” – perumpamaan ini sesuai ditujukan kepada Ahli Parlimen kawasan Puchong, Gobind Singh Deo yang digantung selama 12 bulan atas kesalahan menghina Dewan Rakyat. Kelancangan mulut anak Karpal Singh ini yang berselindung di sebalik immuniti dalam Parlimen telah memakan diri apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyetujui usul yang dibawa oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz di bawah Perkara 27(3) Peraturan Tetap Dewan Rakyat dan apabila diundi lebih bersuara yang bersetuju.

Gobind digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama setahun setelah didapati mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Speaker yang memerintahkannya keluar Dewan hari Khamis lalu. Gobind juga dengan biadap telah membuat tuduhan tidak berasas dengan menuduh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibu sedangkan beliau tahu kes ini sedang dibicarakan di mahkamah. Banyak pihak menyambut baik pergantungan Ahli Parlimen Puchong ini yang bukan sahaja sudah keterlaluan malah bersikap kurang ajar. Baru setahun jagung menjadi Ahli Parlimen, Gobind yang mewarisi kebiadapan bapanya berkelakuan seperti `kera mendapat bunga’ mengunakan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen memaki hamun dan membuat tuduhan tidak berasas terhadap pemimpin negara.

Gobind umpama `pemain baru’ yang masih mentah dan tidak faham dengan peraturan dalam Bola Sepak. Sebagai pemain lama, Karpal Singh sepatutnya mengajar anaknya supaya jangan terkena `kad merah’ kerana pengadil (Speaker) mempunyai kuasa mengeluarkan Gobind dari permainan. Karpal sepatutnya mengunakan pengalamannya dulu yang pernah dibuang padang dan tidak dibenar hadir sidang Parlimen dalam jangka masa yang lama satu ketika dahulu.

Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Gobind digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama 12 bulan dan pergantungan Gobind ini menjadi satu pengajaran kepada Ahli Parlimen daripada parti pembangkang supaya jangan bersikap biadap dan keterlaluan.

Walaupun berselindung di sebalik kekebalan sememangnya mereka tidak kebal kerana jika didapati bersalah masih ada peraturan dalam Parlimen yang boleh mengeluarkan mereka daripada padang permainan.

Advertisements

Satu Respons to “Gobind Singh Bertemu `Buku Dengan Ruas’”

  1. irhs said

    Saya bersetuju agar Ahli Parlimen dihadkan imuniti. Baru Ahli Parlimen akan bercakap berdasarkan fakta. Sekarang banyak yang cakap macam tak cukup akal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: