Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

APA DAH JADI

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 19 Mac 2009

Oleh:TENDA BIRU

Sedih bila melihat Perlembagaan Negeri dan Negara diperlekehkan oleh rakyatnya sendiri secara terang-terangan, malah pentadbiran kerajaan pada ketika ini telah di cungkil dan direnyukkan satu persatu. 5 prinsip Rukun Negara yang dulunya megah kini tidak membawa sebarang erti lagi.

Kepercayaan Kepada Tuhan kini tidak lagi tidak lagi menjadi prinsip, bila ada antara YB kita tidak sanggup kehilangan pangkat dan kemewahan setelah tidak mendapat mandat dari rakyat.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara kini sudah tiada lagi, bila keputusan Duli Yang Maha Mulia di pertikaikan dan mampu di bawa ke mahkamah.

Keluhuran Perlembagaan pula semakain terhakis bila satu persatu dicugkil dan di robekkan untuk kepentingan kaum masing-masing.

Kedaulatan Undang-Undang pula kini hanya terletak di tangan mereka yang punyai ijazah guaman tanpa rasa gentar akan dikenakan tindakan kerana semua pemimpin Negara sibuk melariskan jualan di pasar malam.

Kesopanan dan Kesusilaan kini patut di tukarkan kepada Keangkuhan dan Kejelekkan kerana itulah yang amat bersesuaian dengan keadaan Parlimen masa kini.

Susah sangatkah Kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan keatas mereka yang menghina Perlembagaan Negara ini. Menghina samalah seperti Menderhaka. Susah sangatkan untuk meng ISA kan atau mengambil kembali hak milik Negara iaitu kewarganegaraan. Ia pasti akan memberi pengajaran kepada mereka yang ingin bermain-main dengan perlembagaan Negara.

Dah cakap dah, berdemonstrasi di jalanan hanyalah sia-sia, malah kini kena tuduh pula mengirimkan peluru yang entah mana datangnya, mungkinkah hak milik sendiri atau dibeli dari sempadan untuk menghangatkan suasana.

Bangkitlah dari Lena dan bertindaklah sebelum terkena.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: