“ BAPAK BOREK ANAK RINTIK ”
Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 18 Mac 2009
OLEH : TENDA BIRU
Usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk menggantung ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo selama setahun telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Usul tersebut diluluskan melalui undi mulut selepas dibahas selama kira-kira 40 minit. Sewaktu pengundian dijalankan, kesemua ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan sebagai membantah. Usul tersebut dibentangkan pada kira-kira jam 11.30 pagi di hadapan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ayahanda kesayangan Gobind Singh iaitu Karpal Singh pula telah dihadapkan di mahkamah semalam mengikut Akta Hasutan kerana mengancam untuk menyaman Sultan Perak ekoran krisis politik di negeri tersebut. Inilah yang terjadi jika tidak menggunakan peluang dan ruang dalam arena politik ini dengan sebaiknya. Kesannya terpaksa di telan sendiri. Dahlah anak kena gantung tugas. Bapak pulak bakal di dakwa. Jangan kerana beliau seorang peguam beliau boleh bercakap apa sahaja dengan sesuka hati. Boleh nak saman sesuka hati. Negara ini ada undang-undang. Rakyat tak suka! Jangan buat huru hara di dalam negeri. Lagi pulak nak hina Sultan. Apa yang menariknya, ketika mahkamah bersidang untuk mendakwa Karpal semalam di Mahkamah Tinggi, turut hadir sama ialah Anwar Ibrahim untuk memberikan sokongan. Kehadiran Anwar menunjukkan bahawa Anwar tidak pernah serik dan tidak kisah dikecam oleh Karpal Singh sebelum ini. Karpal pernah menyalahkan Anwar Ibrahim bila kerajaan Perak bertukar dan meminta Anwar bertaubat.
Isu penggantungan Gobind ini juga telah ada yang mempertikaikannya. Siapa lagi yang nak pertikaikan kalau bukan si Ketua Pembangkang – Dato Seri Anwar Ibrahim. Katanya Gobind wajar diberi ruang untuk membuat penjelasan. Bukan dia sahaja, malah rakan-rakan seperjawatan mereka pun semua tak setuju dengan penggantungan Gobind. Nak beri ruang apa? Dia melepaskan kata-kata tersebut dalam parlimen yang bersidang dan telah didengari oleh semua yang ada. Bukannya cakap belakang-belakang. Sementara itu, Gobind menyifatkan tindakan Dewan Rakyat menggantung tugasnya sebagai Ahli Parlimen selama setahun sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima akal. Selain itu, Gobind turut menegaskan bahawa beliau akan terus berkhidmat di kawasan Puchong kerana baginya beliau masih lagi Ahli Parlimen. Benarlah bak kata pepatah “ Bapak Borek Anak Rintik”..
Diharap selepas ini para ahli Parlimen harus berfikir dulu sebelum bercakap. Walaupun anda semua mempunyai imuniti didalam dewan, tidak bermakna anda sewenang – wenangnya menuduh dan menghina orang lain. Imuniti itu tidak bermakna sekiranya “sniper” menunggu anda semua diluar dewan. Malah kita pernah terdengar ada sebuah akhbar menyiarkan bahan membuat bom mudah diperolehi di Pasar Pudu. Dengan mesin pengimbas rosak dipintu masuk negara serta lorong tikus, tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia bakal digegarkan dengan bom kereta. Selatan Thai sudah membuktikan bahawa tidak mustahil menghasil bom sedemikian. Tambahan pula pendatang asing yang mudah masuk ke negara ini boleh mendatangkan ancaman sedemikian.
Jadi berhati hatilah anda semua sebelum Malaysia menjadi Iraq. Ini bukannya ugutan, cuma kenyataan yang tiada yang mustahil didalam dunia ini.
A Voice said
Bapak bodek, anak tonggek