Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KARPAL SEORANG YANG BERSIKAP RASIS

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 16 Mac 2009

OLEH: TENDA BIRU

Sememangnya Karpal berjaya mencuri perhatian dengan banyak kenyataannya sepanjang bulan lepas daripada isu menghina raja sehinggalah kepada tindakannya memaki hamun Pemuda UMNO. Terbaru beliau berulang kali mencela Pemuda UMNO semasa Dewan Rakyat baru-baru ini mencetuskan pertikaman lidah dan kekecohan. Kita tidak terkejut dengan tindakan Karpal. Walaupun sudah lanjut usia dan berkerusi roda selain reputasinya sebagai peguam terkenal, tindak-tanduknya kebelakangan ini tidak mencerminkan itu semua.

Di kalangan pakatan pembangkang, Karpal juga tidak disenangi para penyokong pemimpin tertentu misalnya ekoran kenyataan beliau menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kejatuhan kerajaan campuran pembangkang di Perak. Begitu juga dengan pendiriannya yang konsisten menolak penubuhan negara Islam tajaan PAS dan ada juga pemimpin DAP yang makan hati dengan beliau. Dalam politik macam-macam boleh berlaku, Karpal tentu faham hakikat itu.

Perbuatan beliau yang menuduh Pemuda UMNO menghantar peluru sememangnya berniat jahat dan sengaja menyalahgunakan kebebasan dalam Dewan Rakyat untuk muslihat politik. Apakah asasnya menuduh Pemuda UMNO menghantar peluru dan apa buktinya? Jika andaian dibuat semata-mata kerana ramai ahli sayap parti itu membuat demonstrasi dan laporan polis membantah kenyataannya menghina sultan Perak, itu bukan bermakna bahawa peluru itu dihantar oleh Pemuda UMNO.

Mungkin juga yang menghantar peluru itu adalah individu yang tiada kaitan dengan mana-mana parti politik tetapi mahu melahirkan perasaan marah kepada Karpal. Atau mungkin penyokong Karpal sendiri berbuat demikian sebagai strategi politik menarik simpati orang ramai terutama ketika Karpal menjadi sasaran kebencian banyak pihak. Segala-galanya berkemungkinan. Kerana kelompok ahli politik yang suka melakukan pembohongan dan memanipulasi keadaan, akan sentiasa mereka-reka apa sahaja untuk tujuan politik.

Persoalannya sekarang bersediakah Karpal menarik balik kenyataannya sebagaimana yang dituntut oleh Khairy dan Pemuda UMNO? Atau beranikah beliau mengulangi kata-kata maki hamun itu di luar Dewan Rakyat? Agak skeptikal Karpal akan berbuat demikian. Pertama, beliau tentu mahu menjaga air mukanya sebagai pemimpin politik. Kedua, Karpal bukanlah seorang yang berani walaupun selalu cakap berdegar-degar.

Singh is “ King “ begitulah beliau menyuarakan sambil mendabik dada. Tiada siapa yang mempersoalkan beliau seorang Sikh. Namun kata-katanya itu menguatkan lagi persepsi ramai bahawa Karpal seorang yang bersikap rasis. Karpal menganggap beliau Sikh yang hebat dan berkuasa, kita tunggulah sama ada beliau berani membuat tuduhan yang sama terhadap Pemuda UMNO di luar dewan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: