JANGAN SAMAKAN “BUMIPUTERAISME” DENGAN DASAR APARTEID
Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 13 Mac 2009
Oleh :- Anggerik Desa
Sejak kebelakangan ini ada dikalangan pemimpin Politik yang cuba mempersoalkan isu-isu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan secara tidak langsung menjurus kepada perpecahan kaum dan mempersendakan pertubuhan melayu dan Dasar-dasar kerajaan sama ada di dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri ( DUN ).
Contoh terbaru ucapan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh di sidang Dewan Rakyat apabila beliau mengatakan pemuda UMNO “celaka” sementara itu juga ketua pembangkang di DUN Johor, Dr. Boo Cheng Hau pula berucap menyamakan amalan “Bumiputeraisme” dengan Dasar Aparteid, Penggunaan bahasa kasar dan tuduhan melulu di luahkan oleh wakil Rakyat veteran ini tidak boleh dimaafkan lagi.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyelar pihak yang menyamakan “Bumiputeraisme” dengan Dasar Aparteid sebagai cuba meniup sentiment perkauman dan memecahbelahkan perpaduan masyarakat di Negara ini.Meskipun semua Rakyat diberikan hak imuniti ketika menyuarakan pandangan di Dewan Rakyat atau DUN, mereka tidak boleh terlepas apabila isu-isu yang dibangkitkan boleh membawa kepada keresahan, rusuhan atau pergaduhan sesama kaum, menurut Dr. Boo Cheng Hau, ianya dianggap bersifat Aparteid kerana berasaskan politik perkauman iaitu golongan yang dominan diberikan keutamaan dalam mendapatkan bantuan.
Mengulas kenyataan Mursyidul, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa usaha membantu golongan miskin hanya diberikan kepada golongan Bumiputera, Khairy memberitahu matlamat Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) Bermakna membasmi kemiskinan di negara ini secara menyeluruh tanpa mengira kaum.
Ramasamy juga ada bertanya mengapa kementerian tidak mengambil inisiatif atau keputusan untuk melantik ahli-ahli akademik dari golongan bukan Bumiputera sebagai Naib Conselor di Universiti- Universiti Awam? Dalam jawapannya, Kok Chung menjelaskan perlantikan Pengurusan Tertinggi Universiti khususnya Naib Conselor dilaksanakan oleh satu Badan Bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Tetap Carian.
Tokoh-tokoh Akademik juga meminta DAP dan Para pemimpin supaya “Bangkit Dari Tidur” dan mengaku bahawa tafsiran mereka mengenai ideologi Aparteid adalah tidak tepat. “Jadi kita jangan lah samakan Dasar Aparteid dengan hak keistimewaan Bumiputera kerana Aparteid merupakan Dasar yang menindas Orang kulit hitam di Afrika Selatan”.
Tinggalkan Jawapan