Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

BERTINDAK BIJAK TANGANI PROVOKASI

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 13 Mac 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

Sultan dicemuh, diperlekehkan dan dihina, hanya kerana baginda berfungsi mengikut budi bicara dan kuasa yang ada. Cuma melangnya keputusan Sultan Perak berpihak kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN). Itu yang menjadi punca institusi diraja diperlukan sedemikian rupa.

Keadaan seperti itu tidak berlaku selepas Pilihan Raya Umum Mac 2008, Ketika Sultan juga menggunakan Budi Bicara dan kuasanya untuk menerima pakatan tiga buah parti bagi menubuhkan Kerajaan Negeri. Biar pun Parti-Parti itu bertanding atas tiket masing- masing dan induknya “Pakatan Pembangkang” tidak didaftarkan secara sah dan Rasmi. Senyap sunyi Wakil Rakyat tiga parti ketika itu, tidak diketahui sama ada mereka berterima kasih kepada Sultan Perak. Yang pasti Istana tidak diperlekeh jauh sekali ada niat untuk mengheret penaung negeri itu ke Mahkamah.Suasana sebegitu tidak berlaku sekarang. Istana bukan sahaja ditentang malah ‘Ditelanjangkan’ di Blog- Blog. Seolah-olah Intitusi Raja dipijak dan Dijadikan Bahan Senda Gurauan. Begitu juga dalam Kemelut di Parlimen ketika mana Intitusi yang fungsi dan Peranannya tercacat di dalam Perlembagaan secara begitu jelas, ada saja cubaan untuk menurunkan mertabatnya. Parlimen yabg menjadi pelindung kepentingan intipati Perlembagaan termasuk Kemuliaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dijadikan Platform untuk mengesa supaya bahasa lain diiktiraf di agensi kerajaan.

Mengapa begitu? Perlukah dicadangkan Bahasa Mandarin turut digunakan di agensi Kerajaan? Perlukah juga dijadikan alasan bahawa Sistem Pendidikan di Negara ini menjadi punca seseorang itu gagal mengusai Bahasa Melayu ? Sedangkan hakikatnya apabila Kerajaan sebut sahaja tentang sekolah satu aliran menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Penghantar,Melentinglah puak yang mendakwa Rakyat Malaysia sejati ketika menuntut ekuiti tapi pelat sebutan bahasanya umpama tiada jati diri, masih enggan mengaku bahawa masalah penguasaan Bahasa Kebangsaan berpunca daripada keegoan mereka enggan tunduk kepada satu sistem Persekolahan. Begitu juga dengan isu Bumiputeraisme vs apartheid yang cukup untuk kita membuat kesimpulan bahawa bukan sahaja penguasaan Bahasa mereka lemah, Malah Pengetahuan Sejarah juga cetek sehingga Melahirkan kenyataan yang amat dangkal itu.

Mengapa Dasar yang Matlamatnya juga terkandung di dalam Perlembagaan, Bukan sahaja untuk Kepentingan Melayu malah Demi memakmurkan Bangsa lain, diungkit sedemikian rupa. Wajarkah Dasar Ekonomi Baru (DEB) disamakan dengan apartheid sedangkan ada bangsa lain yang turut kaya raya kerana DEB juga. Soalnya satu demi satu isu yang termaktub di dalam Perlembagaan berkaitan dengan Melayu diungkit dan dipersoalkan. Ada ketikanya diperlekehkan sehingga membangkitkan Kemarahan Melayu. Mengapa begitu, jika tidak ada agenda Provokasi di pihak- pihak tertentu sengaja mahu menyakiti hati Melayu sehingga tidak mustahil tercetusnya demonstrasi yang boleh melemahkan Negara . Dan ketika itu tentulah Melayu akan dipersalahkan walaupun yang mencetuskan provokasi adalah Bangsa lain.

Kepada Bangsa Melayu usah dilayan segala provokasi yang agenda tersembunyinya ialah supaya Bahasa Melayu di persalahkan dalam semua hal-hal. Matlamatnya ialah supaya Bangsa Melayu melakukan amuk dan kesannya ialah orang Melayu dipandang rendah.

Bertindak Bijak tanggani provokasi ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: