Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

AMBIL IKTIBAR SEBELUM TERKENA !

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 12 Mac 2009

Oleh: Anak Sungkai

Semua orang tahu pakatan pembangkang kini goyah. Belum pun sampai setahun, kerjasama antara PKR, PAS dan DAP berdepan dengan banyak masalah dan isu. Prestasi kerajaan campuran pembangkang juga hambar. Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng mengakui gagal mengotakan janji untuk menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh setahun. Soal prestasi jugalah anatara faktor , dimana pembangkang jatuh di Perak dan makin berpecah di Selangor. Isu-isu moral dan salahguna kuasa terus melingkari beberapa pemimpin pambangkang termasuk ketuanya, Anwar Ibrahim. Apabila perbicaraan kes meliwat pembantu peribadi bermula nanti, dijangka banyak perkara akan terdedah untuk dinilai oleh rakyat.

Di sebalik kedudukan pembangkang yang tidak stabil dan gagal mendapat sokongan kuat daripada rakyat, sayangnya BN tidak mengambil kesempatan untuk meningkatkan keyakinan terutama dalam pengurusan beberapa isu semasa. Kegagalan BN menjangkakan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak meskipun Berjaya menguasai semula kerajaan negeri itu, adalah pengajaran yang cukup bermakna. Agaknya, dalam keghairahan, BN terleka dan kurang kemas dalam tindakan penyudahnya. Kita juga mungkin terkejut dengan keputusan kenaikan tol di lima lebuh raya seperti yang diumumkan baru-baru ini. Tidak sampai beberapa jam selepas pengumuman itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terpaksa membatalkan pula kenaikan tersebut. Sememangnya kenaikan itu tidak kena pada masanya dan boleh mengheret kerjaan kepada keadaan lebih sukar dan inilah yang dikatakan keputusan” Flip-Flop” . Apa pun, keputusan terbaru untuk menangguhkan kenaikan kadar tol melegakan orang ramai dan banyak pihak. Kerajaan masih berani bertindak cepat memperbetulkannya sebelum menjadi isu lebih besar.

Tetapi yang lebih mengejutkan kita semua ialah Laporan dalam Perintah keselamatan Dalam Negeri 2009 (diwartakan pada 16 Februari) yang membenarkan penggunaan Perkataan ALLAH bagi penerbitan berkaitan agama Kristian. Difahamkan, apa yang berlaku itu adalah satu kesilapan dan kecuaian di peringkat kementerian yang tidak sepatutnya berlaku apatah lagi melibatkan isu agama yang amat sensitif. Bagaimanapun kita harus berasa lega apabila keputusan itu akan ditarik balik. Adalah penting untuk kerajaan mengelak berlaku banyak kesilapan dalam menangani isu semasa seperti mana dalam kes pembinaan LCCT Labu dan beberapa lagi. Persoalannya sejauh mana kerjaan BN ambil pengajaran? Kita semua sudah penat menggeleng kepala da…..!

Fikir-fikirkanlah…dan ambil iktibar sebelum terlambat.

Salam perjuangan…Bai’ah!!!

2 Respons to “AMBIL IKTIBAR SEBELUM TERKENA !”

  1. Alias said

    Mulianya seseorang itu bukan sebab dia jadi Raja, tetapi kerana akhlaknya yang mulia. Kalau dia minum arak, takkan kita nak muliakan juga.

  2. bebet said

    Memang….mulianya seseorang itu kerana akhlaknya tapi sebaliknya…kalau seseorang itu kaki meliwat…apa erti kemuliaannya? Adakah patut kita menyokongnya?kalau kita menyokongnya,terbukti la kita golongan yang sama dengannya…!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: