Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

JANGAN KERANA KEBENCIAN POLITIK, SULTAN DAN RAJA –RAJA MELAYU DICACI DAN DI HINA

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 11 Mac 2009

OLEH : MAWAR BERDARAH

Laporan Suruhanjaya Reid diterbitkan pada Februari 1957 dan Parlimen British menerima cadangan itu pada Mei 1957. Ia kemudiannya di sahkan Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu pada 17 Ogos 1957.

Sebenarnya, idea Raja Berperlembagaan yang berasaskan Perlembagaan Barat mula bertapak di Johor apabila Undang –undang terbabit menyerap unsur demokrasi dan sistem Raja Berperlembagaan. Misalnya dalam aspek pentadbiran negeri, Raja dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan yang menyerupai Parlimen. Untuk memastikan kedudukan Raja menjadi lebih mantap dan dihormati, Maka pada 18 Januari 1993 kerajaan meminda perlembagaan Persekutuan berhubung kekebalan (immunity ) Raja – Raja kerana pengecualian Raja- Raja daripada tindakan undang- undang tidak lagi dilihat selari dengan perubahan zaman.

Rakyat perlu juga dilindungi daripada dianiaya atau dizalimi oleh Raja. Sepeti yang dicatat dalam Kitab Sejarah Melayu mengenai Raja Muhammad , anak Sultan Mansur Shah membunuh Tun Besar hanya disebabkan destarnya tercampak ditimpa bola raga yang disepak oleh Tun Besar. Akibat tindakan zalim anak raja itu, rakyat Melaka tidak sanggup berajakan putera berwatakan ganas itu seperti diungkap Bendahara. ‘ Hamba Melayu tiada pernah durhaka, tetapi janganlah kita bertuankan anak raja berjiwa ganas atau kejam. Malah Sultan Mansur Shah Tidak menyebelahi anaknya, Baginda bertitah “Celakalah si Muhammad ini. Hai Muhammad apalah dayaku, engkau ditolak di bumi Melaka”.

Justeru, Kefahaman Rakyat terhadap Raja Berperlembagaan mestilah jelas. Anggapan bahawa peranan Raja hanya bersifat ‘ Ceremonial ‘ atau sebagai symbol untuk keraian semata –mata adalah tersasar daripada peranannya yang sebenar. Peranan institusi Raja dinegara kita jauh berbeza dengan Raja di England apabila fungsi Queen adalah sepenuhnya berbentuk Ceremonial
Sejarah membuktikan bahawa didalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Majlis Raja- Raja diberi Kuasa untuk meneliti pelbagai perkara berkenaan pentadbiran kerajaan Persekutuan ketika itu. Raja seolah – olah bertindak sebagai Wakil kepada Rakyat untuk mengimbangi kuasa British waktu itu.

Beberapa institusi Melayu yang wujud hari ini seperti kedudukan Islam, Bahasa Melayu hak istimewa Melayu, tanah rizab Melayu dan Rejimen Askar Melayu Diraja adalah diperjuangkan oleh Raja Melayu kerana ketika itu parti politik Melayu belum wujud. Perkara Terbabit adalah indentiti dan jati diri Negara yang dimaktubkan dikuatkuasakan dalam Perlembagaan dan Undang- undang. Lebih jauh daripada itu, Perkara 38(2) Perlembangaan Persekutuan mengizinkan Raja- Raja membincangkan apa saja hal berkepentingan Nasional termasuk menegur hal berkaitan pentadbiran Kerajaan yang kemudiannya akan dibahas oleh ahli Dewan Rakyat.
Kedudukan yang dipertuan Agong sebagai Ketua Negara yang memayungi seluruh rakyat dan Negeri di dalam Persekutuan dan Kedudukan Sultan – Sultan sebagai ketua negeri dan Pelindung kepada rakyat harus dihormati semua pihak. Jangan kerana kebencian politik, Maka Sultan dan Raja – Raja Melayu dicaci dan dihina .

Sayugia diingat, dengan ada institusi Raja inilah, maka negeri yang ada dalam pesekutuan menikmati kestabilan, Kemakmuran dan Pembangunan. Raja juda adalah lambing kedaulatan Negara. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara adalah sebahagiaan daripada satu konsep ‘Kedaulatan’ yang sudah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pencapaian dan Keagungan Melaka sebagai pusat politik Kesultanan Melaka dikaitkan secara langsung dengan kuasa,keperibadian dan wibawa Raja. Dari Sini Lahirlah Lafaz Kalimat ‘Daulat Tuanku ‘ iaitu istilah konseptual dalam budaya dan politik Melayu.

Advertisements

Satu Respons to “JANGAN KERANA KEBENCIAN POLITIK, SULTAN DAN RAJA –RAJA MELAYU DICACI DAN DI HINA”

  1. arjuna waspada said

    Semua peserta sama ade dari parti sendiri atau parti lawan dalam drama yang berpanjang lebar ini sudah pun mengeluarkan kenyataan demi kenyataan dan Titah demi Titah.Masih ade pelakon baru dan juga yang lama yang teruskan keluar kenyatan dan juga jalankan tindan tanduk tanduk bertujuant dan matlamat yang asal —- Kehinaan kpd DYMM dan perlembagaan.
    Soal nya sudah ke belum ke pihak pihak itu sampai ke garis batasan dan melebihinya /
    Sudahke mereka sampai titik noctah yang tidak bolih patah balik ?
    Atau pun semua pihak mencari cari garis itu atau noctah itu yang bergerak ?
    Atau semua pihak yang ade kuasa masih tidak mahu mengambil pendirian yang jelas ?
    Atau pun saperti sahabat saya istilahkan THUN MELAWAT MAKHAMAH dan PAKEJ RANSANGAN dan MINI BAJET termasuk bayaran kepada peguam peguam bebas ?
    Menteri ada, tapi yang perdana adalah Proton Perdana.
    Ke mana pergi “the Leadership FACTOR” kedua pihak pemerintah dan baik juge pembankang?
    Tiap tiap satu orang yang berpangkat,berkedudukan dan
    berkuasa tunggu ?
    CARPE DIEM atau Quo Vadis ?
    changkat lobak.
    arjuna waspada.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: