Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS MENGGUNAKAN AGAMA DAN BANGSA DEMI KEPENTINGAN POLITIK. UMNO MENGGUNAKAN POLITIK UNTUK KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA.

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 10 Mac 2009

Oleh: Tenda Biru

Tidak perlulah PAS kelentong kononnya perjuangan UMNO adalah perjuangan Kebangsaaan dan perjuangan PAS adalah perjuangan Islam, kerana untuk menguatkan sesebuah agama maka bangsa itu perlu diperkuatkan terlebih dahulu. Tidak perlulah PAS hendak menjaja cerita kononnya mereka ulama pewaris Nabi dan berpolitik cara Nabi Muhammad. Bohong! Tak payah nak mencemarkan kesucian Nabi Muhammad dan menggunakan nama baginda untuk kepentingan politik PAS. Jadi PAS tak perlu nak menyamakan taraf poltik mereka mengikut Rasulullah. Baginda tidak berperang sesama islam seperti mana yang dilakukan oleh PAS terhadap UMNO dulu dan sekarang.

Nabi Muhammad tidak berpolitik wahai orang-orang PAS. Baginda berdakwah mengajak seluruh kaum yang menyembah berhala dan api supaya tunduk dan menyembah ALLAH S.W.T. Baginda juga menyebarkan syiar-syiar islam kepada orang-orang jahiliah. Baginda mengajak orang-orang kafir memeluk islam. Tidak seperti PAS yang MENGKAFIRKAN orang–orang yang memang sudah islam tetapi tidak menyokong parti politik mereka. Ternyata UMNO dan BN lebih baik daripada PAS dan Pakatannya. Tiada apa yang boleh kita banggakan dengan PAS. Jika UMNO sudah bangkit memperbaiki segala kesilapan silam, mengapa kita harus memberi peluang kepada PAS yang sedang mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh UMNO. Tidak tahu berapa puluh tahun lagi barulah PAS hendak bangun memperbaiki kesilapan mereka.

Selama ini rakyat memilih PAS dengan harapan PAS tidak melakukan kesilapan yang dilakukan oleh UMNO kerana PAS sering mendabik dada kononnya mereka lebih baik daripada UMNO. Tapi nampaknya rakyat hampa dengan janji-janji PAS. Semuanya omongan kosong. Ibarat tin yang diketuk dengan besi, bunyi bising bagai nak rak, tapi isi kosong. Itulah perwatakan PAS yang sebenar. Dan segalanya telah terbukti hari ini apabila rakyat tegur kesilapan PAS, maka jawapan bodoh PAS adalah UMNO buat juga.

Oleh itu saya seru kepada sahabat semua, marilah kita semua bersatu di bawah panji-panji UMNO dan BN. Sesungguhnya tiada parti lain yang dapat membawa suara kita, hanya UMNO dan BN sahaja. Saya akui ada juga perkara-perkara yang tidak betul di dalam UMNO, dan UMNO cuba untuk berubah, dan kita harus memberi peluang kepada UMNO. UMNO bukannya bodoh seperti PAS yang terus-menerus membuat apa yang rakyat tidak suka seperti yang dibuat oleh UMNO dahulu. Lagi satu tiada pun pemimpin-pemimpin PAS ini yang berkaliber dan mampu membawa Negara kita maju ke depan. Pemimpin-pemimpin PAS hanya pemimpin yang pandai bercakap atau lebih tepat seperti yang saya kata di atas tadi iaitu tin kosong. Seandainya kita diperintah oleh PAS maka negara kita berundur balik 30 tahun ke belakang. Sekarang pun sahabat sekalian boleh melihat dengan jelas kualiti Adun-Adun atau Ahli-Ahli Parlimen PAS dan BN. Kualitinya jauh berbeza. Mana yang lebih ”standard”.? Tepuk dada tanya selera.

Marilah kita bersama merenung kembali sikap-sikap PAS selama ini. PAS puncanya perpecahan umat islam di bumi Malaysia ini. Di mana ada PAS disitu pasti ada perpecahan masyarakat. Kerja memecah belah manusia ni kerja syaitan sahaja dan PAS pun memang berkawan dengan syaitan.

Sahabat buatlah tafsiran sendiri.

2 Respons to “PAS MENGGUNAKAN AGAMA DAN BANGSA DEMI KEPENTINGAN POLITIK. UMNO MENGGUNAKAN POLITIK UNTUK KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA.”

  1. TokMudim said

    Tahniah …Penulisan kritis yang mencabar minda . Mari berfikir.

    Perhatian kepada suami-isteri : Kempen KELUARGA BAHAGIA
    Hentikan amalan seks oral. Hargai dan hormati bibir-bibir merah isteri anda, bibir yang mengaji kalimah-kalimah suci, bibir-bibir yang mendidik anak-anak anda.

  2. Papaseed said

    Aku rase ko dh slh ‘untuk menguatkan sesebuah agama maka bangsa itu perlu diperkuatkan terlebih dahulu’. Sepatutnya ‘untuk menguatkan sesebuah BANGSA maka AGAMA itu perlu diperkuatkan terlebih dahulu’ br btul. Dlm bnyk2 buku sirah Nabi Muhammad S.A.W., X PENAH aku trbace baginda perjuangkan bangsa Arab sebelum Islam. Sebaliknya, KERANA Islamlah bangsa Arab disegani dan sehingga tertubuhnya empayar Islam di Sepanyol. Get ur facts straight!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: