Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS DI “KUDA-KUDA” KAN OLEH PKR

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 10 Mac 2009

Oleh: Mawar Berdarah

Sekumpulan manusia yang kesemuanya beragama Islam berkumpul di pekarangan Masjid Negara. Kehadiran mereka bukanlah bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul, sebaliknya perkumpulan mereka di kawasan yang seharusnya menjadi tempat penyatuan umat Islam itu diselimuti perasaan benci dan marah. Demikian senario di ibu negara pada Sabtu lalu, apabila sekelompok orang Melayu yang kononnya mendakwa mencintai dan membela bahasa Melayu berarak menentang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Justeru kalau mereka turun melakukan demonstrasi apatah lagi dengan ketegasan pucuk pimpinan negara ketika itu sudah pasti mereka akan merasa bahananya. Tetapi kini mereka tahu BN tidak kuat dan UMNO semakin lemah, oleh itu semua isu termasuklah PPSMI dipolitikkan.

Apa yang menghairankan adalah sikap Pas yang kini semakin pandai turun ke jalanan untuk membantah sesuatu isu. Perubahan yang berlaku kepada Pas adalah sejak mereka bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Adalah sesuatu yang aneh apabila pemimpin-pemimpin Pas mempunyai semangat yang begitu tinggi dalam isu PPSMI sedangkan sebelum ini jika ada perkara berkaitan kepentingan hak-hak Melayu, ada pemimpin Pas berkata mereka memperjuangkan Islam. Ternyata sekali Pas semakin terperangkap dengan permainan politik PKR. Parti itu tidak sedar atau sengaja melupakan bahawa PKR hakikatnya sedang ‘memperkudakan’ Pas untuk melaksanakan satu demi satu agenda politik mereka.

Apa yang malangnya, pemimpin-pemimpin yang kononnya selama ini memperjuangkan Islam – sebuah agama yang cukup mencintai keamanan dan kedamaian – membiarkan sahaja penyokong mereka bertempur dengan pihak polis (yang sudah pastinya majoritinya orang Melayu dan Islam). Kalau mereka benar-benar memperjuangkan Islam, mereka akan berusaha mengelakkan konfrantasi, apatah lagi dengan pihak berkuasa. Namun kekecohan dalam isu PPSMI itu tidak harus dilihat dari segi permukaan sahaja, sebaliknya orang Melayu perlu melihat secara halus kenapa dari semasa ke semasa, ada sahaja isu yang dipolitikkan.

Kesudahannya semua institusi berkaitan orang Melayu semakin dilemahkan dan perkara ini diakui oleh Hishammuddin yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Antara lain Hishammuddin berkata, “Saya tengok ada grand design hendak meruntuhkan semua tiang-tiang seri negara oleh pihak tertentu (1) Institusi Raja (2) Agama dan Institusi Masjid (3) Perlembagaan dan Undang-Undang Negara, (4) Polis dan Pihak Keselamatan Negara (5) Nilai Kesopanan Hormat Menghormati Antara Kita (6) Sejarah dan Warisan Bangsa (7) Keharmonian Kaum.

Mungkin ketika ini mereka melihat apa yang dilakukan oleh pembangkang adalah betul dalam isu PPSMI, tetapi cuba mereka terutama orang Melayu yang berkumpul di Masjid Negara pada Sabtu lalu bertanya apa yang mereka lakukan apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan DAP menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu di papan tanda jalan di negeri itu. Jelaslah puak-puak yang berkumpul di Masjid Negara termasuk pemimpin pembangkang mengamalkan sikap double standard. Mereka hanya berani berhadapan dengan isu yang ada kaitan dengan kerajaan dan UMNO tetapi apabila ada isu berkaitan pakatan pembangkang terutamanya DAP, mereka hanya akan mendiamkan diri. Persoalannya adakah ini yang dikehendaki oleh Islam?

Kesudahannya yang akan mengaut keuntungan adalah pihak lain kerana orang Melayu dilemahkan dan dijatuhkan oleh orang Melayu sendiri. Orang Melayu yang membiarkan institusi raja dihina apabila bersedia bermesyuarat di bawah pokok. Orang Melayu sanggup berbaring di jalan raya kerana kehilangan kuasa walaupun hanya menjadi boneka. Dan orang Melayu yang ‘paling berani’ bertempur dengan anggota polis Melayu. Itulah orang Melayu selepas Mac 2008. Mungkin juga PPSMI ada kelemahannya tetapi kenapa perlu orang Melayu hendak menyelesaikan masalah itu dengan turun ke jalanan, sedangkan dalam masa yang sama pihak lain hanya tersenyum melihat gelagat kebodohan kita? Persoalannya, adakah orang Melayu terutama di dalam Pas memikirkan grand design ini? Pas diharap menyedari agenda berkenaan jika mereka benar-benar memperjuangkan Islam demi kesejahteraan umat dan bukan hendak merebut kuasa semata-mata.

Oleh itu sedarilah bahaya yang menanti orang Melayu. Jadikan isu PPSMI sebagai ‘kejutan’ kepada kita bahawa di sebalik apa yang dibantah, ada agenda lebih besar yang disembunyikan oleh pihak pembangkang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: