Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Mesyuarat ‘Kerajaan Bawah Pokok’

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 3 Mac 2009

Oleh: Kawan Lama

Mantan Menteri Besar Perak, YB Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Speaker DUN Perak, YB Sivakumar telah mengadakan ‘Sidang DUN’ mereka sendiri di bawah pokok,hanya beberapa kaki daripada pintu masuk bangunan SUK Negeri adalah sesuatu yang amat tidak bertanggung jawab dan memalukan diri mereka dan Pakatan Pembangkang sendiri. Apa yang dilakukan mereka memperlihatkan betapa tamaknya mereka terhadap kuasa dan membongkar pekong pakatan pembangkang.

Apa le nak jadi dengan YB Nizar dan Speaker YB Sivakumar ni. Mungkin mereka telah terbiasa dengan demonstrasi jalanan yang dipelopori oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, maka kini mereka memperkenalkan pula “Kerajaan Bawah Pokok’ puia. Kalau dilihat ia lucu sekali. Tak pernah dibuat orang. Tapi nak kata apa, itulah gambaran sebenar pakatan pembangkang.

Mereka tak menghiraukan Undang-Undang Tubuh Negeri dan langsung tidak menghormati titah perintah DYMM Sultan Perak. Nizar tercabar kerana gagal mentadbir kerajaan negeri manakala Sivakumar pula diharapkan dapat menjadi ‘penyelamat’ bagi membawa usul tak percaya kepada MB baru dan barisan exco Perak yang baru dilantik oleh DYMM Sultan.

ADUN Pakatan Pembangkang dengan tanpa rasa malu mengadakan sidang DUN dan meluluskan tiga usul: Usul pertama dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja beri sokongan kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Usul ini hanyalah untuk memastikan Nizar kekal sebagai MB. Sebenarnya, usul ini memperlihatkan bahawa Nizar telah gagal mengawal dan menumpukan perhatian bukan sahaja terhadap masalah negeri dan rakyat malahan gagal meyakinkan tiga wakil rakyat di bawah Pakatan Pembangkang terhadap perjalanan dan kelicinan pentadbiran sepertimana yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan BN terdahulu Lantaran itu, mereka mengambil tindakan keluar dan menjadi bebas dan meyokong BN.

Sementara usul kedua meminta Sultan Perak membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. Di sini memperlihatkan bahawa institusi Raja tidak dihormati langsung. Mereka mahu memastikan Raja mesti tunduk terhadap kehendak dan tuntutan mereka. Sikap derhaka dan kurang ajar ini bukannya baru dalam Pakatan Pembangkang. ‘Singh Is King’ adalah contoh terbaik dalam membuktikan sikap derhaka dan tidak menghormati institusi Raja, Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Banyak lagi tindakan mereka yang membelakangkan hal ini seperti tidak mahu pakai songkok bila angkat sumpah di hadapan Sultan.

Usul ketiga dikemukakan oleh bekas anggota Exco ‘Kerajaan Bawah Pokok’  , Datuk Ngeh Koo Ham meminta Dewan mengesahkan penggantungan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco lain. Tujuan mereka jelas, nak timbulkan keresahan di kalangan rakyat. Negeri Perak yang berdaulat mahu dilihat tidak mempunyai pentadbir. Maka kecelaruan akan timbul dan mudah bagi mereka untuk meracuni pemikiran rakyat Perak.

Sedarlah Nizar dan pakatan pembangkang, negeri Perak kini telah beralih tangan kepada BN semula. Punca utama adalah kerana kerakusan dan ternyata kurangnya pengalaman dalam mentadbir sesebuah kerajaan. Kalau setakat pandai bersorak dan terjerit-jerit di jalanan dan menuding kelemahan kerajaan BN kini terbukti mereka telah gagal mentadbir. Kalau nak tadbir ‘Kerajaan Bawah Pokok’ boleh lah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: