Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for Mac 2009

PAS Akan Dihalau Penyokong Sendiri

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 30 Mac 2009

Oleh: Tenda Biru

Selamat sudah cerita penamaan calon P.59 Bukit Gantang yang menyaksikan 3 orang calon yang layak bertanding. Calon BN Ismail Saffian, calon PAS Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dan calon Bebas Kamarul Ramizu Idris. Pilhan Raya Kecil kali ini akan menyaksikan kekuatan setiap calon yang bertanding untuk menunjukkan kekuatan parti masing-masing. Bagi BN, PRK ini akan menjadi medan untuk menilai sejauh mana keyakinan rakyat terhadap BN setelah diuji dengan pelbagai cabaran dalam parti BN itu dan komponennya khususnya UMNO. Bukit Gantang akan menjadi medan kepada UMNO untuk menilai penerimaan rakyat terhadap transformasi yang sedang dilakukan UMNO untuk memantapkan parti dengan kepimpinan baru yang padu dan segar.

Pakatan Rakyat menyedari kebangkitan UMNO ini dengan kepimpinan yang baru mulai merasa cemas untuk mengukur tahap penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Hanya dengan meletakkan calon PAS, Dato’ Seri Nizar ‘seorang MB yang sah’ telah melancarkan kempen mengelirukan rakyat dengan mencanangkan beliau adalah mangsa kezaliman BN. Harus diingat DS Nizar adalah orang luar dan bukan calon pilihan DS Hadi Awang. Pakatan Rakyat dijangka akan terus memainkan isu perlembangaan negeri untuk mengelirukan rakyat dan akan terus meraih simpati umum dalam siri kempen-kempen yang akan dijalankan. Bagaimanapun mereka terlupa atau mereka terlepas pandang bahawa rakyat Bukit Gantang telah menyampah dengan lenggok tarian PAS yang kini sibuk meng’ortodok’an rakyat Perak dengan dakyah karut untuk meng’kelantan’kan Perak kononnya. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Pautan Web, Politik | 3 Comments »

JANGAN BERMAIN API NANTI…..

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 30 Mac 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

Kita diperingatkan agar tidak bermain api kerana takut nanti membakar diri. Api semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Akhirnya kita menarik nafas lega apabila Majlis Bandaraya Ipoh menguatkuasakan undang-undang dan telah melaksanakan tugas apabila ia bertindak merobohkan papan tanda peringatan kumpulan Pakatan Penderhaka yang ditegakkan bagi mengingati peristiwa “bodoh yang disengajakan” dalam usaha puak tersebut mencabar institusi undang-undang dan keharmonian Negara. Kita juga ucap syabas diatas tindakan pihak berkuasa melaksanakan peraturan dengan menggantung Gobind Singh Deo dari Dewan Parlimen untuk tempoh 12 bulan. Kita kini hendak melihat tindak balas “besar celaka punya pariah” yang mencabar kesabaran orang ramai. Kita juga menanti tindakan keatas Karpal Singh yang mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap Pemuda UMNO dan memanggil mereka dengan perkataan “Celaka”. Memang celaka juga lah orang yang memanggil orang lain celaka! Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pendidikan | 2 Comments »

“BERUBAH ATAU REBAH”

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 30 Mac 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Sudah banyak kita dengar mengenai seruan supaya UMNO berubah jika tidak mahu diubah oleh Rakyat, terutama dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Selepas ini kita mahu ungkapan itu dialihkan kepada tindakan konkrit, bukan lagi sekadar cakap Politik atau Retorik bagi penyedap telinga mendengar.

Apa yang dihasratkan oleh Presiden Parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak hendaklah kita terjemahkan dalam bentuk tindakan dan kerja kuat kearah itu. Malah kita yakin Najib juga bakal menerajui UMNO dan cukup sedar mengenai keperluan perubahan besar yang bukan saja membabitkan struktur, malah haluan dan matlamat parti juga perlu melalui anjakan paradigma. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

11 Sebab Mengapa Nizar Tidak Perlu Dipilih Di Bukit Gantang

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 30 Mac 2009

Oleh: Anak Kajang

1. Dia Mohon Derhaka Pada Sultan Perak.

2. Semasa Menjadi MB Perak Dia Menjadi Boneka DAP.?

3. Dia Merupakan Salah Seorang Team Edorgan Di Dalam PAS Yang Pro
Kepada Anwar Yang DiSokong Oleh Zionis.

4. Dia Luluskan Tanah Kepada Orang Cina Selama 999 Tahun.

5. Dia Bukan Calon Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi calon Pilihan Ngeh
Kor Ham.

6. Dia Bukan Anak Tempatan / Jati Bukit Gantang.

7. Dia Tamak Kuasa dan Enggan Serah Kereta Camry.

8. Dia Lebih Bertuankan Anwar Ibrahim Daripada PAS, Bermakna Apa
Saja Agenda Asing Melalui Anwar Dia akan Sokong.

9. Dia Lebih Suka Mengajak Rakyat Berdemonstrasi. Yang Kena
Tangkap & Menerima Akibat Adalah Rakyat.

10. Datuk Harussani, Mufti Perak Menfatwakan Nizar Adalah
Penderhaka. Siapa Yang Harus Kita Percayai Antara 2 Orang Ini?

11. Nizar Tidak Sesuai Menjadi Pemimpin Sebab Keras Kepala Macam
Mana Kita Nak Tegur Dia Nanti?

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 6 Comments »

PENDERHAKA MAHU JADI RAJA

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 27 Mac 2009

Oleh: Tenda Biru

DATO Seri Nizar merupakan calon terdesak Pakatan Rakyat dan juga calon terdesak Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang yang akan diadakan pada awal bulan depan. Nizar Jamaluddin akan mendapat UNDI SIMPATI sebagai BEKAS MB Perak yang mana telah memerintah selama 11 bulan dan calon BN di Bukit Gantang, Ismail Saffian. Kenapa perlu PR meletakkan ahli atau calon nya yang sudah mempunyai pangkat serta kuasa di DUN dan perlu bertanding di peringkat Parlimen?

Menarik sekali..bila Nizar dicalonkan menjadi calon di Bukit Gantang…inikah maknanya, orang Cina mahu tunjuk kepada Sultan dan Raja Melayu bahawa orang melayu sendiri sudah tidak mahu bersultan dan berajakan orang Melayu? Jika Nizar menang, maka SAHIH lah dakwaan mereka itu. Orang melayu sudah tidak mahu sultan dan raja lagi, meraka mahu jadi Republik seperti Singapura dan menjadi seperti orang Melayu Singapura yang melukut di tepi gantang di tanahair kepunyaan nenek moyang mereka dahulu. Sekarang bagai mengemis pula di rumah-rumah merpati tanpa sekangkang katak pun tanah yang dapat ditanam lada… Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 3 Comments »

PAS 4 ALL, ALL FOR PAS & RAKYAT DAPAT APA?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 27 Mac 2009

Oleh: Anak Kajang

KEMBALIKAN KEMENANGAN RAKYAT KEPADA DS NIZAR MB PAS BONEKA DAP SEBAGAI CALON PARLIMEN BKT GANTANG???

ITULAH APA YANG DIHUJAHKAN OLEH PEMBANGKANG SETELAH MEREKA NAMAKAN BALIK NIZAR UNTUK MEREBUT KERUSI PARLIMEN BUKIT GANTANG SEMALAM. OLEH ITU MARI KITA FIKIRKAN BEBERAPA PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB SECARA MEE SEGERA OLEH AHLI PROPAGANDA PAS. PERTAMANYA MERUJUK KEPADA LAPORAN BLOG PERAK BN DI BAWAH ADA DIPETIK BAHAWA DS NIZAR MENGAKU DIA DAH JUTAWAN DAN DAPAT RM40,000 SEBULAN JADI JURUTERA. MAKA SEMASA DAN SEBELUM JADI MB PERAK DULU APA YANG RAKYAT DAPAT DARI NIZAR? Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 5 Comments »

Nizar akan kecundang di Bukit Gantang

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 27 Mac 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

Hanya menanti hari yang dinantikan. Tujuh April. Waktu itu DS Najib adalah seorang Perdana Menteri. PerakBangkit pula telah menerima hits yang hebat. Peliknya, tiada satu iklan pun yang diletakkan. Nizar masih bermimpi sebagai MB. Menteri Boneka. Yang diangkat oleh Nizar tinggi-tinggi ialah Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. Begitu juga Idham Lim yang bahalol. Ekstimis Cina sejati. Agaknya sisa pejal babi yang pernah menjadi darah dagingnya masih membabi. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Politik | 17 Comments »

AGENDA BESAR “MUSUH NEGARA”

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 27 Mac 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Tidak pernah sebelum ini ada anak melayu yang tergamak baring dan terlentang di tengah jalan raya untuk menghalang kenderaan Raja atau membaling Batu kepada Rajanya sendiri malah tidak mungkin juga ada anak Kuala Kangsar atau Rakyat Perak yang sanggup berkelakuan biadap sedemikian terhadap Rajanya sendiri.

Namun salah seorang pemuda UMNO dalam sidang media telah mengbongkar segala rahsia mengenai Agenda Besar dan muslihat pihak tertentu yang cuba meruntuhkan Negara menerusi siri Rusuhan, Gerakan Kumpulan, Fitnah dan tindakan menghasut untuk menghuru-harakan Negara. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Politik | Leave a Comment »

Anwar semakin terdesak, menjadikan media kuda tunggangan

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 25 Mac 2009

Oleh: Tenda Biru

Nampaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terdesak menjelang peralihan kuasa dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak hujung bulan ini.

Semakin dekat Perhimpunan Agung Umno, semakin banyak kempen untuk menjatuhkan Najib, semuanya berbau politik mainan Anwar. Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar turut menggunakan media asing dan blog-blog yang dikendalikan oleh ahli-ahlinya untuk membuat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap Najib. Tujuan mereka hanya satu – supaya Najib tidak menjadi Perdana Menteri. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

DEMONSTRASI PAS

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 24 Mac 2009

Oleh :- Mawar Berdarah

DENGAN berpegang kepada ‘fatwa’ Hadi Awang kononnya demonstrasi jalanan adalah satu ciri baru dalam amalan demokrasi di Malaysia, maka tidak hairanlah majoriti daripada penunjuk perasaan di tengah bandar raya Kuala Lumpur, ahli Pas. Mereka keluar beramai-ramai dengan diketuai oleh Presiden Pas itu sendiri dan barisan pemimpin kanan lain untuk turut serta dalam Himpunan 100 Ribu Bantah Pendidikan Pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Perhimpunan di pekarangan Masjid Negara itu akhirnya bertukar menjadi perarakan menuju ke Istana Negara yang dapat dihalang polis yang dituduh pula bertindak ganas dengan melepaskan gas pemedih mata selain menangkap 124 perusuh. Apa yang nyata adalah perhimpunan anjuran kumpulan menganggap diri mereka sebagai pejuang bahasa iaitu Gerakan Memansuh PPSMI (GMP) , termasuk Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara A Samad Said bertukar menjadi medan bagi Pas berarak dan berdemonstrasi. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Sudah-sudahlah, Terimalah Hakikat

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 23 Mac 2009

Oleh: Tenda Biru

Cakap-cakap politik tentang pakatan campuran masih berlarutan dan kemelut di Perak yang asalnya bermula dengan isu lompat parti nampaknya masih tiada kesudahan malahan pakatan campuran dan barisan exconya tetap beranggapan bahawa mereka masih berkuasa dan mempunyai kedudukan sebagai Menteri Besar.

Para penganalisis politik dan orang awam pula memberikan pelbagai andaian terhadap kekecohan yang berlaku dan antara andaian-andaian itu, ada yang baik dan ada yang buruk malah ada juga cadangan yang terkeluar dari logik akal. Sebenarnya, rentetan perjalanan yang berlaku berpunca dari pakatan campuran, sama ada lompat parti, derhaka pada Sultan, mahu menyaman kerajaan Negeri, menggantung ahli Dewan Negeri serta merta, memanggil sidang Dewan Negeri tergempar dan juga bersidang secara terbuka di bawah pokok, ia sesungguhnya sesuatu yang tidak wajar berlaku. Memanglah pakatan campuran adalah pembangkang dalam pentadbiran Negara malah kehadiran mereka dalam Dewan Rakyat sedikit sebanyak berjaya menggamatkan suasana namun sewajarnya, apa yang mahu dilakukan biarlah kena pada tempatnya, biarlah sesuai dengan keadaannya dan tidak menyalahi etika dan moral sendiri. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 2 Comments »

“MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI”

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 20 Mac 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Kita sedih dengan keadaan perpaduan Melayu pada hari ini, kita tengok orang Melayu bukan lagi berpecah dua – UMNO dan PAS bahkan tiga, tambah dengan PKR. Orang Melayu semua sekali ada 13 Juta orang di Negara ini. Kalau masuk dengan Bumiputera semuanya ada 15 Juta orang saja

Di manakah Perpaduan Melayu? cubalah kita fikirkan sejenak, sudahlah kita bertegang dalam soal agama dan tafsiran sekarang kita bertegang fasal Politik pula, Pilihan Raya dah habis, Bersatulah Bangsa Melayu. Nasib kita tak tahu lagi ke mana. Sudahlah kuasa ekonomi ditangan orang lain. Bahkan kuasa Politik pula akan terhakis. Apa yang akan jadi dengan Bangsa kita nanti Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Politik | 2 Comments »

PAKATAN RAKYAT – RETAK MENANTI BELAH?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 20 Mac 2009

OLEH: TENDA BIRU

Ibarat seekor gajah yang gagah, menyelamatkan rakan rimba yang jauh lebih kerdil daripadanya, tertusuk panah pemburu, tetapi masih tahan berdiri, walaupun sedang terumbang-ambing, menanti saat merebah bumi. Pakatan Rakyat, meniti hari-hari sukar, selepas gagah menumbangkan kerajaan, selepas 50 tahun kemerdekaan. Walaupun ia cuba dinafikan, walaupun ia cuba dielak, tetapi jelas, pakatan rakyat sedang diuji dengan sehebat-hebatnya pada masa ini.

PAS terus dengan pendirian bahawa tiada siapa menjadi ketua dalam pakatan rakyat, disebalik fakta bahawa mereka satu ketika dahulu menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri. DAP yang sudah diketahui hala tuju perjuangan mereka, mewujudkan sebuah negara bebas yang demokratik, amatlah tidak selari dengan perjuangan mulia PAS yang mahu menegakkan Islam. PKR seperti biasa, ibarat anak yang kecil, masih tercari-cari siapa bapa mereka, PAS atau DAP, yang harus dituruti. Walaupun sedar hala tuju yang amat berbeza, mereka masih mahu membentuk satu barisan, dengan harapan dapat mengalahkan BN, dan mereka berjaya. tetapi, saban hari selepas meraikan kejayaan mereka, mereka semakin buntu dan hilang punca, seperti anak yang kehilangan bapa. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

APA DAH JADI

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 19 Mac 2009

Oleh:TENDA BIRU

Sedih bila melihat Perlembagaan Negeri dan Negara diperlekehkan oleh rakyatnya sendiri secara terang-terangan, malah pentadbiran kerajaan pada ketika ini telah di cungkil dan direnyukkan satu persatu. 5 prinsip Rukun Negara yang dulunya megah kini tidak membawa sebarang erti lagi. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik | Leave a Comment »

PERJUANGAN BELUM SELESAI

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 19 Mac 2009

Oleh: Anak Kajang

Selepas Perhimpunan Agung UMNO Mac ini, pelbagai perkara akan berlaku. Ada yang berjaya memegang jawatan baru, ada yang dinaikkan martabat ‘setakuk lagi’. Ada perubahan dan ada juga pertukaran. Ada bertukar untuk kebaikan dan ada ditukarkan untuk menyelamatkan sesuatu institusi. Yang penting pertukaran itu ada matlamatnya. Dalam Kabinet, pastinya Perdana Menteri akan membuat rombakan. Mungkin kecil atau mungkin lebih menyeluruh. Ada juga kemungkinan kementerian baru diwujudkan. Ada juga sesuatu tugas disatukan dan diletakkan di bawah satu kementerian. Ada menteri yang bertukar dan ada juga ahli politik yang akan dinaikkan pangkat. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Gobind Singh Bertemu `Buku Dengan Ruas’

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 19 Mac 2009

Oleh: Mawar Berdarah

“Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa” – perumpamaan ini sesuai ditujukan kepada Ahli Parlimen kawasan Puchong, Gobind Singh Deo yang digantung selama 12 bulan atas kesalahan menghina Dewan Rakyat. Kelancangan mulut anak Karpal Singh ini yang berselindung di sebalik immuniti dalam Parlimen telah memakan diri apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyetujui usul yang dibawa oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz di bawah Perkara 27(3) Peraturan Tetap Dewan Rakyat dan apabila diundi lebih bersuara yang bersetuju.

Gobind digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama setahun setelah didapati mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Speaker yang memerintahkannya keluar Dewan hari Khamis lalu. Gobind juga dengan biadap telah membuat tuduhan tidak berasas dengan menuduh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibu sedangkan beliau tahu kes ini sedang dibicarakan di mahkamah. Banyak pihak menyambut baik pergantungan Ahli Parlimen Puchong ini yang bukan sahaja sudah keterlaluan malah bersikap kurang ajar. Baru setahun jagung menjadi Ahli Parlimen, Gobind yang mewarisi kebiadapan bapanya berkelakuan seperti `kera mendapat bunga’ mengunakan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen memaki hamun dan membuat tuduhan tidak berasas terhadap pemimpin negara. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

BUKA – BUKALAH MATA…….

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 18 Mac 2009

Oleh: Mawar Berdarah

Memang benar, sekalipun Matematik dan Sains adalah dua mata pelajaran sahaja tetapi kedua-dua mata pelajaran itu adalah asas kepada pelbagai pecahan ijazah serta sijil profesional seperti kejuruteraan, perubatan, arkitektur dan sebagainya. Apa yang ditakuti adalah apabila bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa ilmu ketamadunan Melayu dunia.

Namun demikian, ramai juga rakyat merasakan niat murni kerajaan dalam PPSMI patut diteruskan dalam membentuk serta menyiapkan bangsa yang mempunyai tahap survival tinggi demi memudahkan ia bersaing di pentas dunia. Struktur percetakan buku di peringkat global juga menunjukkan martabat golongan penterjemah bahasa diangkat menjadi golongan terpenting yang memegang amanah utama untuk membawa generasi masa hadapan memenuhi ilmu di luar jangkauan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pendidikan, Politik | 1 Comment »

“ BAPAK BOREK ANAK RINTIK ”

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 18 Mac 2009

OLEH : TENDA BIRU

Usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk menggantung ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo selama setahun telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Usul tersebut diluluskan melalui undi mulut selepas dibahas selama kira-kira 40 minit. Sewaktu pengundian dijalankan, kesemua ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan sebagai membantah. Usul tersebut dibentangkan pada kira-kira jam 11.30 pagi di hadapan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

“RANCANGAN PEMBANGKANG HAPUS INSTITUSI RAJA”

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 16 Mac 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Sejak kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan isu pencabulan berterusan terhadap Institusi Raja, termasuk cubaan mengheret istana ke mahkamah sebagai rancangan besar pembangkang untuk melumpuhkan kuasa Raja-raja Melayu. Seperti yang dikatakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, tindakan pembangkang sejak kebelakangan ini mengambarkan mereka seolah-olah mahu melihat kuasa Raja-raja Melayu dihapuskan secara menyeluruh, berbanding apa yang berlaku menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1993.

Sekarang semacam ada Grand Design untuk melumpuhkan kuasa Tradisi Raja, walaupun ketika ini masih ada kekangan yang mampu menyelamatkan kedudukan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Pembangkang pada masa kini terlalu mengikut cara politik tersendiri, seperti menghasut pihak tertentu supaya bersama mereka bagi memastikan Raja-raja Melayu yang mempunyai kuasa Tradisi tidak lagi berkesan, itu yang kita Nampak oleh pihak pembangkang yang terlalu mengikut kehendak hati masing-masing. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

KARPAL SEORANG YANG BERSIKAP RASIS

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 16 Mac 2009

OLEH: TENDA BIRU

Sememangnya Karpal berjaya mencuri perhatian dengan banyak kenyataannya sepanjang bulan lepas daripada isu menghina raja sehinggalah kepada tindakannya memaki hamun Pemuda UMNO. Terbaru beliau berulang kali mencela Pemuda UMNO semasa Dewan Rakyat baru-baru ini mencetuskan pertikaman lidah dan kekecohan. Kita tidak terkejut dengan tindakan Karpal. Walaupun sudah lanjut usia dan berkerusi roda selain reputasinya sebagai peguam terkenal, tindak-tanduknya kebelakangan ini tidak mencerminkan itu semua. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

BERTINDAK BIJAK TANGANI PROVOKASI

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 13 Mac 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

Sultan dicemuh, diperlekehkan dan dihina, hanya kerana baginda berfungsi mengikut budi bicara dan kuasa yang ada. Cuma melangnya keputusan Sultan Perak berpihak kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN). Itu yang menjadi punca institusi diraja diperlukan sedemikian rupa.

Keadaan seperti itu tidak berlaku selepas Pilihan Raya Umum Mac 2008, Ketika Sultan juga menggunakan Budi Bicara dan kuasanya untuk menerima pakatan tiga buah parti bagi menubuhkan Kerajaan Negeri. Biar pun Parti-Parti itu bertanding atas tiket masing- masing dan induknya “Pakatan Pembangkang” tidak didaftarkan secara sah dan Rasmi. Senyap sunyi Wakil Rakyat tiga parti ketika itu, tidak diketahui sama ada mereka berterima kasih kepada Sultan Perak. Yang pasti Istana tidak diperlekeh jauh sekali ada niat untuk mengheret penaung negeri itu ke Mahkamah.Suasana sebegitu tidak berlaku sekarang. Istana bukan sahaja ditentang malah ‘Ditelanjangkan’ di Blog- Blog. Seolah-olah Intitusi Raja dipijak dan Dijadikan Bahan Senda Gurauan. Begitu juga dalam Kemelut di Parlimen ketika mana Intitusi yang fungsi dan Peranannya tercacat di dalam Perlembagaan secara begitu jelas, ada saja cubaan untuk menurunkan mertabatnya. Parlimen yabg menjadi pelindung kepentingan intipati Perlembagaan termasuk Kemuliaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dijadikan Platform untuk mengesa supaya bahasa lain diiktiraf di agensi kerajaan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

PR Perak: Umpama Kerajaan Pasir Dua Butir Dalam Laksamana DO RE MI

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 13 Mac 2009

Oleh: Tenda Biru

Pakatan Rakyat buat kecoh lagi. Yang terbaru setelah dihalang untuk memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan, Speaker DUN Perak tetap dengan keputusannya untuk meneruskan sidang tergemparnya di bawah pokok di tempat letak kenderaan, kira-kira 50 meter dari pintu masuk bangunan tersebut. Sidang itu dianggap tidak sah kerana tidak mendapat perkenan daripada Sultan Perak dan tanpa menunggu keputusan mahkamah berhubung saman Datuk Seri Nizar terhadap pelantikan Datuk Dr. Zambry sebagai Menteri Besar. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

JANGAN SAMAKAN “BUMIPUTERAISME” DENGAN DASAR APARTEID

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 13 Mac 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Sejak kebelakangan ini ada dikalangan pemimpin Politik yang cuba mempersoalkan isu-isu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan secara tidak langsung menjurus kepada perpecahan kaum dan mempersendakan pertubuhan melayu dan Dasar-dasar kerajaan sama ada di dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri ( DUN ).

Contoh terbaru ucapan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh di sidang Dewan Rakyat apabila beliau mengatakan pemuda UMNO “celaka” sementara itu juga ketua pembangkang di DUN Johor, Dr. Boo Cheng Hau pula berucap menyamakan amalan “Bumiputeraisme” dengan Dasar Aparteid, Penggunaan bahasa kasar dan tuduhan melulu di luahkan oleh wakil Rakyat veteran ini tidak boleh dimaafkan lagi. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Pakatan Campuran – Setahun Bulan Madu Apa Hasilnya?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 13 Mac 2009

Oleh: Tenda Biru

TAHUN lalu, tarikh 7 Mac adalah hari yang ditunggu-tunggu dan membawa khabar gembira kepada pakatan campuran apabila dapat menambah bilangan kerusi dan menawan negeri di bawah tadbiran Barisan Nasional (BN) seperti Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor selain Kelantan. Lagak pakatan campuran ibarat beruk dapat bunga atau kaduk naik junjung yang bertindak seperti telah pun menang dalam pilihan raya peringkat pusat hinggakan mewar-warkan kononnya merekalah yang terbaik sedangkan jika diselami simboliknya adalah amat bertentangan. Sememangnya kemenangan DAP, PKR dan Pas di negeri-negeri tersebut tidak dijangka waima oleh mereka sendiri. Justeru itulah calon-calon yang dipilih adalah sekadar tangkap muat untuk memenuhkan ruang yang ada sedangkan jika dinilai dari segi kredibilitinya memang kosong. Kerana tidak disangka jugalah, maka berlaku beberapa kesulitan untuk pembentukan kerajaan campuran dan pelantikan Menteri Besar terutamanya di Perak. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

KEMELUT PERAK DAN PPSMI: AGENDA MELEMAHKAN MELAYU?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 12 Mac 2009

Oleh: Salza Hedra

“Kemelut politik tanahair makin hari makin memperlihatkan seolah-olah telah diatur dan dirancang dengan baik oleh individu-individu atau organisasi tertentu demi kepentingan peribadi dan politik sempit mereka”. Begitulah ungkapan yang acapkali kita dengar dan lihat melalui cakap-cakap politik dan laman-laman blog politik. Dua perkara yang paling hangat diperkatakan adalah mengenai kemelut Kepimpinan Politik di Perak Darul Ridzuan dan PPSMI. Kedua-dua perkara ini telah mendominasi dan mewarnai wajah politik tanahair kerana ia melibatkan perihal berkaitan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri yang menjurus terus kepada perihal orang melayu. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

AMBIL IKTIBAR SEBELUM TERKENA !

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 12 Mac 2009

Oleh: Anak Sungkai

Semua orang tahu pakatan pembangkang kini goyah. Belum pun sampai setahun, kerjasama antara PKR, PAS dan DAP berdepan dengan banyak masalah dan isu. Prestasi kerajaan campuran pembangkang juga hambar. Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng mengakui gagal mengotakan janji untuk menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh setahun. Soal prestasi jugalah anatara faktor , dimana pembangkang jatuh di Perak dan makin berpecah di Selangor. Isu-isu moral dan salahguna kuasa terus melingkari beberapa pemimpin pambangkang termasuk ketuanya, Anwar Ibrahim. Apabila perbicaraan kes meliwat pembantu peribadi bermula nanti, dijangka banyak perkara akan terdedah untuk dinilai oleh rakyat. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 2 Comments »

JANGAN KERANA KEBENCIAN POLITIK, SULTAN DAN RAJA –RAJA MELAYU DICACI DAN DI HINA

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 11 Mac 2009

OLEH : MAWAR BERDARAH

Laporan Suruhanjaya Reid diterbitkan pada Februari 1957 dan Parlimen British menerima cadangan itu pada Mei 1957. Ia kemudiannya di sahkan Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu pada 17 Ogos 1957.

Sebenarnya, idea Raja Berperlembagaan yang berasaskan Perlembagaan Barat mula bertapak di Johor apabila Undang –undang terbabit menyerap unsur demokrasi dan sistem Raja Berperlembagaan. Misalnya dalam aspek pentadbiran negeri, Raja dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan yang menyerupai Parlimen. Untuk memastikan kedudukan Raja menjadi lebih mantap dan dihormati, Maka pada 18 Januari 1993 kerajaan meminda perlembagaan Persekutuan berhubung kekebalan (immunity ) Raja – Raja kerana pengecualian Raja- Raja daripada tindakan undang- undang tidak lagi dilihat selari dengan perubahan zaman. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Program | 1 Comment »

SAMA ATAU TIDAK,APA YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK?

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 11 Mac 2009

Oleh:Putera_Adnan

Persidangan ‘kerajaan buangan’ di bawah pokok ini disebabkan terdapat pihak yang terlalu kemaruk untuk berkuasa. Rampasan kuasa yang dilakukan oleh ‘Raja Pasola’ dari negeri Pasir Berdengung begitu caca marba sehingga menjadi lawak jenaka dan perhatian dunia. Pertembungan yang melibatkan kuasa dan maruah. (psssst .. ada lambang PAS kat topi)…

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | Leave a Comment »

PAS MENGGUNAKAN AGAMA DAN BANGSA DEMI KEPENTINGAN POLITIK. UMNO MENGGUNAKAN POLITIK UNTUK KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA.

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 10 Mac 2009

Oleh: Tenda Biru

Tidak perlulah PAS kelentong kononnya perjuangan UMNO adalah perjuangan Kebangsaaan dan perjuangan PAS adalah perjuangan Islam, kerana untuk menguatkan sesebuah agama maka bangsa itu perlu diperkuatkan terlebih dahulu. Tidak perlulah PAS hendak menjaja cerita kononnya mereka ulama pewaris Nabi dan berpolitik cara Nabi Muhammad. Bohong! Tak payah nak mencemarkan kesucian Nabi Muhammad dan menggunakan nama baginda untuk kepentingan politik PAS. Jadi PAS tak perlu nak menyamakan taraf poltik mereka mengikut Rasulullah. Baginda tidak berperang sesama islam seperti mana yang dilakukan oleh PAS terhadap UMNO dulu dan sekarang.

Nabi Muhammad tidak berpolitik wahai orang-orang PAS. Baginda berdakwah mengajak seluruh kaum yang menyembah berhala dan api supaya tunduk dan menyembah ALLAH S.W.T. Baginda juga menyebarkan syiar-syiar islam kepada orang-orang jahiliah. Baginda mengajak orang-orang kafir memeluk islam. Tidak seperti PAS yang MENGKAFIRKAN orang–orang yang memang sudah islam tetapi tidak menyokong parti politik mereka. Ternyata UMNO dan BN lebih baik daripada PAS dan Pakatannya. Tiada apa yang boleh kita banggakan dengan PAS. Jika UMNO sudah bangkit memperbaiki segala kesilapan silam, mengapa kita harus memberi peluang kepada PAS yang sedang mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh UMNO. Tidak tahu berapa puluh tahun lagi barulah PAS hendak bangun memperbaiki kesilapan mereka. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 2 Comments »

PAS DI “KUDA-KUDA” KAN OLEH PKR

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 10 Mac 2009

Oleh: Mawar Berdarah

Sekumpulan manusia yang kesemuanya beragama Islam berkumpul di pekarangan Masjid Negara. Kehadiran mereka bukanlah bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul, sebaliknya perkumpulan mereka di kawasan yang seharusnya menjadi tempat penyatuan umat Islam itu diselimuti perasaan benci dan marah. Demikian senario di ibu negara pada Sabtu lalu, apabila sekelompok orang Melayu yang kononnya mendakwa mencintai dan membela bahasa Melayu berarak menentang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Justeru kalau mereka turun melakukan demonstrasi apatah lagi dengan ketegasan pucuk pimpinan negara ketika itu sudah pasti mereka akan merasa bahananya. Tetapi kini mereka tahu BN tidak kuat dan UMNO semakin lemah, oleh itu semua isu termasuklah PPSMI dipolitikkan.

Apa yang menghairankan adalah sikap Pas yang kini semakin pandai turun ke jalanan untuk membantah sesuatu isu. Perubahan yang berlaku kepada Pas adalah sejak mereka bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Adalah sesuatu yang aneh apabila pemimpin-pemimpin Pas mempunyai semangat yang begitu tinggi dalam isu PPSMI sedangkan sebelum ini jika ada perkara berkaitan kepentingan hak-hak Melayu, ada pemimpin Pas berkata mereka memperjuangkan Islam. Ternyata sekali Pas semakin terperangkap dengan permainan politik PKR. Parti itu tidak sedar atau sengaja melupakan bahawa PKR hakikatnya sedang ‘memperkudakan’ Pas untuk melaksanakan satu demi satu agenda politik mereka.

Apa yang malangnya, pemimpin-pemimpin yang kononnya selama ini memperjuangkan Islam – sebuah agama yang cukup mencintai keamanan dan kedamaian – membiarkan sahaja penyokong mereka bertempur dengan pihak polis (yang sudah pastinya majoritinya orang Melayu dan Islam). Kalau mereka benar-benar memperjuangkan Islam, mereka akan berusaha mengelakkan konfrantasi, apatah lagi dengan pihak berkuasa. Namun kekecohan dalam isu PPSMI itu tidak harus dilihat dari segi permukaan sahaja, sebaliknya orang Melayu perlu melihat secara halus kenapa dari semasa ke semasa, ada sahaja isu yang dipolitikkan. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Pendidikan, Politik | Leave a Comment »

PKR SEMAKIN MENJADI-JADI. Harap-harap golongan muda-mudi sedar dan menginsafi.

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 10 Mac 2009

Oleh: Anak Kajang

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kepala Batas, Amizudin Ahmat ketika sidang akhbar di Bukit Mertajam, berhubung pendiriannya menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan individu tertentu dalam parti itu agar pucuk pimpinan dapat bertindak. Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kepala Batas, Amizudin Ahmat, berkata beliau terpaksa menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan individu tertentu dalam parti itu supaya pucuk pimpinan dapat bertindak.

“Pendedahan melalui media bertujuan memberi tekanan kepada pucuk pimpinan parti,” katanya susulan kenyataan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, yang menegurnya kerana membangkitkan isu itu di media tanpa memaklumkan perkara itu kepada beliau terlebih dahulu. Amizudin berkata, beliau dipanggil oleh jawatankuasa khas siasatan parti itu untuk disoal siasat pada Sabtu ini berhubung dakwaannya pada 26 Februari lalu, kononnya beliau mempunyai bukti mengenai pemimpin parti itu yang menerima wang daripada pengusaha kuari. Katanya, beliau terkilan kerana dituduh mendedahkan perihal dalaman PKR Pulau Pinang kerana jawatannya sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai, tidak disambung. Amizudin berkata, beliau kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap pemimpin yang berkenaan walaupun beliau sudah menyerahkan dokumen berhubung isu itu kepada presiden parti pada 8 Januari lalu. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

BENCANA AKAN MENIMPA NEGARA JIKA DIBIARKAN PAKATAN RAKYAT MEMBENTUK KERAJAAN PUSAT.

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 10 Mac 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Masyarakat majmuk biasanya dicirikan oleh idea, kepercayaan dan amalan yang bersifat perkauman, seperti yang kita ketahui pada abad peristiwa 13 Mei 1969, Kerajaan menyedari bahawa Negara memerlukan satu bentuk ideologi dan wawasan bersifat nasional yang boleh menyatu padukan Rakyat berbilang kaum. Agenda pembangunan pula dilaksanakan menerusi Dasar Nasional sehingga membentuk Negara bangsa yang bersatu padu dan memiliki identiti dan wawasan yang jelas.

Ternyata keadaan ini menjadi rumit apabila perjuangan bersifat berbau perkauman yang ditubuhkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) seperti Barisan Bertindak Hak-hak Hindu ( Hindraf ) yang dieksploitasi dan dimanipulasikan oleh pakatan rakyat demi survival politik mereka.Slogan yang dikumandangkan mereka ialah “Membina Malaysia Baharu”. Namun mereka mula menunjukkan amalan pentadbiran berbau perkauman dibeberapa negeri seperti yang dikuasai oleh Pulau Pinang, Perak dan Selangor.Keadaan ini juga menimbulkan tindak balas Pertubuhan Melayu selama ini mengetepikan soal perkauman dan mereka bangkit bersuara kerana hak dan kedudukan orang melayu dicabar. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

“MACAM-MACAM CERITA PASAL KUASA”

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 10 Mac 2009

Oleh: Tenda Biru

Bukankah politik itu adalah seni mendapatkan kuasa. Berbagai-bagai cara digunakan untuk mendapat kuasa sehingga kadangkala digunakan kaedah ‘matlamat menghalalkan cara’. Apabila sudah mendapat kuasa, mereka akan berebut harta pula. Tidak lengkap jika ada kuasa tanpa harta. Orang yang berkuasa biasanya akan berharta. Jika sudah berkuasa, banyak harta mestilah diseri-serikan dengan wanita. Maka lengkaplah kuasa, harta dan wanita. Sebab itu Tengku Razaliegh Hamzah masih lagi menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO kerana beliau ingin mencukupkan kuota iaitu kuota ‘KUASA’.
Politik? Segalanya Mungkin.

Sememangnya dalam politik tidak ada yang mustahil, semuanya segalanya mungkin.Kita sepatutnya menerima sesuatu perkara sebagai takdir dan sudah menjadi satu ketentuan. Di dalam sejarah politik tertinggi negara terutama melibatkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sangat menarik untuk diimbas semula. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 7 Mac 2009

Oleh: Putera_Adnan

Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua Sahabat Mantap

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

Mesyuarat ‘Kerajaan Bawah Pokok’

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 3 Mac 2009

Oleh: Kawan Lama

Mantan Menteri Besar Perak, YB Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Speaker DUN Perak, YB Sivakumar telah mengadakan ‘Sidang DUN’ mereka sendiri di bawah pokok,hanya beberapa kaki daripada pintu masuk bangunan SUK Negeri adalah sesuatu yang amat tidak bertanggung jawab dan memalukan diri mereka dan Pakatan Pembangkang sendiri. Apa yang dilakukan mereka memperlihatkan betapa tamaknya mereka terhadap kuasa dan membongkar pekong pakatan pembangkang. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »