Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

DITELAN MATI EMAK, DILUAH MATI BAPA ?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 27 Februari 2009

Oleh: Mawar_Berdarah

Tugas pemimpin adalah memimpin rakyat ataupun penyokong ke arah kebaikan iaitu mengutuhkan perpaduan kaum, meningkatkan ekonomi dan taraf sosio-ekonomi, memperjuangkan hak dan kebebasan beragama, meningkatkan daya saing, mencipta masyarakat majmuk dan maju serta berwawasan, membimbing rakyat dan pengikut kearah pemikiran murni dan suci, menyatukan rakyat berbilang bangsa dan agama, membantu mencegah jenayah dan kekacauan serta ketegangan kaum, menjamin keselamatan dan kebebasan rakyat, dan meyakinkan rakyat supaya menyokong dasar perjuangan parti mereka.

Memetik pada dasar DAP seperti berikut berkaitan “On Ethnic and Cultural Rights”

1) Cultural Democracy, 2) Ethnic Equality, 3) National Integration through equality, tolerance and understanding”, dasar Parti Keadilan Rakyat iaitu membentuk masyarakat yang adil dan Negara yang demokratik, progresif dan bersatu padu, manakala kita tidak jumpa dengan dasar Parti PAS selain mereka melaung-laungkan slogan memperjuangkan Negara Islam. Apakah dasar PAS termasuklah memanggil orang yang tidak sependapat dengan mereka dengan panggilan celaka? Sehubungan itu, adakah tindakan Pemimpin memanggil rakyat marhein sebagai celaka yang boleh menggugat dan menegangkan perpaduan kaum selaras dengan dasar “tolerance and understanding”, demokratik, progresif dan bersatu padu atau mungkin ia selaras dengan konsep Negara Islam PAS? Pemimpin yang emosi dalam apa jua keadaan harus ditolak oleh rakyat. Jika seorang pemimpin bertindak emosi, bagaimanakah pemimpin tersebut mahu mengawal dan menunjukkan tauladan yang baik pada rakyat dan pengikut mereka. Karpal Singh yang memang terkenal dengan kebiadapannya, lawan beliau dengan kebiadapan. Jika beliau memanggil Pemuda UMNO golongan celaka, Pemuda UMNO perlu membalas di dalam Parlimen yang sama dengan memanggil Karpal Singh si censored. Ini kerana
Karpal Singh menggunakan strategi tersebut supaya Pemuda UMNO tampil dan membuat tindak balas fizikal supaya beliau boleh dianggap wira oleh PAS, DAP dan PKR serta rakyat. Manakala, Pemuda UMNO akan dituduh sebagai gangster. Taktik lapuk ini kadang-kadang memang menjadi apatah lagi ia menyentuh emosi dan sensitiviti kaum.

Sejenak terfikir, Pemuda UMNO diwakili oleh 100% Melayu manakala Karpal Singh, Presiden DAP dan DAP adalah diwakili 99.9999% bukan Melayu. Apabila Karpal Singh memanggil Pemuda UMNO golongan celaka adakah beliau bermaksud memanggil semua Melayu itu golongan celaka. Ia perlu dijelaskan Karpal Singh bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti rusuhan kaum. Sebenarnya, semua ini bergantung pada niat beliau, beliau pasti akan mendakwa celaka itu hanya ditujukan pada Melayu Pemuda UMNO sahaja tidak Melayu PAS dan PKR, namun sebagai pemimpin, “destruction” atau kemusnahan yang Karpal Singh lakukan amat besar dan merupakan satu ancaman kepada perpaduan kaum. Ancaman ini boleh mengakibatkan ketegangan kaum. Senario Karpal Singh memanggil Pemuda UMNO golongan sial boleh disamakan dengan contoh senario rakan kita dari Sekolah Cina yang 99.9999% Cina memanggil Sekolah Agama kita yang 100% Melayu sebagai Sekolah Sial, senario rakan dari Pulau Pinang memanggil Negeri Kelantan Negeri Darul Celaka dan senario rakan UTAR kita memanggil rakan UIAM sebagai Universiti Barua. Bukankah ini jelas boleh menimbulkan perasaan tidak senang dan selamat di antara Kaum? Sedarkah akan “silence destruction” sudah mula mengambil tempat dikalangan rakyat dan ia dilakukan oleh pemimpin yang dipilih oleh rakyat Malaysia termasuk Melayu.

Politik Malaysia semakin kotor dan hina, adakah kita akan menyaksikan Melayu menyokong Melayu dalam hal ini terutama dari Parti 100% Melayu iaitu PAS, atau kita akan melihat perpecahan Melayu yang tidak bernoktah? Pemuda BN yang bukan Melayu terus senyap dan tidak mempertahankan Pemuda UMNO, dan menambahkan calar pada maruah Melayu, pastinya, adalah ada ahli PAS bergembira dengan panggilan celaka oleh kedua-dua tokoh pemimpin sanjungan mereka, manakala bagi rakyat Melayu yang mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU lepas, jika golongan celaka tidak mengenai anda mungkin dimasa hadapan anda akan dicerca kedua pemimpin ini dengan cacian lebih dahsyat lagi. Tanamkan dalam jiwa, dan fikirkan betul sewaktu memilih Pemimpin dalam Pilihan Raya Kecil dan PRU 13. Tolak pemimpin yang membawa kemusnahan kepada Malaysia hanya kerana emosi dan tidak sependapat dengan mereka.

Seperti dirancang, Pemuda UMNO dicabar berdebat secara terbuka oleh Pemuda PAS mengenai PPSMI. Dalam perkembangan yang sama Tuan Guru Hadi Awang mengeji sesiapa yang menyokong PPSMI sebagai golongan celaka. Selang beberapa hari sahaja, ayat yang sama digunakan oleh Karpal Singh terhadap Pemuda UMNO. Persoalannya, apakah ia satu kebetulan, atau itu adalah pelajaran Agama Islam pertama Karpal Singh dan adakah ia diajar oleh seorang bergelar Tuan Guru dan Ustaz lulusan Universiti Arab?

Sentiasa ingat kita sayang pada Malaysia yang kita bina bersama-sama sejak 100 tahun dahulu. Benarlah kata orang, antara agama, bangsa dan Negara yang mana diutamakan dahulu. Perlulah kita mengutamakan Agama jika Malaysia 100% orang Islam kerana Islam agama Suci mengajar kita menghormati dan mengutamakan Negara dan Bangsa. Tetapi, 40% Malaysia adalah bukan Islam, apakah ada ajaran dalam Agama Bukan Islam supaya mengutamakan Pemerintah dan Bangsa? Oleh itu perlu diseragamkan buat semua rakyat Malaysia utamakan Negara, Bangsa dan kemudian Agama.

Itulah pancasila Malaysia.

Advertisement

Satu Respons kepada “DITELAN MATI EMAK, DILUAH MATI BAPA ?”

  1. ramli said

    andaikan melayu sekumpulan kambing yang menguasai suatu kawasan dimana terdapat serigala yang sedang menunggu untuk membaham kambing tersebut…..
    kambing tidak dapat dibaham kecuali memisahkan mereka daripada kumpulannya………….
    kini kambing-kambing itu telah terpisah dan berbalah sesama mereka kerana ingin berkuasa….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: