Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 27 Februari 2009

RAKYAT PERLU SEDAR DAN HORMATI KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 27 Februari 2009

Oleh :Anggerik Desa

Kesepakatan yang sudah dipersetujui oleh semua pihak ketika Negara mencapai kemerdekaan perlu sentiasa dihormati dan tidak dipersoalkan, harus direnung semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

Pada masa kemelut membelenggu senario politik semasa, rentetan daripada peristiwa yang tercetus di Perak sehingga pihak tertentu, khususnya pembangkang mempertikaikan Kuasa Sultan. Jika semua pihak atau tepat lagi pihak terbabit memahami dan menghormati peraturan serta perlembagaan, isu itu tidak akan timbul. Baca baki entri ini »

Advertisement

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 5 Comments »

DITELAN MATI EMAK, DILUAH MATI BAPA ?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 27 Februari 2009

Oleh: Mawar_Berdarah

Tugas pemimpin adalah memimpin rakyat ataupun penyokong ke arah kebaikan iaitu mengutuhkan perpaduan kaum, meningkatkan ekonomi dan taraf sosio-ekonomi, memperjuangkan hak dan kebebasan beragama, meningkatkan daya saing, mencipta masyarakat majmuk dan maju serta berwawasan, membimbing rakyat dan pengikut kearah pemikiran murni dan suci, menyatukan rakyat berbilang bangsa dan agama, membantu mencegah jenayah dan kekacauan serta ketegangan kaum, menjamin keselamatan dan kebebasan rakyat, dan meyakinkan rakyat supaya menyokong dasar perjuangan parti mereka.

Memetik pada dasar DAP seperti berikut berkaitan “On Ethnic and Cultural Rights”

1) Cultural Democracy, 2) Ethnic Equality, 3) National Integration through equality, tolerance and understanding”, dasar Parti Keadilan Rakyat iaitu membentuk masyarakat yang adil dan Negara yang demokratik, progresif dan bersatu padu, manakala kita tidak jumpa dengan dasar Parti PAS selain mereka melaung-laungkan slogan memperjuangkan Negara Islam. Apakah dasar PAS termasuklah memanggil orang yang tidak sependapat dengan mereka dengan panggilan celaka? Sehubungan itu, adakah tindakan Pemimpin memanggil rakyat marhein sebagai celaka yang boleh menggugat dan menegangkan perpaduan kaum selaras dengan dasar “tolerance and understanding”, demokratik, progresif dan bersatu padu atau mungkin ia selaras dengan konsep Negara Islam PAS? Pemimpin yang emosi dalam apa jua keadaan harus ditolak oleh rakyat. Jika seorang pemimpin bertindak emosi, bagaimanakah pemimpin tersebut mahu mengawal dan menunjukkan tauladan yang baik pada rakyat dan pengikut mereka. Karpal Singh yang memang terkenal dengan kebiadapannya, lawan beliau dengan kebiadapan. Jika beliau memanggil Pemuda UMNO golongan celaka, Pemuda UMNO perlu membalas di dalam Parlimen yang sama dengan memanggil Karpal Singh si censored. Ini kerana
Karpal Singh menggunakan strategi tersebut supaya Pemuda UMNO tampil dan membuat tindak balas fizikal supaya beliau boleh dianggap wira oleh PAS, DAP dan PKR serta rakyat. Manakala, Pemuda UMNO akan dituduh sebagai gangster. Taktik lapuk ini kadang-kadang memang menjadi apatah lagi ia menyentuh emosi dan sensitiviti kaum. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

KERANA MULUT, BADAN BINASA…

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 27 Februari 2009

Oleh: Putera_Adnan

Terlalu sedih apabila parlimen kita menjadi pasar Chow Kit apabila ada di kalangan ahli Parlimen yang tidak beradab dan kurang ajar. Beginilah akibatnya apabila mereka merasakan bahawa mereka kini merasakan Malaysia untuk Malaysian. Mereka mungkin lupa hak dan keistimewaan orang Melayu di tanah Melayu dan kita tidak pernah mengalami peristiwa seperti ini semenjak lebih dari 50 tahun kerajaan BN memerintah negara ini. Dulu kita tidak pernah melihat bangsa asing bersikap kurang ajar kepada kita dan kita juga tidak bersikap kurang ajar kepada mereka kerana kita hidup saling hormat menghormati. Hari ini Karpal Singh berani berkata “Singh is King”. Singh juga kini tidak ada batasannya lagi untuk menghina orang Melayu dan Raja Melayu . Singh is King , Singh boleh lakukan apa saja di Malaysia sekarang cuma Singh yang bertaraf OKU tidak boleh berjalan sahaja. Yang lain semua Singh boleh lakukan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

Raja Melayu, Raja Berdaulat..! Daulat Tuanku..

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 27 Februari 2009

Oleh: Putera_Adnan

Pertama kali DSAI tidak ke depan dalam isu hak memerintah Perak. Sebelum ini tidak pernah dia tidak menjuarai setiap isu yang melibatkan keburukan kerajaan. Dan, tidak pernah Karpal Singh ambil alih tempat ini sejak Anwar jadi Ketua Pembangkang. Buat pertama kalinya juga DSAI cuba menampakkan dia bertindak rasional dalam menangani isu. Tiada kata-kata cabaran, tiada kata-kata ugutan, tiada maki hamun dan kata nista yang keluar dari mulutnya.

Kalau tidak, pantang ada isu, pasti dialah yang paling lantang bersuara. Lagikan tiada isu pun dia boleh ‘create’ isu dan isu tersebut boleh jadi panas, ini pula isu paling panas, tiba-tiba dia jadi orang yang sangat berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan! Apa sudah jadi dengan DSAI ni? Atau dah dapat petunjuk hidayat tuhan ke? Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 3 Comments »

HILANG KUASA, DAP SEMAKIN TAK KERUAN!

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 27 Februari 2009

Oleh: Putera_Adnan

Tumbangnya kerajaan campuran parti pembangkang PAS, PKR dan DAP di Perak pada awal Februari 2009 lalu benar-benar memberi tamparan yang hebat kepada mereka terutamanya DAP yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak. Pelbagai cara, komplot dan tindakan yang telah mereka lakukan untuk menafikan kesahihan kerajaan negeri yang baru di bawah BN, sama ada melalui tindakan undang-undang, demonstrasi sehinggalah ke tahap menderhaka kepada Sultan Perak. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »