Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Kerakusan DAP, Pembonekaan PAS (DERHAKA!) Dan Pemproksian ADUN PKR Punca Kejatuhan Pakatan Rakyat Di Perak .

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 10 Februari 2009

Oleh: Putera_Adnan

Kerajaan Perak kembali ke tangan BN alhamdulillah dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Hasil dari ini, akan timbulah pelbagai alasan, tohamahan dan tuduhan dari pihak Pakatan Rakyat yang berniat menutup segala kepincangan kerajaan mereka yang baru kecundang. Akan dibilang UMNO dan BN melakukan sogokan wang serta mengancam pelbagai musibah kepada ADUN-ADUN yang lompat, terutama dari PKR.

Tetapi sebenarnya, punca kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak Darul Ridzuan tidak lain kerana kelemahan pada kerajaan itu sendiri.Ini tidak bermaksud kelemahan berdasarkan sebab-musabab basi yang sering diajukan, seperti kelainan pegangan serta ideologi atau kenyataan yang kerajaan bermajoriti kecil memang lumrah terancam hidupnya.

Ada 3 punca kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang ingin di ketengahkan dan huraikan di sini, khususnya:
1. Kerakusan pasangan sepupu pemimpin DAP, yakni Ketua dan Setiausaha DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham serta Nga Kor Ming. Ini secara ringkas digelar faktor Ngeh-Nga.

2. Keterserlahan peranan MB Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai boneka DAP yang tidak berupaya memperjuangankan kepentingan orang-orang Melayu seiring dengan kepentingan kaum Cina.

3. Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memproksikan ADUN PKR di Perak (di seluruh negara?) yang terbongkar dengan begitu dramatis sekali.

Ngeh-Nga dikatakan rakus bukan kerana mereka mengatur pemberian tanah balak sebanyak 8 ribu ekar ke pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepanjang tahun lepas. Kelulusan melulu yang tidak terkawal kepada pengusaha hotel-hotel besar yang bakal membunuh chalet-chalet usahawan kecil di Pulau Pangkor pun bukan petanda terbesar. Petanda terbesar sekali adalah apabila dilihat Ngeh-Nga mengagihkan harta secara tidak sama rata antara pemimpin Pakatan Rakyat.Contohnya, tanah-tanah balak terbaik, jati dan chengal lah katakan, diberikan ke pemimpin-pemimpin DAP, manakala yang PAS ada pula tompokan belukar dan getah lama di merata pemberian kepada mereka! Sudah pastinya di kalangan pemimpin DAP sendiri ada ketidak-samarataan. Pemimpin PKR pun pasti berungut, kalau tidak, masakan ADUN-ADUN PKR dan DAP yang mahu melompat!

Malangnya, cara Ngeh-Nga menutup malu tentang kerakusan mereka mendedahkan secara jelas betapa MB PAS Perak, DS Ir Nizar hanya sekadar boneka. Pemberian tanah leasehold 999 tahun menjadi barang persoalan, terutama sekali apabila ia diberikan kepada suatu kaum sahaja. Di manakah peranan DS Nizar dalam mempertahankan hak umat Islam mahupun Melayu dalam pengagihan tanah tersebut?
Keadaan menjadi runcing apabila 2 ADUN PKR yang bakal menghadap penghakiman, seolah-olah hilang sokongan Ngeh-Nga mahupun boneka mereka DS Nizar. Apabila YB Datuk Nasa menyeberang pula sebentar dari BN ke PKR, kemungkinan ADUN-ADUN PKR tersebut tersisih langsung memandangkan mereka tidak lagi penting untuk mengekalkan majoriti Pakatan Rakyat di DUN Perak; dah lah mereka diagak bakal kalah, dipenjarakan dan dilucutkan kedudukan!

Tindakan DS Anwar Ibrahim memproksikan ADUN PKR di Perak dengan surat perletakan jawatan yang bertanda-tangan tanpa tarikh membahayakan demokrasi. Pada masa ini, para pemerhati berkecuali terutama sekali mungkin runsing kerana kemelut politik di Perak tidak membawa manfaat kepada rakyat pada masa ekonomi dunia dilanda krisis. Namun, ada bahaya lain yang harus diberi perhatian sejenak.

Buat masa ini, DS Anwar masih lagi pemimpin parti politik yang sah, maka penguncian ADUN parti tersebut dengan surat proksi, walaupun salah dari segi moral mahupun peraturan demokrasi sistem ‘Westminster’ yang diamalkan di Malaysia, masih boleh dipertahankan berdasarkan prinsip. Tetapi, jika perbuatan ini dihalalkan… bayangkan wakil-wakil rakyat kita dikunci surat proksi oleh peniaga-peniaga, penyamun atau buruk lagi, kuasa-kuasa luar!

Tetapi dari segi krisis terbaru di Perak, penggunaan surat proksi ke atas ADUN-ADUN PKR yang disangsi lompat menghilangkan langsung apa-apa harapan mahupun kepercayaan ADUN-ADUN tersebut terhadap perjuangan PKR dan DS Anwar sendiri. Ini merupakan batu nisan kubur kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak…

Fikir-fikirkanlah…Buang yang Keruh, Cedok yang Jernih.

Advertisements

6 Respons to “Kerakusan DAP, Pembonekaan PAS (DERHAKA!) Dan Pemproksian ADUN PKR Punca Kejatuhan Pakatan Rakyat Di Perak .”

  1. iraman Hj Karim said

    Yang yang lebih menjengkelkan mengapa masih terdapat ahli PAS yang menyedari akan suasana ini semua tetap dengan degilnya memberikan sokongan yang ternyata membawa bangsa dan agamanya jatuh tersungkur. Merelakan segala penderhakaan terhadap kepentingan bangsanya sendiri. Pergi jahanamlah. Kita berpolitik untuk membantu bangsa, agama dan negara kita. Bukan sebaliknya menjahanamkannya. Ada fahamkah orang PAS?. Bahawa itulah yang menyebabkan Allah tidak rela kamu sebagai pemimpin umat Malaysia.

  2. mawi said

    betul2 aku sokong.

  3. budak ipoh said

    betul…..PAS ( Parti Angguk Saja )

    DAP suruh masak nasik…..PAS pun masak nasik!!!
    DAP suruh basuh kain…..PAS pun basuh kain!!!
    DAP suruh lompat longkang…..PAS pun lompat longkang…BEDEBUKKKK!!!!!!adoi la…kata NIZAR!!!
    DAP…..tepuk tangan…(padan sama lu munya muka!!!!!)

  4. budak ipoh said

    KARPAL SINGH….cakap tak serupa bikin….cakap nak saman
    tapi….btg idung pun tak nampak…teringat zaman masa kena penampo dulu kot!!!
    mana tahu…time failkan saman….PANG!!!!!!…hinggap pulok penampo kat muka
    elok elok lumpuh kaki…terus lumpuh satu badan!!!!!

  5. Anak Taiping said

    padan muka karpal singh…..
    depa tu semua takut…..ckp besaq
    terima lah kenyataan…!
    BN pasti Berjaya di Perak!!!!

  6. Salam…saya ada letak link tuan blog dalam blog saya…

    saya harap sokongan tuan2 semua utk lawan pakatan sebelah sana.

    tq..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: