Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 7 Februari 2009

MEMBENTUK KERAJAAN BARU PERAK.

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 7 Februari 2009

Oleh : Anggerik Desa

Hakikat ‘real-politics’ demokrasi kadang-kala sangat pahit untuk diterima oleh sesetengah ahli politik

PERISTIWA tersungkurnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberi beberapa pengajaran berguna untuk direnungi. Pertama, terbukti betapa kata-kata bahawa ‘politics is the art of possible’ atau “politik adalah suatu seni serba kemungkinan” sekali lagi menjadi kenyataan.Dalam politik, sering kali disebutkan bahawa tiada musuh dan sahabat politik yang kekal, namun yang terus kekal abadi hanyalah kepentingan. Nyatalah juga betapa lunas demokrasi yang sering diuar-uarkan oleh pelbagai pihak terus mengizinkan kedua-dua perkara ini berlaku untuk kesekian kalinya. Akibat apa yang berlaku, kini barangkali sudah ada pihak yang mahu pula menempelak demokrasi kerana dianggap mengizinkan perkara seperti insiden di Perak itu berlaku. Namun inilah realiti politik dan hakikat yang harus diterima jika kita menjunjung demokrasi dan mahu terus mengamalkan demokrasi. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik | Leave a Comment »

Pakatan Rakyat Harus Profesional Dan Perlu Akur Dengan Keputusan Sultan

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 7 Februari 2009

Oleh: Putera_Adnan

POLITIK Perak terus bergolak apabila Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin enggan meletak jawatan Menteri Besar dan menunggu keputusan mahkamah untuk menentukan kedudukannya itu, sedangkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan beliau dan barisan Exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta. Tindakan Mohammad Nizar itu jelas menentang keputusan baginda yang sudah memutuskan untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), seperti juga sikapnya kelmarin yang tidak menghormati institusi istana apabila terus mengumumkan pembubaran DUN tanpa terlebih dulu mengadap dan memohon perkenan Sultan Perak. Semalam juga kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Ipoh memohon bagi mengisytiharkan kekosongan di tiga kerusi DUN iaitu kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Pengisytiharan itu dipohon bagi memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengiktiraf kekosongan ketiga-tiga kerusi bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan. Sejauh yang berkaitan dengan Barisan Nasional (BN) dan istana, pergolakan di Perak itu berakhir apabila Sultan Azlan sudah diyakini bahawa BN dengan sokongan majoriti 31 Adun menguasai DUN, sekali gus berupaya membentuk kerajaan negeri yang baru. Perkara ini jelas apabila Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan semalam menyatakan Baginda selepas menemui semua 28 Adun BN dan juga tiga anggota Bebas, yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota Dewan. Menurut kenyataan itu lagi, sekiranya Mohammad Nizar tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK terbabit dianggap telah dikosongkan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pautan Web, Perundangan, Politik | Leave a Comment »