Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

TANGGUNGJAWAB BERSAMA MEMAKMURKAN NEGARA

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 6 Februari 2009

Oleh : Anggerik Desa

Rakyat dan pemimpin perlu bekerjasama bagi memastikan keharmonian di Negara ini sentiasa terpelihara dan kemakmuran Negara juga sentiasa stabil. Namun begitu ia sebenarnya tiada kena mengena dengan komitmen mereka terhadap falsafah perjuangan atau dasar parti, ini juga kerana ia banyak mempersoalkan gaya kepimpinan masa kini dan hala tuju parti pada masa hadapan. Sepertimana yang kita lihat, kekejaman terhadap tindakan Israel membedil Semenanjung Gaza tanpa merasa simpati terhadap kanak-kanak, wanita dan orang tua apabila melihat mayat saudara mereka bergelimpangan darah akibat serangan Israel yang tidak memberi kemanusiaan.

Rakyat Malaysia perlu merasa simpati dengan kejadian sebegini, dan mengambil ikhtibar agar ianya tidak berulang lagi pada masa akan datang. Oleh yang demikian Rakyat dan pemimpin mestilah merancang kepentingan Negara dengan baik dan dapat menerima teguran dengan harapan ia dapat membina kesejagatan yang sentiasa memihak kepada parti parlimen.

Tanggungjawab memakmurkan Negara bukan terletak pada bahu pemimpin semata-mata. Bahkan setiap Rakyat dan pemimpin hendaklah mengambil berat soal kesejahteraan, keamanan, keharmonian, diplomasi dan keikhlasan terhadap perjuangan menyatupadukan hati setiap Warga Negara untuk membina sebuah kehidupan yang tidak banyak ranjaunya.

Apabila Rakyat melantik Ahli Pimpinan ia tidak bermakna orang yang dilantik menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Ketua, sehinggakan beban seberat zarah pun tidak ingin dipikul kerana mengharapkan bantuan daripada orang lain yang lebik kuat dan berkuasa. Setiap Rakyat turut memainkan peranan sebagai pemimpin kepada ahli masyarakat yang lain, strategiknya ialah kerana Negara adalah semata-mata untuk faedah setiap Ahli Parlimen. Memakmurkan Negara bukanlah satu tanggungjawab yang enteng. Bahkan juga untuk menjadikan Rakyat di Malaysia lebih makmur tanpa adanya peperangan, ketandasan dan kekejaman. Pepatah melayu ada berkata:- Tanpa darah merah masih mentah, Dendam hitam masih melimpah, Nafsu kelabu masih melolong, Merah, hitam, putih dan kelabu membisik-bisik,.

Namun Rakyat dan pemimpin perlulah menegakkan keamanan Negara agar terus membangun pada masa akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: