Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

UMNO dianggap ISRAEL oleh Anwar, Anwar pula Macam Ape?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Januari 2009

Oleh: putera_adnan

Untuk Anwar menggelar UMNO seperti Israel bukanlah satu keanehan. Sepanjang kerjaya politik beliau sama ada di pihak revolusioner, sederhana mahu pun pembangkang, Anwar dikenali sebagai tokoh yang suka mengungkap kata-kata bombastik dan bersifat “mengada-ngada membesarkan kesan ucapannya” (hiperbola). Ini bukan kali pertama Anwar mengungkap kenyataan UMNO macam Israel. Pada 1970-an dulu ungkapan yang sama beliau gunakan untuk menjatuhkan UMNO. Pada 1980-an apabila menyertai UMNO, parti itu menjadi suci dan bersih biarpun ia merupakan parti yang memimpin kerajaan Malaysia yang terbabit dengan peristiwa Memali. Demikian juga apabila Operasi Lalang dilaksanakan pada 1987, UMNO bukan Israel pada kaca mata Anwar.

Sebaliknya ketika itu Anwar melabelkan DAP sebagai Cauvinis Cina dan Pas sebagai Parti al maki wal hamun yang hanya merosakkan imej Islam. Anwar mendakwa, “Umno, like Israel, does not recognise the chosen Hamas leadership.” Kepimpinan yang dipilih rakyat mana yang tidak diiktiraf UMNO? UMNO bukan entiti kerajaan tetapi entiti politik.

Namun kerajaan pimpinan BN dan UMNO mengiktiraf keputusan pilihan raya lalu secara jelas dan bertamadun. Para Menteri Besar dan Ketua Menteri menerima pengiktirafan sewajarnya dari kerajaan Persekutuan tanpa mengira parti. Peruntukan-peruntukan yang dijelaskan dalam Perlembagaan Malaysia dipatuhi dan tidak dilanggari.

Anwar juga mendapat pengiktirafan sewajarnya sebagai Ketua Pembangkang. Cuma Anwar tidaklah boleh mengharapkan beliau diiktiraf seperti pemimpin nombor satu atau nombor dua negara kerana beliau hanyalah ahli parlimen dari sebuah parti yang gagal memenangi pilihan raya umum yang lalu.

Jika UMNO dianggap Israel, Anwar pula apa berdasarkan tingkah laku beliau yang tidak habis-habis berkempen memburukkan pimpinan negara biar pun selepas pilihan raya? Jika dilihat tingkah laku Anwar sejak April 2008 lalu nyata beliaulah yang tidak dapat menerima apa sahaja keputusan rakyat.
Selebihnya siapa yang lebih rapat dan akrab dengan Yahudi jika bukan Anwar? Anwar secara otomatik telah menjadi alat US dan Israel apabila menjadi Pengerusi Foundation For the Future diumumkan di Bahrain oleh Condoleeza Rice (United States Secretary of State) 12 November 2005.

Kenyataan Anwar bahawa UMNO macam Israel sekadar menonjolkan lagi ciri-ciri peribadi beliau sebagai seorang muslim yang tidak berakhlak. Tidak ada muslim yang baik akan menyamakan rakannya Islamnya yang lain seperti Israel mahu pun kafir harbi lain. Inilah wajah sebenar Anwar yang kadang kala terjelma disebalik kepalsuan imej ciptaannnya sebagai pemimpin yang mempunyai akhlak dan pekerti yang mulia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: