Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

POLITIK HARUS ADA PEMBAHARUAN

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Januari 2009

OLEH: MAWAR BERDARAH

PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN SUDAH MENJADI SATU TEMA DOMINAN ARUS POLITIK DI DUNIA. DI AMERIKA SYARIKAT MISALNYA BARACK OBAMA BERJAYA MENITI ARUS PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN INI UNTUK MENGALAHKAN CALON “ESTABLISHMENT” BAGI MEMPEROLEH PENCALONAN PARTINYA PARTI DEMOKRAT DAN SETERUSNYA MEMENANGI WHITE HOUSE.DI MALAYSIA, KERAJAAN BARISAN NASIONAL HARUSLAH PEKA KEPADA GELOMBANG PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN. INI KERANA KITA INSAF, DALAM SISTEM DEMOKRASI RAKYAT ADALAH PENENTU MUTLAK KEPADA PARTI MANA YANG AKAN MEMBENTUK KERAJAAN. SEBAGAI SEBUAH NEGARA MAJMUK YANG MEMILIKI KEPELBAGAIAN BUKAN SAHAJA ETNIK TETAPI JUGA AGAMA, BUDAYA DAN BAHASA, PARTI PEMERINTAH PERLU ANJAL MERANGKA STRATEGI YANG RELEVEN UNTUK MENDEPANI CABARAN YANG SENTIASA BERUBAH.

DASAR EKONOMI BARU, DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL SERTA DASAR PEMBANGUNAN WAWASAN BERSAMA-SAMA DENGAN TUMPUAN LUAR BIASA KERAJAAN SEMENJAK MERDEKA TERHADAP PEMBANGUNAN MODAL INSAN TELAH BERJAYA MEWUJUDKAN KELAS MENENGAH YANG BESAR SAIZNYA.KELAS MENENGAH INI MEMPUNYAI ASPIRASI YANG BERBEZA DARIPADA GENERASI SEBELUM MEREKA. TUNTUTAN PEMBANGUNAN ASAS YANG BERSIFAT DARI ATAS KE BAWAH TELAH BERUBAH MENJADI TUNTUTAN KUALITI HIDUP DAN PARTISIPASI BERMAKNA DALAM MEREALISASIKANNYA.

AKSES KEPADA LEBUH RAYA MAKLUMAT (INTERNET) DAN TELEVISYEN SATELIT BEBAYAR TELAH MENDEDAHKAN RAKYAT MALAYSIA KEPADA FENOMENA LEDAKAN MAKLUMAT (INFORRMATION BOOM), BLOG, PORTAL BERITA SIBER, SIARAN CNN, BBC, AL-JAZEERA, CNBC DAN BLOOMBERG BUKAN LAGI HAK EKSKLUSIF GOLONGAN ELIT TETAPI TELAH TERSIAR DI RUANG TAMU SEMUA SERATA RAKYAT MALAYSIA.KERAJAAN BARISAN NASIONAL PERLU MEMASTIKAN PROGRAM-PROGRAM KERAJAAN ADALAH BERTERASKAN KEPERLUAN RAKYAT SUPAYA KITA SENTISA DEKAT DI HATI DAN SANUBARI RAKYAT. INI PETING KERANA DALAM KEADAAN KEHIDUPAN YANG SEMAKIN KOMPLEKS DAN CANGGIH, KEBAHAGIAN TIDAK LAGI TERHAD HANYA KEPADA PENERIMA NIKMAT DAN MANFAAT PEMBANGUNAN SAHAJA,TETAPI TERMASUK JUGA PENGLIBATAN AKTIF DALAM PROSES BAGAIMANA PEMBANGUNAN DIRANCANG,DILAKSANAKAN DAN DINILAI.

DEMI MELAKSANAKAN AGENDA PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN,MAHU TIDAK MAHU, TIDAK DAPAT TIDAK, KERAJAAN BARISAN NASIONAL MEMERLUKAN PEMIMPIN YANG BERKEBOLEHAN DAN BERPENGETAHUAN DALAM BIDANG YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN. PEMIMPIN ITU MESTILAH MEMBAWA PEMIKIRAN GLOKAL DENGAN IDEANYA MERENTASI SEMPADAN NEGARA TETAPI JIWANYA,AKARNYA ADALAH BERTERASKAN BUMI BERTUAH INI.RAKYAT MALAYSIA SUDAH CUKUP MATANG DALAM MENILAI PEMIMPIN MEREKA.MEREKA TIDAK MAHU LAGI DIDENDANGKAN DENGAN LAGU-LAGU SUMBANG TENTANG RETORIK PERUBAHAN TETAPI HAMPA ISI DI DALAMNYA. MERAKA MAHUKAN RESULT. MEREKA MAHU MELIHAT PERUBAHAN ITU BERLAKU!

HAKIKATNYA, GELOMBANG PERUBAHAN HARI INI MENUNTUT NEGARA MEMILIKI BUKAN SEKADAR POLITIKUS BIASA YANG MANIS SENYUMNYA DAN MULUK TUTURNYA, SEBALIKNYA PEMIKIR POLITIK YANG KAYA IDEANYA DAN HIKMAH TINGKAHNYA,SEMUA PEMIMPIN DI BAWAH PAYUNG KERAJAAN BARISAN NASIONAL, UNTUK SAMA-SAMA BANGKIT DAN BINGKAS KEMBALI MENYUSUN STRATEGI MELAKUKAN PERUBAHAN, KEPADA PARTI, DEMI KESEJAHTERAAN BANGSA DAN TANAH AIR YANG TERCINTA.

FIKIR-FIKIRKANLAH..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: