Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

LOMPAT PARTI- MULIA ATAU HINA?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Januari 2009

Oleh: Anak Kajang

Lompat parti menjadi trend politik Malaysia kini. Ia berlaku sejak Anwar Ibrahim menerajui kepimpinan pembangkang.
Dari sudut positif ia bagus kerana dalam demokrasi lompat parti tidak menjadi kesalahan, tetapi dari sudut negatif pula, kenapa apabila lompat parti dari pembangkang ke kerajaan (BN atau UMNO), ia dikatakan melibatkan rasuah?

Bak kata, masuk PKR atau PAS kira bermoral dan ‘hati mulia’ tapi kalau ke UMNO atau BN dikatakan tidak bermoral dan kerana faktor wang.

1. Kenapa DAP suruh gubal satu dasar lompat parti walaupun LGE mengakui ia tidak menjadi kesalahan. Nik Aziz pula anggap lompat parti sebagai tidak bertanggungjawab- itu dulu, kini beliau kata lompat parti pun dialu-alukan. Dulu haram, kini halal. Kalau terkena batang hidung sendiri, ia jadi haram tapi sebaliknya menjadi halal kalau terkena orang lain.

2. Adakah trend lompat parti perlu dijadikan amalan politik dan perlukan kita setia kepada parti berkenaan?

Ibrahim ALi, bapa katak dari Pasir Mas pernah melompat sehingga terpelantum dari UMNO ke Semangat 46, masuk UMNO keluar jadi Bebas, kemudian masuk PAS tapi masih bebas. Ibrahim Ali masih menjadi Melayu dan bergaduh dengan DAP terutama sekali dalam mempertahankan hak orang Melayu dan Islam

3. Kenapa pada tahun 2004, Nik Aziz selaku MB Kelantan menyuruh ADUN dan Parlimen PAS angkat sumpah supaya tidak lompat parti ke UMNO untuk membolehkan BN menerajui Kelantan dengan kelebihan beberapa kerusi? Kenapa lompat parti pada masa itu HARAM? Kenapa kini HALAL?

Apakah Islam menghalalkan lompat parti? Tak ada fatwa dari PAS kerana senario kini ia memihak padanya.

4. Jika ini menjadi trend, adakah Pakatan dengan RELA dan REDHA menerima ahli mereka lompat parti terutama dari DAP dan PKR ke BN nanti selepas MAC 2009!!!

5. Pentingkan kesetiaan atau perjuangan? Atau orang politik sebenarnya ‘penipu’? Kenapa sehingga kini janji mereka belum ditunaikan?

Anwar Ibrahim pernah kata- kalau Pakatan memerintah Malaysia pada hari ini, ke esokkan hari harga minyak akan turun.

6. Rakyat kini mempunyai masalah-kerja. Kenapa mereka sebagai orang politik sahaja diberikan kerja dan bergaji tinggi sedangkan mereka tidak bekerja untuk kita?

Mereka lompat parti gembira sedangkan kita dibawah ini masih ditakuk lama. Ada mereka dengar? Kita nak dengar masalah mereka atau mereka sebagai pemimpin perlu dengar masalah kita? Adakah keadaan senario politik kita yang tidak tentu boleh menjadikan Malaysia maju dan kita semua menerima pelaburan asing mencurah-curah.

7. Apa akan berlaku sekarang bukan perkara baru. Filipina sudah terbukti menjadikan lompat parti sebagai demokrasi berpresiden mereka.

Adakah Filipina makmur dan aman? Adakah Filipina maju dan kaya? Yang berlaku sebaliknya. Tak perlu diceritakan.

8. Kenapa kita tak jadikan ‘demokrasi Iran’ sebagai perjuangan kita sedangkan lebih 60% adalah orang Melayu dan belum ditambah dengan Cina dan India muslim? Iran tak ada lompat parti ok tapi parti yang ber-ideologikan Barat dan disokong oleh Amerika (Barat) akan diharamkan.

Negara mereka pun maju. Fikir-fikirkanlah…

2 Respons to “LOMPAT PARTI- MULIA ATAU HINA?”

  1. rmf7 said

    Didalam isu lompat parti ini- pada asasnya akan dipandang sebagai satu pengkhianatan terhadap parti akn tetapi disebalik lompatan tersebut kita dapat melihat betapa kepimpinan akan membuka mata dan sedikit sahaja akan menyedarkan mereka dimana silapnya sistem yang diolah sehingga berlakunya lompatan tersebut.

    Banyak berlaku istilah tersurat daripada penyokong seperti mengistilahkan orang yang membuat lompatan tersebut adalah Pengkhianat-Tetapi telah banyak berlaku pengkianatan dalam parti yang membelakangi nilai dan hak kepada akar umbi adakah mereka juga PENGKHIANAT- Fikir-fikirkan lah….

    http://rmf7.wordpress.com

    p/s : Minta izin saya linkkan blog ini didalam list blog saya

  2. kamaludin b karmain said

    Assalamualaikum,

    Melompat dari satu parti ke satu parti lain tidak haram, kecuali parti yang pertama itu dengan jelas memperjuangkan Islam dengan ikhlas. Kerana ini dengan jelas kita mengkhianati Islam, tapi kita kena tahu yang parti itu benar-benar dengan JELAS dan IKHLAS memperjuangkan Islam.

    Walaupun bagaimana pun, melompat parti dari segi moralnya adalah salah. Mereka yang di pilih kena ingat mereka bertanding atas nama parti, guna duit yang setengahnya adalah derma dari orang ramai. Jika mereka hendak melompat parti kena lah bayar balik duit yang dia dah guna tu kepada mereka yang membiayai semasa pilihanraya. Macam juga biasiswa, kalau keluar dari perkhidmatan kerajaan kena bayar balik. Tapi kalau tak tahu malu, buat lah apa yang kita suka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: