Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KETAKSUBAN PROPAGANDA PARTI PEMBANGKANG

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Januari 2009

Oleh: TENDA BIRU

Satu perkara yang semua pihak perlu tahu ialah parti UMNO dan perjuangannya tidak patut dipersalahkan di dalam kekusutan yang berlaku dalam senario politik negara hari ini. Titik tolak kepada badai politik di dalam UMNO disebabkan oleh kelemahan manusia. Sememangnya saya pelik dan tidak faham dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS sebenarnya. Apakah mereka benar-benar mahu memperjuangkan Islam atau semata-mata mahu menjatuhkan pemimpin UMNO walaupun negara kucar-kacir. Kita lihat PAS memiliki banyak cerdik pandai dalam agama, tapi itu semua tidak cukup jika di hati penuh dengan dendam kesumat. Niat hanya satu iaitu menghapuskan UMNO, tak kisahlah walaupun bernaung dengan parti kafir.

Jika benar PAS mahu membawa syiar Islam, PAS sepatutnya meninggalkan pakatan rakyat dan sebaliknya bersama-sama berganding bahu dengan UMNO menegakkan syiar Islam di negara ini, bukanya bersatu dengan penentang Islam untuk menjahanamkan parti. Ingatlah semua yang di lakukan di dunia ini akan di hisab di akhirat kelak tak kira parti UMNO atau PAS. Adalah lumrah manusia bila berkuasa pastinya akan terjebak dengan gejala rasuah, ego dan sebagainya. Pembangkang sebenarnya bertuah kerana tatkala cuba meraih simpati dan sokongan rakyat, parti pemerintah turut mengalami dilema yang seperti tidak ada kesudahannya. Kesempatan ini diambil dengan jayanya oleh pembangkang selain turut memperdagangkan isu-isu dalaman UMNO sebagai bentuk penyamaran bagi menutup kelemahan mereka.

Paling memualkan, mereka yang melompat parti itu cuba menutup sikap mementingkan diri sendiri dengan alasan kononnya cuba memperjuangkan nasib rakyat. Percaturan politik mereka yang melompat parti itu amat memedihkan kerana orang inilah yang selama ini diangkat sebagai pemimpin dan kini, beliau dengan senangnya melupakan jasa-jasa UMNO dan “terjun menyelamatkan diri sendiri dari kapal” ketika ia menempuh gelora dan badai politik.Kita tidak perlu “meratapi pemergian” pemimpin-pemimpin seperti itu malah bersyukur kerana mereka telah menunjukkan sikap yang sebenar. Tindakan mereka itu jelas menunjukkan ketidakmatangan dan tiada daya ketahanan.

Yang pasti, tindakan mereka itu secara tidak langsung telah menyenangkan serta membantu UMNO/BN membuang “kudis-kudis” yang boleh membusukkan lagi luka dalaman parti pemerintah.Memang benar terdapat kelemahan dan kekurangan pemerintah tetapi janganlah pula kita menidakkan kejayaan dan pencapaian yang kita terima selama ini.

Oleh itu, kita jangan mudah termakan hasutan dan manipulasi politik pihak-pihak yang kita sendiri tidak berasa yakin dengan hasil kerja mereka. Apakah suara-suara mereka dalam Pakatan Rakyat didengari? Jika hati anda (PAS) masih dengan ketaksuban dan enggan merenung kembali…sekurang-kurangnya fikirkan dan ciptakan alasan yang terbaik untuk anda menjawab rintihan dan keluhan anak cucu anda kelak yang menumpang di tanahair sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: