Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Inikah kerajaan Selangor yang diharapkan oleh rakyat Selangor??

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Januari 2009

Oleh: putera_adnan
khalid

Inilah yang dikatakan cakap tidak serupa bikin, bikin tidak serupa cakap. Kalau dahulu semasa belum menjadi kerajaan habis tepi-tepi kain orang disingkap dan mencari keburukan orang dan kononnya mereka lah yang paling bersih. Merekalah penyelamat rakyat. Hanya mereka sahaja yang tidak korupt, maklumlah kuasa tiada di tangan mereka.
Kini bila kuasa berada ditangan mereka, mungkin kita yang tersilap yang telah memberikan mereka kuasa, apa yang ada di hadapan mata semua di sapunya. Baru 3 bulan menjadi pemerintah di Selangor, Pegawai Khas Menteri Besar Selangor yang merupakan orang kuat PKR sudah mula menyapu kekayaan dengan memberikan tender-tender direct nego kepada rakan taulan yang mana beliau sendiri berkepentingan, mujur cepat terkantoi, jika tidak entah berapa banyak lagi yang akan disapunya.

Baru setahun memerintah, sudah mula membazir wang rakyat dan berselera tinggi, tidak mahu naik kereta Malaysia wlaupun kereta berkenaan masih baru dan cantik, mereka mahu naik kereta import dan akhirnya duit rakyat terbang berjuta-juta ringgit kerana mereka mahukan keselesaan. Wang sebanyak itu sepatutnya boleh digunakan untuk kabajikan rakyat.
Kini yang terbaru, lembu untuk korban pun gunakan duit kerajaan, lembu pun nak tipu, sudahlah songlap lembu menggunakan duit kerajaan negeri Selangor. Menteri Besar cuba menipu lagi dan menafikan duit itu bukan duit kerajaan Selangor. Mereka lupa dalam kerajaan Selangor pun sudah ramai kakitangan yang dah meluat dengan kerajaan baru. Mereka telah memberikan bukti sehingga MB Selangor kini tidak terkata-kata lagi.

Khalid ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa dia hebat dia punya kewibawaan mempimpin. Sebenarnya Khalid juga kuda kepada DAP, jelas apabila dia mahu membuka penyertaan UITM kepada bangsa asing baru-baru ini. Banyak Universiti lain lagi kenapa UITM yang disakiti hatinya dan mahu menutup peluang anak melayu kerana itu saja satu-satu Universiti yang memberikan peluang kepada anak Melayu secara total. Yang menariknya perkara yang dicampuri beliau sebenarnya bukan dalam bidang tugas beliau, saja nak sibuk-sibuk mencampuri urusan pihak lain.

Jika babi dahulu menjadi tentangan pihak pembangkang dan tidak terbela, kini Khalid yang menjadi kuda tunggangn DAP membela nasib babi. Satu kemenangan kepada babi kerana kerajaan PKR memberikan perhatian yang istimewa. Janji-janji pada pilihanraya dahulu masih banyak yang tidak ditunaikan oleh kerajaan ini, mereka sibuk pula dengan mengejar projek-projek baru untuk mengisi tabung persendirian mereka. Apa yang dapat kita rasakan, apakah perubahan ketara di negeri Selangor, sama saja malahan kita merasakan kita kini ada kelas kedua yang tidak diberikan perhatian.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: