Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PRK P036 KUALA TERENGGANU: UMNO PERLUKAN PERUBAHAN RADIKAL?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 22 Januari 2009

Oleh: Kawan Lama

PRK P036 Kuala Terengganu yang telah menyaksikan BN gagal mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU 12 lalu. Dengan kekalahan ini, jumlah kerusi BN di Parlimen berkurangan satu kerusi lagi. Pelbagai pihak memberikan pandangan masing-masing terhadap faktor yang membawa kepada kekalahan tersebut walaupun belum lagi diadakan post-mortem oleh BN secara khusus. Pandangan-pandangan tersebut juga memperlihatkan bahawa kesilapan dan kesalahan dipertanggunganjawabkan seseorang atau parti. Ada yang menyalahkan jentera BN, ada yang menyalahkan calon, ada yang menyalahkan UMNO dan ada yang menyalahkan pucuk kepimpinan UMNO. Walaupun ada kebenarannya terhadap sesetengah pandangan tersebut, namun demikian, komen-komen tersebut kebanyakannya merupakan suatu pandangan ‘’after effect’. Pada pandangan penulis, mereka yang memberikan pandangan-pandangan sedemikian khususnya yang meletakkan kesalahan kepada sesuatu pihak, sewajarnya sedar bahawa mereka juga adalah ‘termasuk’ dalam golongan yang menyumbang kepada kekalahan tersebut.

Penulis tertarik dengan komen YAB Dato’ Seri Nik Aziz Nik Mat yang meminta pemimpin dan penyokong PAS agar tidak memberikan komen yang akan menambahkan luka pada pemimpin-pemimpin BN. Bagi penulis, Nik Aziz seolah-olah ingin memaklumkan kepada rakyat bahawa kini biarlah pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang berbalah dan saling salah-menyalahkan antara satu sama lain. Nampaknya, benar juga pandangan Nik Aziz. Kesan luka keputusan PRU 12 dan kerancakkan untuk mengisi jawatan tertinggi parti dan kerajaan mendorong ke arah kehancuran UMNO/ BN dari dalam. Kadang-kadang terfikir benar juga kenyataan oleh YAB Dato’ Seri Nik Aziz menggalakkan Tun Mahathir mengkucar-kacirkan UMNO.

Apabila penulis membaca akhbar Utusan Online semalam (20/01/09), YB Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah menuding jari kepada YAB Dato’ Seri Abdullah dan YAB Dato’ Seri Mohd Najib di atas kegagalan BN mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Menurut pandangan beliau, kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO ini dilihat seolah-olah tidak berusaha membuat perubahan radikal dalam UMNO dengan membawa ‘wow factor’ untuk memastikan UMNO diterima rakyat khususnya orang melayu. Bagi beliau, persepsi rakyat bahawa UMNO dianggap sebuah parti yang sombong, memikirkan kepentingan sendiri dan tidak mendekati rakyat tidak semestinya betul. Namun agak menghairankan juga apabila beliau tidak juga menyatakan tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Apakah ‘wow’ facor’ yang dimaksudkan beliau dan kenapa ianya tidak dibentangkan sebelum PRK P036 atau PRU 12 lalu?

Bagi penulis, kenyataan TS Muhyiddin ini lebih berbentuk ‘internal political play’ yang lebih menjurus kepada pemilihan Mac kelak. Sekiranya beliau sanggup memaparkan pandangan sedemikian terhadap kepimpinan hari ini, apatah lagi kelak sekiranya beliau bergandingan dengan DS Najib sekiranya terpilih sebagai Timbalan Presiden UMNO/Timbalan Perdana Menteri kelak? Kalau sebelum ini beliau telah menunjukkan bahawa dengan suara beliau, tekanan untuk Presiden mempercepatkan proses peralihan kuasa ‘berjaya’ apakah tiada tekanan yang seumpamanya akan dihalakan kepada DS Najib kelak?

Tun Mahathir, bekas Presiden UMNO dan mantan Perdana Menteri menyatakan bahawa faktor calon adalah perkara yang menyumbang kepada kekalahan BN. Kenyataan beliau disambut dan diperakui oleh anak beliau, YB Mukriz Tun Mahathir, calon yang akan bertanding dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kalau ditelusuri sedalam-dalamnya, maksud Tun sebenarnya, calon tersebut dikaitkan dengan YB Khairy Jamaluddin, yang juga merupakan calon Ketua Pemuda UMNO. Dengan kata lainnya, Wan Farid adalah calon KJ. Namun demikian, melalui maklumat diterima oleh penulis dari sumber tempatan, calon adalah pilihan UMNO Bahagian Kuala Terengganu sendiri. Menurut sumber tersebut, sekiranya nama Wan Farid, Ketua Bahagian Kuala Terengganu, tidak diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Najib, maka semua Ketua-Ketua Cawangan, Ketua Wanita Cawangan dan Ketua Pemuda dan Puteri Cawangan akan keluar sebelum sempat Dato’ Najib menyebut nama tersebut. Tambahan pula, Wan Farid merupakan satu-satunya Ketua Bahagian di Terengganu yang menang tanpa bertanding.

Kalau dulu UMNO letak siapapun calon, hatta tunggul kayu pun, akan menang. Baru-baru ini, Dr Farish Noor sambil gelak sinis dalam forum yang dianjurkan Majlis Peguam mengenai Kontrak Sosial berkata, kalau pakatan pembangkang letak mikrofon pun boleh menang. Perancangan, kesepakatan, kesepaduan tenaga dan pemikiran merupakan elemen penting dalam memastikan keunggulan parti UMNO. Kepentingan rakyat perlu diutamakan. Perubahan yang perlu dilaksanakan bukanlah mengambil masa singkat. Perubahan perlu berlaku secara evolusi/berperingkat-peringkat. Perubahan radikal bukannya pilihan utama tetapi perubahan pendekatan seiring dengan perubahan zaman. Pendekatan berhemah juga perlu ditunjukkan oleh setiap pemimpin UMNO walaupun pemimpin kecil di cawangan, Bahagian mahupun kepimpinan peringkat Nasional.

Penulis faham benar bahawa Tun tidak akan berhenti menghentam kepimpinan UMNO selagi DS Abdullah masih Presidennya. TS Muhyiddin pula tidak akan berhenti memberikan tekanan dalam memastikan beliau mendapat tempat dalam pemilihan parti kelak. Namun janganlah seperti perpatah melayu berkata ‘Marahkan Nyamuk Kelambu Dibakar’.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: