Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS HANYA DI PERALATKAN DALAM PAKATAN RAKYAT

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 22 Januari 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Bolehkah PAS berasa tenang dan tenteram dalam Pakatan Rakyat kerana kedua-dua sekutunya itu mempunyai ideologi yang jauh berbeza. Tidakkah PAS sedar bahawa DAP adalah parti yang bersifat sekular yang terang-terang menemplak dan menolak perjuangan menegakkan negara Islam dan undang-undang Hudud.

Karpal Sigh ( DAP ) , pernah mencabar PAS supaya melangkah mayatnya sebelum melaksanakan cita-cita itu. Ketika menjelangnya Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tahun lalu, DAP di dalam kongresnya menegaskan bahawa parti itu tidak dapat menerima kewujudan negara Islam. Terbaru ialah kenyataan dua beranak. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang mengaskan bahawa undang-undang hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat dan menegaskan bahawa Malaysia mestilah kekal sebagai negara sekular.

Walaupun perlembagaan UMNO menegakkan negara islam sebagai agenda, perjuangannya tetap mempunyai matlamat sama iaitu agama, bangsa dan tanah air. Sumbangan UMNO dalam menegakkan syiar islam dinegara ini adalah hakikat yang diketahui umum.

PAS hanyalah sebuah parti kecil dalam kerajaan campuran di Selangor dan Perak. Dikedua-dua negeri itu, PAS berada dalam dilema kerana terpaksa tunduk kepada serta tekanan DAP dan PKR.

Di Pulau Pinang, PAS langsung tidak diberi “MUKA”. Ini adalah satu penolakan secara “HALUS” oleh DAP terhadap PAS di Pulau Pinang. Dua ahli Exco Melayu dari PKR yang dilantik dalam Kerajaan DAP hanyalah sebagai “ KOSMETIK “ dan “ BONEKA “ semata-mata.

Di Perak, Menteri Besarnya dilantik daripada PAS bukan kerana ia suara majoriti tetapi kerana Sultan mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar dikalangan orang Melayu beragama Islam seperti mana terkandung dalam Perkara 12 (1) (2) Perlembagaannya.

PAS jangan lupa apa yang pernah diungkapkan Dr Burhanuddin dalam mempertahankan hak orang Melayu. Dr Burhanuddin ketika mesyuarat agung PAS yang ke -12 (1964) menegaskan dalam ucapannya : “ Kalau Tanah Melayu ini misalnya, mengikut hak asasi dan hak asalnya dipunyai oleh bangsa Melayu, maka tentu salah hendaknya ada bangsa lain bernafsu jahat untuk merebut dan menjadikan negeri ini hak bangsanya pula.”

Penyelesaian terbaik ialah PAS dan UMNO duduk bermuzakarah dan kembali bertaut memperjuangkan Islam dan kedudukan Melayu yang semakin di cabar sejak kebelakangan ini. Kedudukan orang Melayu di negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor semakin tidak menentu kerana pengaruh DAP yang kuat di dalam pentadbiran negeri-negeri terbabit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: