Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

MB BONEKA PERAK IKUT TELUNJUK DAP?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 8 Januari 2009

Oleh: Kawan Lama

Kerajaan Perak di bawah Pakatan Pembangkang hari ini telah berjaya ‘membunuh’ nasib anak bangsa atas nama kesamarataan dan kerajaan kebajikan. Menteri Besar bonekanya, YAB Ahmad Nizar Jamaluddin bolehlah ketawa besar kerana berjaya menutup sekolah-sekolah tadika KEMAS dengan jumlah pelajarnya mencecah 13,000 orang murid. Tanpa sedikitpun rasa malu dengan perbuatan-perbuatan sebegini, beliau dan rakan sekongkol dalam pakatan pembangkang bangga dapat ‘menyekat’ peluang dan ruang untuk anak negeri khususnya di kalangan anak-anak melayu yang terdiri di kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana mendapat pendidikan asas demi atas nama kesepakatan dan kesetiaan dalam perjuangan parti pembangkang.

Dasar kerajaan pakatan pembangkang di Perak jelas. Mereka mahu menyebarluaskan pengaruh mereka. Segala tindakan adalah ke arah membina kuasa dan pengaruh. Apa sahaja tindakan dan keputusan yang dibuat, baik dalam Sidang Dewan Negeri mahupun Mesyuarat Exco, yang penting adalah mereka, bukan rakyat – khususnya bukan untuk orang melayu.

Untuk membuktikan bahawa dasar kesamarataan yang diamalkan, kerajaan negeri Perak memberikan hak milik kekal tanah kepada penduduk-penduduk kaum Cina di kampong tersusun dan kampong baru. Umumnya tahu bahawa mereka ini adalah keluarga dan pewaris kepada mereka yang berjuang dan membantu parti komunis Malaya yang di ketuai oleh Chin Peng.

Demi untuk membina kuasa dan pengaruh, MB boneka daripada PAS ini mengarahkan agar sekolah-sekolah Cina diberikan tanah hak milik kekal manakala sekolah tadika KEMAS yang hampir keseluruhannya dihadiri oleh anak-anak melayu dengan sewenang-wenangnya ditutup. Itulah dikatakan perjuangan atas nama parti bukan kerana agama. Kalau benar-benar MB boneka daripada PAS ini memperjuangkan Islam dan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik, maka perkara sebegini tak akan berlaku.

Atas dasar keadilan pula, dua orang exconya tidak diambil tindakan walaupun mereka didakwa dalam mahkamah atas tuduhan rasuah. Bagi mereka, tindakan mereka adalah betul walaupun ia sebenarnya bertentangan dengan kehendak dan harapan pengundi mereka dan rakyat.

Penulis tertanya-tanya sama ada Nik Aziz dan Haji Hadi bersetuju dan meredhakan tindakan kejam yang dibuat oleh MB PAS ni?

Walau apa pun, rakyat Perak, khususnya orang melayu, kenalah terima hakikat ini kerana mereka telah menolak sebuah kerajaan yang melaksanakan dasar dan pembangunan dengan penuh rasa kebertanggung jawaban sebelum ini dan menggantikannya dengan kerajaan yang hanya memikirkan untuk menjaga hati ‘rakan politik’ mereka dalam pakatan walaupun membelakangkan kehendak dan amanah rakyat.

Apapun alasan yang diberikan oleh MB boneka ini, kita sedia maklum bahawa beliau menjadi MB kerana undang-undang tubuh negeri mensyaratkan orang melayu kena jadi MB. Walaupun beliau merupakan ketua eksekutif negeri Perak, namun segala persetujuan dan program yang telah, sedang dan akan dilaksanakan perlu mengikut kehendak DAP dan PKR.

Advertisements

3 Respons to “MB BONEKA PERAK IKUT TELUNJUK DAP?”

  1. iraman Hj Karim said

    sAYA RASALAH, mb PERAK NI ADALAH PERASAAN dendam YANG SANGAT MEMBARA KEPADA BANGSANYA SENDIRI.

  2. Muhammad said

    Salam semua. Maaf saya nak bercakapa pasal sentimen sikit pada pagi Jumaat yang mulia ini. MB Perak memang orang PAS tapi dia kurang keMelayuannya sebab darah yang mengalir dalam tubuhnya bukan darah Melayu jati macam kebanyakan ibu bapa dan anak2 tadika KEMAS tu. Cuba selidik sikit keturunan MB Perak tu. Bukanlah niat saya mempersoalkan keturunan atau asal usul seseorang kerana umat manusia adalah sama di sisi Allah kecuali imannya.Saya lahir, hidup, membesar dan tua dalam keluarga PAS yang orang kata PAS sampai ke tahi-tahinya sekali. Secara jujurnya saya rasa ada yang tak kena dgn ahli, penyokong dan pemimpin PAS. Bila taksub dengan PAS mereka sanggup buat apa saja. Adik saya seorang doktor yang belajar dgn biasiswa kerajaan melalui tiket kuota Bumiputera dan luar bandar kini menyumbang secara tetap setiap bulan kepada tabung PAS. Tapi bila saya suruh dia menilai apa yang dilakukan oleh pemimpin PAS sekarang dia buat donno saja. Macam tak ada apa-apa berlaku. Saya tunjukkan muka depan Harakah pada tahun 2004 yang MB Kedah sekarang Dato’ Azizan pernah mengkritik UMNO Kedah pada masa tu yang kononnya nak menebang balak di kawasan yang sama dia sendiri nak tebang bila jadi MB Kedah kini. Ringkaskan cerita saya secara peribadi merasakan orang yang taksub dengan agama tak boleh memerintah negara/negeri. Mereka tak cekap. Lebih pentingkan benda remeh temeh dari isu pokok. Mereka layak jadi pembangkang sahaja kerana kita perlu pembangkang yang kuat supaya pemimpin negara jangan tak sesdar diri bila berkuasa.

  3. HARITH said

    BAgi saya semua ADUN terdiri dara kalangan DAP…semunya ditentukan DAP…Bagaiman perasaan rakyat isu pembelian KERETA CAMRY baru?tidak pernah terfikir kah mereka dgn kegawatan ekonomi masih megah dgn kereta baru sedangkan rakyat perak sedih dbuang kerja….

    TAKKAN JD EXCO BARU NAK RASA KERETA MAHAL KOT….

    SAYA RAKYAT JOHOR BANGGA DENGAN BMW,TITIK PELUH SENDIRI…..TANPA TUNGGU JD EXCO.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: