Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

DAP TAK PE, ASAL BUKAN UMNO MALUKAN PAS

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 5 Januari 2009

Oleh: Kawan Lama

Pengerusi DAP, YB Karpal Sing hari ini menjawab cabaran yang dilemparkan oleh Pengerusi MCA Terengganu Toh Chin Yaw bagi DAP untuk menyatakan bangkangan mereka terhadap Hukum Hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS. Beliau dengan nada keras menyatakan bahawa DAP tetap tidak akan merestui atau menyetujui hasrat PAS tersebut. Malahan beliau meminta Presiden PAS, YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang untuk membuat kata putus yang tidak boleh ditukar mengenai perkara ini. Bagi DAP dan PKR, PAS telah menerima syarat mengenai tidak melaksanakan hukum hudud sebelum mereka terlibat dalam pakatan pembangkang pada PRU 1999 dan 2008. Tambahan pula beliau menyatakan kekesalan terhadap kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh YB Husam Musa berkaitan isu tersebut.

Bagi penulis, jelas DAP dan PKR (termasuklah Presiden, Penasihat dan ahli parti) menolak hukum hudud. Mereka telah menjelaskannya dan pihak PAS amat sedar akan perkara ini. Pakatan pembangkang hanya bersetuju bekerjasama dalam perkara-perkara yang menguntungkan kehendak DAP dan PKR. Bagi mereka, PAS hanyalah sebagai pakatan’tumpang sekaki’ bagi merealisasikan hasrat DAP dan PKR.

Selain itu, penulis melihat bahawa kenyataan Karpal mengenai sesetengah orang Islam menolak hukum hudud. Kenyataan beliau ini memberikan gambaran sebenar bahawa ramai di kalangan melayu liberal khususnya dalam PKR dan DAP tidak terkecuali dalam MCA, Gerakan dan PPP cuba menolak hukum hudud. Apa yang jelas, pemimpin utama PKR termasuklah DSAI, Datin Azizah, Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan lain-lain lagi adalah di kalangan orang melayu dan Islam yang menyokong dan mendukung kehendak DAP walaupun ‘menggadai’ agama dan bangsa. Sama ada perkara ini benar atau tidak, pada dasarnya mereka ini bersetuju agar hukum hudud tidak boleh dilaksanakan sebelum mereka bergabung sebagai satu pakatan politik.

Amat menyedihkan, bila Karpal meminta Haji Hadi untuk membuat kenyataan terbuka bahawa PAS tidak akan melaksanakan hudud. Ini sebagai jawapan atau timbalbalik terhadap cabaran yang dibuat kepada beliau oleh Pengerusi MCA Terengganu. Apakah Haji Hadi dan PAS akan berani membuat kenyatan tersebut dalam masa terdekat ini? Jawapannya, sudah pastiah tidak. Ini disebabkan untuk menjaga hati pengundi di PRK Kuala Terengganu.

DAP juga menconteng arang kepada PAS apabila secara terbuka menyatakan bahawa mereka menghantar wakil mereka Dato’ Tan Seng Giaw dan membantu PRK Kuala Terengganu apabila YB Husam Musa menarik balik kenyataan beliau mengenai hukum hudud dan menukar kenyataan mengenai perlaksanaan hukum tersebut. Tapi nak buat macam mana? Biar dimalukan oleh DAP asalkan bukan UMNO yang memalukan mereka.

Dalam kamus politik PAS, UMNO musuh PAS manakala DAP sahabat PAS. Darah orang UMNO halal bagi orang PAS. Itulah kenyataan yang pernah dibuat oleh Haji Hadi. Tak kiralah walaupun UMNO telah meletakkan ISLAM sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun mungkin bagi PAS, DAP yang (menyatakan bahawa negara ini adalah sekular dan menolak hudud) tak halal darahnya. Tapi apa boleh buat, kenyataan seorang ulamak, sebagai pengikut kena akur. Sebagai orang yang mahukan kuasa, PAS kena tunduk dengan tuntutan DAP dan PKR.

Bagi penulis, PAS perlu melihat semula gandingan dan pakatan politik mereka dengan DAP dan PKR. Lihat apa dah jadi di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Tolak Pulau Pinang (sebab Ketua Menteri DAP), Menteri Besar di Selangor dan Perak tunduk kepada DAP. Di Selangor, Tan Sri Khalid tidak mempunyai kuasai mutlak begitu juga Menteri Besar Perak, Haji Nizar (PAS) sanggup untuk gadaikan tanah tercinta kepada golongan yang berasal daripada penyokong komunis yang telah membunuh para pejuang islam dan pembela tanah air, hanya atas dasar nak jaga hati pemimpin dalam pakatan dan mahu menarik sokongan. Sedarlah bahawa sokongan yang cuba diraih oleh PAS hanya akan memberikan kelabaan kepada DAP. Kes tanah di Perak dan penubuhan Jawatankuasa Kilang Haram di Selangor semuanya adalah ke arah perjuangan DAP. Isu bahasa dan pendidikan juga untuk DAP. Konsep samarata yang dilaungkan melalui perjuangan Malaysian Malaysia juga untuk DAP. Jangan lupa sejarah. Jiran di selatan kita adalah contoh terbaik dalam memperjuangkan hasrat Chin Peng yang ingin menguasai dan memiliki tanah tercinta ini.

Advertisements

2 Respons to “DAP TAK PE, ASAL BUKAN UMNO MALUKAN PAS”

  1. abdullah zayid said

    cakap mcm org tk berakal dan tak beriman………… hendak jd ekstrim tp tk faham agama.. apa anda buat halal dan apa org lain buat semua haram walaupun anda sebenarnya tk berbuat apa2 melainkan cuma menyalahkan org.. bila diberi kuasa, anda berbuat lagi teruk..

  2. beris said

    Hudud tu cuma senjata PAS untuk melemahkan UMNO dan menuduh UMNO menolak hukum ALLAH. PAS tidak menunjukkan kesungguhan untuk melaksanakannya. Saya percaya majoriti masyarakat melayu menerima hudud dan masih tertunggu2 PAS melaksanakannya di Kelantan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: