Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

HUDUD PAS: Isu Untuk Pilihanraya Vs Perpecahan Pakatan Pembangkang?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 2 Januari 2009

Oleh: Salza Hedra

Hukum Hudud bukanlah sesuatu yang baru dalam jajaan PAS dalam arena politik Malaysia. Sejak daripada tahun-tahun awal penubuhan PAS, Hudud dijadikan sebagai agenda utama PAS sekiranya PAS memerintah negara. Bagi PAS, ia adalah yang mesti direalisasikan walau apa keadaan sekalipun. Namun sampai ke hari ini, PAS masih lagi gagal memenangi hati masyarakat Malaysia khususnya daripada pakatan politik mereka DAP dan PKR. Persoalannya, bila PAS nak memerintah negara? Apakah PAS akan berjaya melaksanakan hukum tersebut bila mereka memerintah kelak? Kenapa PAS tak mahu laksanakan hukum hudud di tiga negeri yang dikuasai mereka khususnya di Kelantan yang telah lama mereka kuasai?

Hudud Sebagai Isu Pilihanraya

Seperti yang dinayatakan bahawa PAS sejak dahulu lagi akan memainkan atau membawa perkara ini dalam setiap pilihanraya tak kira PRU mahupun PR kecil. Ia adalah salah satu perkara yang terkandung dalam manifesto PAS. YAB Dato’ Seri Nik Aziz dan YB Dato’ Seri Haji Hadi telah banyak kali menyatakan bahawa hudud menjadi teras utama bagi PAS sekiranya PAS menang pilihanraya. Ia bukannya jajaan semasa kempen pilihanraya sahaja. Ia adalah tuntutan yang berterusan dan hasrat yang tidak boleh diketepikan daripada perjuangan PAS. Bagi Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Azizan, beliau menyatakan bahawa hudud adalah isu yang dibawa untuk kempen pilihanraya. Walaupun nada berbeza, PAS tetap menjadikan hudud sebagai bahan utama dalam kempen pilihanraya dan akan melaksanakannya sekiranya mereka memerintah kelak.

Apa yang boleh penulis boleh buat kesimpulan di sini adalah sama ada berjaya atau tidak mereka merealisasikan hasrat tersebut, bagi PAS mereka akan tetap meletakkan hudud sebagai ‘senjata ampuh’ bagi menawan hati pengundi Islam khususnya yang berbangsa melayu dalam setiap kempen pilihanraya kerana ia adalah platform terbaik bagi mereka memancing undi dan sokongan.

Hudud Sebagai Isu Perpecahan Pakatan Pembangkang

Nampaknya perkara yang mungkin boleh berlaku, pada pandangan PAS dan pengikutnya, akan terkubur begitu sahaja. Kini mereka telah berjaya memerintah di tiga negeri; Kelantan, Kedah dan Perak walaupun terpaksa bersekongkol dengan DAP dan PKR sebagai salah satu strategi politik mereka. Namun apa yang nyata, kedua-dua ‘rakan politik’ mereka tidak bersetuju dengan hasrat PAS.

Hukum Hudud PAS tidak mendapat sokongan daripada DAP dan PKR. Kenyataan-kenyataan pedas dan amaran keras khususnya daripada Lim Kit Siang, Karpal Singh dan beberapa orang kanan DAP bahawa PAS jangan cuba membawa isu hukum hudud kerana dalam perbincangan mereka tidak pernah timbul.

DSAI pula telah berkali-kali diminta untuk memberikan pendirian beliau dan PKR mengenai perkara ini oleh Karpal dan DAP. Beliau tetap membisu seribu bahasa kerana beliau tahu perjuangan PKR adalah lebih mirip kepada DAP – bukan untuk orang Islam atau Melayu. Tambahan pula PKR adalah wadah bagi beliau merealisasikan hasrat beliau untuk jadi PM Malaysia. Sekiranya sokong hasrat PAS, beliau takut akan kehilangan sokongan daripada bukan melayu dalam DAP dan PKR. Sekiranya menyatakan sokongan kepada DAP, maka beliau akan kehilangan kepercayaan sebahagian sokongan pengikut melayu dalam PKR dan ditolak oleh orang PAS.

Maka jelaslah kepada kita bahawa pakatan pembangkang adalah sesuatu yang ‘superficial’ sahaja. Pakatan mereka lebih berbentuk individualistik. Dengan kata lain, hanya untuk menjayakan hasrat parti masing-masing. Pakatan yang tidak sempurna ini hanya untuk mengaburi mata rakyat, sedangkan pada dasarnya, mereka tidak pernah lupa bahawa parti-parti dalam pakatan mereka juga merupakan musuh politik yang perlu diawasi dan dikawal tindak tanduknya.

Suara-suara rasa tidak senang di kalangan mereka acap kali kedengaran. Walaupun dalam mesyuarat pakatan nampaknya seolah-olah mereka bersetuju untuk membantu satu sama lain namun dalam mesyuarat parti masing-masing, lain pula ceritanya.

Isu Hudud: UMNO Tak Bantah

Amat menghairankan pula, UMNO tidak pernah menyatakan tidak menyokong unjuran PAS untuk melaksanakan hukum Hudud. Malahan UMNO pernah menyuarakan agar PAS melaksanakan hukum tersebut di negeri Kelantan suatu ketika dahulu. Sekiranya PAS dapat menjayakannya, tidak mustahil bagi UMNO khususnya dan BN amnya akan mengikut jejak PAS. Namun maklum balas daripada PAS melalui YAB Dato’ Seri Haji Nik Aziz Nik Mat dan YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang telah memberikan alasan bahawa PAS tidak dapat melaksanakannya kerana belum menguasai kerajaan sepenuhnya. Namun apa yang lebih mengejutkan, PAS beriya-iya marahkan UMNO,kononnya halang hudud untuk dilaksanakan tetapi berlembut dengan DAP dan PKR yang secara terang-terangan menentang perlaksanaan hudud. Langkah berlembut ni kononnya nak jaga hati ‘rakan politik’ dalam pakatan pembangkang walaupun terpaksa menggadai kepercayaan penyokong fanatik PAS dan prinsip perjuangan mereka.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: