Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Sikap Kaum Cina terhadap Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 27 Disember 2008

Oleh: Anak Dara Pingitan Mantap

Punca 13 Mei adalah cukup mudah – sikap kaum China terhadap Artikel 153 Perlembagaan Malaysia . Amnya kaum Cina tersangat benci kepada Artikel 153. Bagi masyarakat Cina Artikel 153 meletakkan bangsa Melayu yang mereka pandang rendah dalam segala aspek di satu aras tinggi yang tidak wajar. Kerana Artikel 153 bukan setakat mengisytiharkan ketuanan bangsa Melayu ke atas bumi Malaysia, bahkan menjamin kedudukan itu.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputra. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah tuan Malaysia.

Sebutlah apa perbalahan kaum antara Melayu dengan China, baik di Sungai Manek, Batu Pahat Rusuhan Maulud Nabi di Singapura dalam tahun 1964 , dengan kemuncaknya pada 13 Mei di Kuala Lumpur; atau carilah punca terbakarnya semangat cauvanis dan ethno-centric China yang diklimakskan dengan Operasi Lalang — Artikel 153 Perlembangaan Malaysia adalah puncanya.

Cuma, kaum China tidak berani berterus terang menyebutnya. Serang secara sipi.

Kerana terlalu acap kali bila tersepit dalam berhujah tentang apa juga isu kaum, mereka akan mengungkit kebebasan bersuara sebagai dijamin oleh social contract. Tanpa menyebut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, mereka menyeru kontrak sosial.
Sebaliknya mereka menyerang Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dan selama ini menyerang dan mempertikaikan apa juga penzahiran dan perlaksanaan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Dan terkini cuba menyerang insan yang dilabel sejarah sebagai pencetus dan pengarang Dasar Ekonomi Baru. Menyerang Almarhum Tun Abdul Razak. Yang sekali imbas memang nampak ada justifikasi, tetapi sebenarnya itu satu kesilapan dalam membaca fakta.

Sehubungan ini, izin saya catit dan tekankan di sini bahawa DEB dan apa yang UMNO perjuangkan sepanjang ianya tidak menjadi sekorup wujudnya hari ini, bukanlah sesuatu yang baru. Bukan satu inovasi,bukan satu bid’ah yang bertentangan dengan kontrak sosial yang dipanggil Perlembagaan Malaysia.

Sebaliknya. PAS dan UMNO berserta umat Islam-Melayu lain dalam isu-isu kepentingan bangsa yang dipersetujui bersama cuma ingin melihat Artikel 153 dihayatkan, direalisasikan, diimplementasikan. Itu saja, dan tidak lebih dari itu.

Tetapi perhatikan ironi dan hipokrisi penaakulan (reasoning) barisan intelek kaum bukan-Melayu khususnya China. Mereka tidak teragak-agak bersandar kepada apa juga artikel perlembagaan yang lain, selagi perbuatan itu boleh memanjangkan dan memenangkan hujah mereka. Perhatikan perbuatan ini dalam kes mempertahankan kebebasan untuk murtad atau kebebasan mempertikaikan segala sesuatu yang dilihat istimewa tentang kaum Melayu.

Namun juga amati, perhatikan, tafakurkan, dan tawajuhkanlah jika biasa dengan kaedah ini – bahawa dalam berbuat itu semua mereka langsung tidak mahu menyebut Artikel 153. Seolah-olah Artikel 153 tidak wujud.

Satu Respons to “Sikap Kaum Cina terhadap Artikel 153 Perlembagaan Malaysia”

  1. awang semutar said

    Kaum Cina boleh menjadi Melayu asal sahaja memenuhi tiga syarat. Cukup mudah. Beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu, jadilah Melayu. Tanpa perlu tukar warna kulit. Apa yang susah kerana masih ada harapan untuk mendapat taraf Melayu (Artikel 153)itu.

    Sebab itu tidak disyaratkan kaum imigran untuk mendapat kerakyatan (secara jus soli, dahulu) perlu masuk Islam dan ditukar namanya kepada nama Melayu. Kerana difikirkan tidak perlu gopoh-gapah ketika itu. Kini tiba masanya kaum Cina atau India berbuat sedemikian bagi mendapat keistimewaan itu. Nah! Cukup lumayan kan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: