Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

BUTA SEJARAH DAN FAKTA

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 23 Disember 2008

Oleh : Anggerik Desa

Dalam Negara majmuk seperti Malaysia, Setiap kaum tanpa mengira penduduk asal atau imigran hendaklah peka terhadap sensitiviti sesuatu kaum. Membangkitkan sentimen bersifat perkauman bukan saja boleh menjejaskan keharmonian, keamanan dan ekonomi Negara.

Sejarah telah membuktikan bahawa dengan membelakangkan adat atau peraturan penduduk asal sesuatu tempat boleh membawa kepada satu krisis yang mampu merebak kepada

situasi yang lebih serius. Jika berterusan berlaku dan diperbesar-besarkan pasti akan menjejaskan kestabilan politik, ekonomi, sosial dan negara.

Walau bagaimanapun mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menyentuh sistem pemerintahan sampai mengguris hati orang-orang melayu yang merupakan penduduk asal di negara ini. Oleh itu, soal adat, bangsa, agama dan budaya tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ini mampu menggugat kestabilan dan keharmonian.

Masalahnya berpunca daripada sesetengah orang melayu yang menuntut kesamarataan serta penghapusan DEB. Adakah mereka ini buta sejarah atau buta fakta ataupun sememangnya mereka ini dibutakan dengan amukan orang-orang bukan melayu yang sentiasa berjuang untuk mencontohi republik Singapura.

Kesimpulannya, apa yang berlaku ini adalah satu cabaran kepada bangsa, agama dan Negara. Cabarannya tentulah kepada kedudukan Bangsa Melayu sebagai penduduk asal sepertimana yang termaktub dalam sejarah dan peta purba dunia.

Kita masih belum terlambat untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Apa yang berlaku sejak kebelakangan ini amat menginsafkan kita dan seharusnya parti politik yang berkaitan dengan orang-orang melayu dan melayu itu sendiri perlu bersatu hati dalam merintis perjuangan ini. Orang melayu pasti akan hilang dunianya jika tiada yang mempertahankannya.

2 Respons to “BUTA SEJARAH DAN FAKTA”

  1. Bayan said

    Ya, mash belum terlambat jika kita tahu apa yang perlu kita pertahankan dan bagaimana cara mempertahankannya.

    PPSMI dan DEB, memerlukan kesepaduan semua masyarakat Melayu. Adakah kita [orang Melayu], masih mahu diam dan angguk sahaja?

  2. chuchok said

    bodoh dan bangsat sangatla kalau masih tak faham isu ini. yang menjahanamkan, meruntuhkan dan merosakkan maruah islam dan melayu di malaysia ini adalah pihak berkuasa selama ini. sebabnya merekalah yang mentadbir negara dan membuat undang2. siapa mereka… puak2 UMNO laaaa!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: